"Saya tak faham la, wak ! Saya buntu sekarang ni ! Kepala saya macam dah nak pecah, awak tahu tak?"adu Mina.
Danial yang melihat kelakuan gadis itu, terus menghentikan acara makannya.
"Apa masalah awak ni? Buntu? Pecah kepala? Cuba cerita. Tak suka la tengok awak stress macam ni..."pujuk Danial.
"Awak tak faham. Takkan faham punya..."
"Macam mana saya nak faham kalau awak tak bagitahu saya? Cerita la !"
"Fine !"
"Ha, cerita cepat."
"Macam ni...kawan saya...dia ni sebenarnya kan...dah berpisah. Berpisah dengan suami dia. 4 tahun dah. Tapi, sekarang ni...si suami tu muncul balik. Dan, kawan saya ni dah ada anak dengan suami dia sebelum diorang berpisah. Tapi, suami dia tak tahu ! And tapi ! Diaorang sebenarnya belum pernah bercerai pun lagi."
"Hah? Konspirasi jenis apakah ini? Peliknya ! Kata dah berpisah 4 tahun. Tapi, tak bercerai. Apa ni?! Pelik betul ! Kawan awak tu digantung tak bertali ke apa ni?"
"Yes ! That's it ! Bergantung tak bertali. Itu la yang saya maksudkan tadi."
"Habis tu? Apa masalah dia sebenarnya ni?"
"Masalahnya...kawan saya tu, degil ! Keras kepala ! Dia dah ada anak dengan suami dia. Tapi, dia taknak bagi anak dia tu jumpa suami dia. Saya tak faham betul la !"
\\\
"Achoo !"aku bersin.
"Siapa pulak yang mengata pasal aku ni?"hidungku digosok-gosok.
"Mami..."panggil Arden.
"Ye, Arden? Kenapa?"
"Arden lapar."
"Lapar? Nah, mami ada buatkan spaghetti. Makan la."aku menyuakan satu pinggan yang berisi spaghetti kepada Arden.
"Mami, stay." Arden menarik lengan aku saat aku baru sahaja mahu pergi.
"Kenapa ni, Arden?"soalku.
"Mana perkataan 'sayang' tu? Bukan ke mami selalu sebut 'sayang' dekat Arden?"
"Arden-"
"Mami, Arden mintak maaf. Jangan la marah Arden lagi. Jangan abaikan Arden macam ni. Arden rindukan mami. Please mami..."
Suara Arden kedengaran seperti sedang menahan tangis. Aku hanya memandang sepi wajah Arden. Aku tak mahu mengabaikan anak aku sebenarnya. Tapi, hati aku. Hati aku masih sakit dengan apa yang jadi semalam. Mana lagi aku nak lari? Haiqal dah muncul. Tak lama lagi, mesti dia nak tuntut Arden.
"Mami minta maaf, Arden. Bagi mami masa sikit lagi."ucapku.
Aku melepaskan pegangan Arden. Aku terus meninggalkan Arden yang sedang makan. Dapat aku dengar tangisan Arden yang tersedu-sedan dibalik pintu bilikku. Air mata aku jatuh.
Maafkan mami, sayang. Mami sakit...hati mami sakit sangat...tolong faham mami. Bagi mami masa untuk hadam semua ni.
\\\
"Hani, bagi saya alamat rumah Sya."pinta Haiqal.
"Bos nak buat apa?"
"Saya nak jumpa dia. Awak kena tolong saya. Saya perlu jumpa dia. Please..."
Sayu suara Haiqal merayu kepadanya. Sungguh, dia juga terkilan dengan apa yang dilakukan Allisya.
"Baiklah...saya akan share location dekat whatsapp. Encik Iq boleh pergi jumpa dia."
YOU ARE READING
My Precious Treasure
RandomMy very first novel online. Happy reading!!! ✨My Precious Treasure✨ Idea untuk cerita ini adalah 40% daripada idea writter sendiri dan 60% idea daripada komik online yang dibaca oleh writter. Dilarang mencuri hak ciptaan penulis novel ini. Happy Rea...