5

29 2 1
                                    

Aku pulang ke rumah dengan perasaan yang bercampur baur. Fikir aku, aku akan baik-baik sahaja di sekolah baru. Nampaknya, lagi teruk ! Merana hidup aku !

"Macam mana kalau dia buat macam tu lagi dekat aku? Macam mana aku nak sorokkan dari Haiqal dengan mama? Aku dah banyak susahkan diorang. Takkan aku-"

"Sya...meh sini! Kita makan sekali."mama mengajakku. Aku mendekati mama.

"First day sekolah macam mana?"soal mama.

"Hah? Okey! Best...budak dekat sana semua baik-baik!"ucap aku, teruja. Jauh di sudut hati aku...hanya Allah sahaja yang tahu.

"Hm...okey la tu ! Mama harap...Sya boleh biasakan diri. Tahun ni nak exam. Sya kena buat betul-betul !"

Aku tersenyum.

"Thanks ma !"

\\\

"Kau kenapa tak tidur lagi?"soal Haiqal yang baru sahaja keluar dari bilik mandi. Badannya sudah lengkap berbaju. Nasib baik ! Taknak la aku hadap badan dia tu.

"Kau kenapa? Monyok semacam je?"soal Haiqal lagi. Soalan tadi tidak dijawab oleh aku namun ditambah lagi dengan soalan lain.

"Woi! Kau kenapa?"jerit Haiqal mematikan lamunan aku.

"Hah? Awak tanya apa tadi?"aku tersedar.

"Hish, budak ni! Apesal la aku pergi setuju dengan semua ni?"keluh Haiqal.

Aku hanya terdiam. Haiqal nampaknya menyesal dengan perkahwinan ini. Apa je yang aku boleh buat? Aku ni...10 kali ganda lagi menyesal daripada dia. Ingat ke dah jumpa mama boleh hidup bahagia...tapi, lagi bertambah merana. Hancur hidup aku !

"Saya pun menyesal kahwin dengan awak la."aku berkata, selamba.

"Whatever lah! Kau kenapa?"nada Haiqal direndahkan.

"Takde apa la..."balas aku.

"Ye ke? By the way, aku nak cakap something ni..."ujar Haiqal.

"Cakap apa?"

Pandangan aku tertumpu sepenuhnya kepada Haiqal.

"Aku ada kerja...lusa aku kena balik KL. Kau...stay sini, takpe ke?"

"Seriously?! Maksudnya, kau takkan tinggal dekat sini lah kan?"

"Kau dah kenapa happy semacam? Ingat, eh...kau tu isteri aku! Jangan nak buat benda bukan-bukan."pesan Haiqal.

Gila tak happy? Aku la gadis paling bahagia kalau kena tinggal dengan suami. Isteri? Isteri atas kertas je.

"Isteri? Kau mesti akan ceraikan aku jugak satu hari nanti. So,aku tak kisah pun..."balas aku.

Aku terus membaringkan tubuhku untuk tidur.

Peliklah perempuan ni...aku nak tinggalkan dia kot? Dia boleh happy lagi. Cari masalah betul la.

\\\

4 bulan berlalu dengan pantas. Tinggal lagi tiga bulan nak exam. Aku gembira kerana masih dapat bersekolah. Namun, terlalu banyak luka yang perlu aku sembunyikan. Perkara ni dah biasa bagi aku. Namun, sampai bila aku mampu sembunyikan semua ni? Mama pasti akan tahu juga suatu hari nanti. Aku penat.

Bertahan, Sya. Tiga bulan je lagi. Lepas ni, kau akan bebas daripada semua benda ni.

"Yes! 3 bulan lagi nak exam!"jerit aku dari balkoni bilik.

"Cakap pasal exam...dah lama mamat ni tak balik. Tak pernah balik walau sekali pun ! Call pun tak. Dia dah ada perempuan lain kot..."fikir aku.

Jujur aku cakap, aku rindu giler dekat lelaki yang bergelar suami tu. Pertama kali berjumpa, persona yang ditaburkan oleh lelaki tersebut semasa menyelamatkan aku, aku rasa macam...dah terjatuh ! Jatuh hati !

Sedang asyik mengelamun, aku tiba-tiba mengalihkan pandangan ke arah lengan aku yang penuh dengan luka itu. Luka yang sering aku sembunyikan. Nasib baik boleh tutup luka ni dengan baju lengan panjang.

Mama pun banyak kali bertanya perihal lengan aku ni kalau dia ternampak. Terpaksa la aku tipu mama. Kalau ditanya, mesti aku akan cakap yang aku jatuh basikal. Mama pun...percaya je. Nasib baik la mama percaya. Kalau tak, puas jugak aku nak cari jawapan nak kelentong mama.

Abi...Sya sakit...Sya tak boleh lari dari dia. Dia kuat...Sya terlalu lemah...kenapa Sya tak boleh lawan dia? Sya sunyi, abi. Takde siapa boleh tolong Sya.

Air mata aku tumpah lagi kala itu. Sungguh, aku penat. Terlalu penat untuk lalui semua itu.

"Kenapa dengan tangan kau tu?"soal satu suara.

Suara ni...

\\\

Aku menyorokkan tangan aku ke belakang badan. Tidak mahu lagi dipersoalkan tentang itu. Cukup lah hanya diri aku yang simpan luka dan sakit itu. Jangan susahkan orang lain lagi.

Aduh ! Bila masa pulak dia balik? Kenapa aku pakai baju lengan pendek? Bodoh la kau, Sya !

"B...bila awak balik? Tak dengar bunyi kereta pun?"aku cuba untuk menukar topik.

Haiqal memerhatikan wajah Allisya. Betapa dia rindukan wajah gadis itu. Matanya beralih ke arah tangan yang asyik disembunyikan gadis itu. Dia langsung mendekati Allisya dan  menarik tangan itu keluar daripada belakang gadis itu.

"Aduh, sakit!"keluh aku dalam kesakitan. Pegangan Haiqal...sangat kuat !

"Bagitahu aku, kenapa ni?"soal Haiqal, risau.

Dia...risaukan aku ke?

"Kau jatuh basikal?" Haiqal meneka.

Aku mengangguk. Apa aku boleh buat? Hanya mengangguk dengan tekaan Haiqal walaupun salah. Takkan nak bagitahu perkara yang sebenar kot? Cari mati namanya tu ! Tapi, nampaknya...Haiqal tak termakan dengan pembohongan itu.




Wait for the next chapter!!<3

My Precious TreasureWhere stories live. Discover now