Aku memasuki perkarangan rumah tersebut. Berdasarkan alamat yang diberikan Fadli, rumah Haiqal terletak hampir berdekatan dengan apartment aku.
Aku memandang rumah itu dengan penuh kagum. Besar macam istana! Haiqal ni kerja apa sebenarnya? Pintu pagar terbuka luas, aku terus masuk ke dalam. Pintu rumah itu diketuk. Beberapa minit kemudian, pintu tersebut terbuka dengan sendirinya.
"Amboi ! Automatiknya rumah dia ni."gumamku.
Aku terus melangkah masuk ke dalam ruamh itu. Salam diberi, namun tidak berjawab.
"Haiqal? Mana awak? Saya datang ni..."
Aku melihat di sekeliling rumah itu. Besar. Memang betul-betul macam istana. Kalau dekat luar pun nampak besar, kat dalam mesti lagi luas, kan? Mana dia dapat duit beli rumah besar-besar macam ni? Dia kan tinggal sorang? Kalau aku tinggal dekat sini, penat jugak nak mengemas.
"Haiqal?"
Pap !
Aku menoleh ke belakang. Pintu utama sudah tertutup. Aku terkejut. Aku langsung mendapatkan pintu itu. Pintu yang tertutup rapat, cuba untuk aku buka. Tidak boleh. Pintu tu tak boleh dibuka. Aku...aku terkunci ke?
"Haiqal? Kenapa saya tak boleh bukak pintu ni? Awak dekat luar ke?"
Aku cuba menarik daun pintu dengan tenagaku, tetapi masih tetap tidak boleh dibuka.
Ting!
Aku melihat telefonku yang berdering menandakan ada mesej masuk. Aku membuka peti mesej. Mesej daripada Haiqal aku baca.
Sayang duduk rumah elok-elok, tau? Nanti abang balik.><
Aku teringat akan sesuatu selepas membaca mesej daripada Haiqal.
"Sya ! Saya takkan menyerah ! Dan saya takkan sesekali ceraikan awak ! Saya cintakan awak ! Saya akan pastikan awak kembali ke pangkuan saya. Saya akan gunakan apa sahaja cara, walaupun dengan paksaan. Ingat tu, saya takkan ceraikan awak. Awak milik saya. Selamanya."
Dia...dia cuba nak kurung aku ke apa ni?
"Haiqal ! Awak tak baik buat saya macam ni ! Bukak pintu ni !"aku mengetuk-ngetuk pintu yang ada di depanku.
Sekali lagi, mesej masuk ke dalam telefonku.
Tak sakit tangan ke? Tak payah la sampai nak ketuk-ketuk pintu tu...bukannya boleh bukak pun. Duduk la diam-diam. Nanti, abang balik. Sayang tunggu abang, tau? Muah !
Aku buat muka geli. Dah gila ke apa dia ni? Aku mula mencari-cari sesuatu. Mesti ada benda yang boleh buat dia nampak aku sekarang ni. CCTV. Mesti dia dah letak CCTV. Kalau tak dia takkan tahu apa yang aku tengah buat sekarang ni.
Mataku melilau mencari sehingga aku menemukan sesuatu. Tepat sangkaanku. Haiqal dah letak CCTV dalam rumah ni untuk perhatikan aku. Kau memang kejam.
Aku memandang cermin CCTV yang ada dekat di pintu masuk. Tanpa berfikir panjang, aku terus membaling telefonku tepat mengenai CCTV itu sehingga pecah dan berderai.
Puas hati aku ! Macam ni kau main dengan aku, kan? Sekarang ni, CCTV pecah. Telefon pun rosak. Semua sebab kau Haiqal. Aku mengambil telefonku yang sudah tidak berfungsi itu. Amarah aku tidak dapat dikawal lagi. Baik aku cari air untuk bertenang. Kalau tak, dah hancur rumah ni aku buat.
\\\
"Wuish ! Gile ke apa dia ni? Benda mahal tu !" Haiqal berkata.
Dia sendiri terkejut dengan tindakan Allisya yang sewenang-wenangnya telah merosakkan CCTVnya. Dia cuba untuk menelefon nombor Allisya, namun tidak dapat.
YOU ARE READING
My Precious Treasure
RandomMy very first novel online. Happy reading!!! ✨My Precious Treasure✨ Idea untuk cerita ini adalah 40% daripada idea writter sendiri dan 60% idea daripada komik online yang dibaca oleh writter. Dilarang mencuri hak ciptaan penulis novel ini. Happy Rea...