"Sya...sekolah macam mana? Okey tak?"soal mama.
"Tiba-tiba je mama tanya ni? Sekolah okey je lah, ma"balas aku.
Sempat aku menoleh ke arah Haiqal yang sedang menikmati sarapannya. Janganlah sampai mama tahu. Nanti mama risau. Mamat tu. Boleh percaya ke pun?
"Kalau Sya ada masalah dengan sekolah, bagitahu la mama. Mana tahu mama boleh tolong?"
"Eh, takde apalah mama. Jangan merepek. Sya okey je dekat sekolah. Ramai kawan yang baik-baik. Err...okeylah ma. Sya pergi sekolah dulu. Lambat dah ni!"aku menyalami tangan mama lalu mengambil beg untuk bertolak ke sekolah.
"Eh? Tak salam suami pun? Kenapa tak pergi sekali je?"soal mama.
"Allahhuakhbar! Lupa pulak nak salam suami Sya..."tutur aku lalu bersalaman dengan Haiqal. Senyuman dipalsukan. Taknak kalau mama salah faham pulak nanti.
"Sya tak nak sekolah syak apa-apa. So,Sya pergi sekolah sendiri je lah ye? Bye mama! Bye abang!"ucap aku dengan senyuman manis di bibir.
Abang? Nak termuntah !
Haiqal tersenyum mendengar Alisya memanggilnya 'abang'. Kalau lah panggilan itu bukan sekadar lakonan. Dia pasti bahagia mendengar penggilan itu setiap hari.
"Ni anak mama dah kenapa senyum sorang-sorang ni?"soal Puan Amani.
"Takde apalah ma. Makan?"
\\\
"Okey, kelas! Hari ni kita akan bermain dekat padang. Kita akan bergabung dengan kelas 5 Saujana. Kita akan main bola jaring untuk murid perempuan dan bola sepak untuk murid lelaki."ujar Haiqal.
Setiap kali kelas dengan Haiqal, aku mesti akan menarik muka masam. Apatah lagi hari ini, kami akan bergabung kelas dengan Qistina. Pasti akan ada sahaja rancangan Qistina untuk mengenakan aku. Aku hanya mampu merelakan.
"Cikgu Haiqal free tak lepas ni? Saya ingat nak ajak cikgu makan-makan..."pinta Cikgu Lin.
Cikgu Lin merupakan cikgu PJK kelas 5 Saujana.Nampaknya Cikgu Lin dah jatuh cinta dengan Haiqal. Dia tak tahu ke yang Haiqal tu dah ada bini? Lagi comel dan muda pulak tu?
"Err...maaf, saya busy nak kena teman mama saya pergi shopping."balas Haiqal.
"Oh? Baguslah cikgu ni! Rajin teman mama...bertuah siapa yang jadi isteri cikgu..."ujar Cikgu Lin, malu-malu.
Dalam pada sibuk berbual dengan Cikgu Lin. Alisya yang penat bermain tidak sedar yang bola dilempar ke arahnya. Dia tidak sempat untuk mengelak. Bola itu tepat mengenai mukanya.
Haiqal yang menyedari kejadian itu, terus berlari mendapatkan aku. Aku sudah terbaring dengan hidung yang berdarah. Penat la kalau macam ni.
"Sya? Kau okey tak?"soal Haiqal, gelabah.
"Apa masalah kau, hah?!"marah Haiqal, tiba-tiba. Dia memandang tepat ke arah Qistina. Dia tahu siapa punya angkara.
"Tak reti nak main ke? Kau sengaja baling bola tu nak kenakan dia, kan? Kau memang hati busuk! Budak tak guna!"maki Haiqal.
Semua mata tertumpu ke arah mereka.
Qistina tidak tahu untuk mengata apa-apa lagi. Melihat cikgu yang dia suka memakinya. Malah, lebih berpihak kepada Alisya."Cikgu...saya rasa Sya okey je ni...cikgu tak payah la sampai nak maki-maki anak murid saya..."pujuk Cikgu Lin.
Hish, mamat ni ! Kat sini jugak la dia nak lepaskan amarah. Tengok apa dah jadi? Semua orang pandang aku pelik.
"Anak murid awak tu...biadap ! Pembuli !"
"Cikgu Haiqal ! Apa la sangat cedera si Sya ni...tak perlu la sampai nak maki-maki anak orang !" Cikgu Lin seakan tidak berpuas hati dengan makian yang diberikan oleh Haiqal kepada Qistina.
"Apa la sangat, awak cakap?! Tak nampak ke darah ni semua?!"baran Haiqal tidak lagi dapat dikawal.
Haiqal mengendong aku lalu dibawa ke hospital. Aku sudah tidak mampu untuk berdiri bahkan membuka mata. Makian yang diberikan Haiqal kepada Qistina dapat aku dengar dengan jelas.
Kalau ye pun...tak payah la sampai nak ke hospital?
\\\
Aku tersedar dari tidur. Hidung aku sudah berhenti mengalirkan darah. Kepala masih berdenyut. Balingan bola tadi sangat kuat mengena mukaku.
"Sya? Kau dah sedar? Kau okey, sekarang?"Haiqal menggenggam erat tangan aku. Terpapar wajah kerisauannya.
"Apa masalah awak?"soal aku. Kejadian tadi memang buat aku sakit hati !
"Masalah apa lagi? Apa lagi yang awak tak puas hati?"
"Memang! Banyak benda yang saya tak puas hati! Apesal awak buat macam tu? "
"Buat apa?!"
"Awak maki dia depan semua orang! Awak marah-marah! Awak tak sedar ke yang tindakan awak ni boleh buat kita kena tangkap? Apa kata orang kat sekolah nanti? Macam mana saya nak pergi sekolah kalau semua orang mula bercakap pasal kita? Kenapa? Kenapa awak suka sangat susahkan saya?"
"Salah ke? Salah ke aku nak buat macam tu? Kau isteri aku! Aku bertanggingjawab atas kau!"
"Isteri atas kertas je lah! Kau ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau? Aku kahwin dengan kau sebab terpaksa je lah! Dalam hati aku cuma ada satu lelaki. Dan orang tu bukan kau!"
Haiqal nampaknya tergamam.
"Sya, tolong lah...takkan kau tak pernah jatuh cinta dekat aku sikit pun?"
"Tak! Takkan! Kau dengar sini, aku taknak kau terus ganggu aku macam ni. Better kau jauhkan diri kau selagi aku belum habis SPM. Aku tak suka kalau kau ada dekat sekolah ganggu aku. Pergi je buat kerja kau dekat KL. Duduk sini pun bukannya dapat apa-apa pun..."ucap aku dan terus berlalu pergi dari situ.
●
●
●
Wait for the next chapter!!:3
YOU ARE READING
My Precious Treasure
RandomMy very first novel online. Happy reading!!! ✨My Precious Treasure✨ Idea untuk cerita ini adalah 40% daripada idea writter sendiri dan 60% idea daripada komik online yang dibaca oleh writter. Dilarang mencuri hak ciptaan penulis novel ini. Happy Rea...