23

21 2 0
                                    

"Finally ! Aku ada bilik sendiri."aku membaringkan tubuhku ke atas katil yang empuk itu.

"Sedap jugak material katil dia ni, eh? Boleh tidur nyenyak kalau macam ni."aku berguling-guling di atas katil.

Tok! Tok! Tok!

Aku dikejutkan oleh ketukan pintu. Aku melepaskan keluhan. Siapa lagi kalau bukan Haiqal? Aku bangun dari pembaringanku. Pintu dibuka. Terlihat Haiqal yang sedang berdiri di hadapanku sambil memeluk bantal. Macam budak kecil.

"Awak nak apa ni? Nak menumpang kasih? Jangan kacau saya la...saya nak tidur."

"Nak tidur sekali, boleh?"pintanya.

"Apa awak ni? Kan dah setuju tadi? Pergi la tidur bilik awak tu."

"Bila masa pulak abang setuju, sayang? Abang tak kata apa-apa pun tadi."

"Eh, jangan nak putar belit cerita. Pergi la. Saya penat, awak tahu tak?"

Aku baru mahu menutup pintu bilik, tetapi Haiqal berjaya masuk ke dalam bilik aku.

"Mami. Jom tidur sekali? Sini la."Haiqal dengan selambanya baring di atas katilku. Dia menepuk-nepuk tilam meminta aku untuk baring di sebelahnya.

Aku hanya memerhati tingkah Haiqal.

"Awak gile, eh? Nak tidur sangat, kan? Tidur la. Saya boleh tidur kat luar."aku menjeling ke arah Haiqal. Aku terus keluar daripada bilik itu. Haiqal terkedu dengan tingkahku.

Kenapa dengan dia ni? Payah la kalau macam ni.

Tak larat nak layan kerenah dia yang pelik-pelik. Tidur luar pun, tidur luar la. Bukannya aku tak pernah tidur luar. Aku turun ke tingkat bawah. Ruang tamu dituju. Aku terus membaringkan tubuhku di atas sofa panjang.

"Tak dapat katil, sofa pun boleh."gumamku.

Setelah beberapa saat, aku terlena akibat penat. Sepanjang hari, aku cuba untuk keluar dari rumah ni. Hasilnya? Aku masih tak dapat keluar. Entah sampai bila Haiqal nak kurung aku dalam 'istana' berteknologi tinggi dia ni. Apa-apa pun, aku tetap kena hadap jugak perangai dia tu.

Haiqal turun ke tingkat bawah. Dia melihat Allisya yang sedang baring di atas sofa. Pandangannya berubah sayu melihatkan Allisya yang sedang nyenyak dibuai mimpi.

Haiqal yang pada mulanya hanya mahu bermain dengan Allisya, mula merasa bersalah terhadap gadis itu. Banyak yang gadis itu telah lalui tanpa pengetahuannya. Allisya yang mengandungkan anaknya. Allisya juga yang melahirkan zuriatnya. Haiqal tak mampu untuk melihat Allisya sedih lagi. Hatinya dibelenggu rasa bersalah kerana telah mengabaikan gadis yang bernama isteri itu.

Allisya bertarung habis-habisan untuk memberikan kehidupan yang sempurna untuk Arden. Tapi, dia? Dimana dia di saat Allisya memerlukannya? Dimana dia di saat Arden memerlukan kasih sayangnya? Dia sendiri tak dapat nak memaafkan dirinya, sekiranya berlaku apa-apa kepada Allisya. Dari dulu hingga kini, hatinya sudah dimiliki oleh insan yang bergelar isteri.

Haiqal menyentuh ubun-ubun Allisya. Wajah Allisya ditenung lama. Air matanya tumpah tika itu. Dia sedar, tak banyak kenangan yang dia boleh ingat bersama Allisya. Namun, dia tekad pada kali ini untuk memberikan kenangan-kenangan indah kepada Allisya dan Arden.

"Maafkan abang, sayang." Haiqal mencium dahi Allisya.

\\\

Hampir seminggu aku tinggal bersama Haiqal. Hubungan kami? Nak kata baik pun tak, buruk pun tak. Biasa-biasa ja. Kadang kala, ada juga perkara yang nak digaduhkan.

Banyak perkara yang aku tahu tentang Haiqal. Hani kata, Haiqal ni baran. Tapi, aku tak pernah nampak sekali pun dia naik angin dengan aku. Tak kira la betapa jahatnya perbuatan aku pada dia, dia tak pernah nak marah aku. Kenapa ye?

My Precious TreasureWhere stories live. Discover now