25

22 2 0
                                    

"Hani...dengar la dulu apa aku nak cakap ni..."Mina merayu. Telinganya masih belum dilepaskan.

"Okey. Kau terus terang dengan aku. Macam mana kau boleh kenal dengan 'buaya' ni?"mata Hani memandang tajam ke arah Danial. Pegangan di telinga Mina dilepaskan.

Mina menggosok telingannya yang pedih. Dia menarik nafas yang dalam sebelum muka membela diri. Jujur, dia sendiri lun tidak pernah sangka bahawa Danial ada seorang kakak dan ianya adalah Hani, rakannya sendiri.

"Okey...kau ingat tak...masa aku cerita, ada orang tangkap gambar aku senyap-senyap?"

Hani mengangguk. Danial setia di sisi Mina. Dah macam kucing pun ada si Danial ni.

"Okey...masa tu ada benda jadi...aku tak sengaja rosakkan kamera Danial. So, aku tanya la berapa harga? Sebab aku nak bayar balik. Tapi, dia kata kamera tu harga dia dalam RM 6500. Mana aku nak cari duit tu? Kerja aku melukis pun bukannya untung sangat. Lepastu, dia cakap...kalau tak boleh bayar, teman dia pergi lunch. Aku takde pilihan masa tu, so aku ikutkan je lah."

"Eh, kejap! Kamera yang mana satu ni? Danial?"Hani menyoal. Dia berasa ada sesuatu yang tidak kena.

"Kamera yang abah belikan masa birthday Danny 4 tahun lepas."balas Danial.

"Kamera tu? Bukan ke harga dia RM 3000? Macam mana boleh jadi RM 6500 pulak ni?"

Mina tersentak. Dia memandang Danial minta kepastian. Danial pula tersengih seperti kerang busuk. Temberang dah pecah.

"You...you tipu I?"

"No sayang...mana ada I tipu."

"Habis tu? Kenapa Hani cakap harga dia lain, you cakap lain?"

Danial menelan air liur. Tanpa sengaja dia sudah membangunkan singa yang sudah lama tidur. Dia mula memejuk Mina yang sudah merajuk. Hani hanya memerhatikan dua orang itu. Dia kemudiannya menghelakan nafasnya.

"Sudah la ! Temberang dah pecah. Kau settle la sendiri, Danial. Siapa suruh menipu?"sindir Hani.

Dia beragak mahu pergi dari situ. Tetapi, pergerakannya terhenti. Dia mengalihkan pandangannya menghadap Mina.

"Mina."panggilnya.

Mina menoleh memandang Hani.

"Kalau korang betul-betul yakin dengan hubungan ni...korang boleh teruskan. Aku izinkan. Bulan depan, datang la rumah. Umi dengan abah mesti suka."ucap Hani. Dia kemudiannya berlalu pergi.

Mina terdiam. Danial pula sudah tersenyum. Senyum gembira! Kaka dah setuju...tinggal nak bawak jumpa umj abah je!

"Sayang dengar tak tu? Kak Hani dah approve!"Danial melompat-lompat keriangan. Impiannya bakal menjadi kenyataan.

"Sayang...betul ke apa yang I dengar tadi?"soal Mina, tidak percaya.

"Betul la, sayang. Kita akan kahwin ! Yeay!"

Mina memandang wajah Danial. Danial juga melakukan perkara yang sama. Mina kemudiannya tersenyum gembira.

Hani masuk ke dalam rumah dan mengambil tempat di sebelah aku.

"Amacam? Settle?"soalku.

Hani hanya mengangguk.

"Aku suruh Mina datang rumah bulan depan. Dah sampai masa untuk diorang."

Aku memandang Hani.

"Hani..."aku memegang bahu Hani.

"Aku yakin...kau akan naik pelamin sama-sama denga diorang. Umi dengan abah mesti akan buat double wedding."ucapku.

My Precious TreasureWhere stories live. Discover now