12

30 2 2
                                    

"Morning !"ucapku.

"Eh, lambat bangun hari ni? Tak kerja ke?"soal Hani.

"Macam perli je?"

"Mana ada lah !"

"Ye la tu...hari ni aku tak kerja. Hari ni nak bawak Arden pergi zoo. Nak ikut?"

"Takpe la. Aku ada kerja yang nak disiapkan. Kau pergi la dengan Arden sorang. Spend time berdua. Anyway, happy birthday !"

"Thanks...lama jugak aku tak luangkan masa dengan Arden."

"Betul tu ! Dia rindu giler nak jalan-jalan dengan kau, Sya. Asyik-asyik aunties dia je yang bawak dia jalan-jalan." Mina menyampuk. Dia duduk di kerusi meja makan.

"Aku tahu...salah aku jugak...sebab tak pernah ada untuk dia."

Aku rasa sangat bersalah. Setiap kali hari minggu, mesti aku akan keluar untuk mencari kerja. Kadang tu, nak hantar Arden pergi sekolah pun susah. Asyik-asyik Hani, Mina atau Mini je yang akan bergilir-gilir hantar Arden ke sekolah. Mak jenis apa aku ni?

"Hm...okey la ! Aku nak bersiap dulu."ucapku. Roti canai yang dibeli oleh Hani, aku cubit sedikit.

"Ish, budak ni ! Makan elok-elok la..." Hani menegur. Aku hanya menjelirkan lidah.

"Sorry, mak !"ucapku lalu berlari masuk ke dalam bilik.

Hani hanya menggeleng. Kenal sangat dengan perangai aku.

"Dah jadi mak pun masih macam budak-budak."guman Hani.

Mina hanya tersenyum melihat telatah Allisya.

\\\

"Mami, Arden nak bawak mami jumpa kawan mami."ucap Arden. Dia memimpin tanganku dengan cermat.

Kalau dia yang hilang aku tak kisah sangat sebab anak aku ni bijak. Kalau aku yang hilang macam mana? Aku ni dah la buta arah. Pernah jugak la aku hilang sekali. Nasib baik Arden tu pandai nak umumkan dekat kaunter pertanyaan. Malu la jugak. Mak hilang anak, bukan anak hilang mak.

"Kawan mami? Siapa kawan mami?"

"Monyet."

Aku tersentak.

"Arden nak cakap mami berkawan dengan monyet ke?"

Arden mengangguk.

"Bertuah punya budak ! Sini, mami nak ajar."

Arden melarikan diri daripada aku. Aku pula mengejar. Tiba-tiba Arden terlanggar tubuh seseorang.

"Aduh !"keluh Arden.

"Alamak ! Adik okey tak?"soal lelaki itu.

"Pakcik ni kenapa? Sakit kepala saya tau !"

"Maaf la...bukan salah pakcik. Adik ni yang lari tak tengok depan."

"Salah Arden pulak ke?"Arden menyoal.

Aku terlihat Arden bersama seorang lelaki. Nafasku naik turun kerana mahu mengejad Arden. Punya la laju dia lari, sampaikan aku pun tak dapat nak kejar.

"Eh, budak ni-"

"Arden !"panggil ku.

Lelaki tersebut menoleh memandangku.

"Mami...tengok pakcik ni ! Dia langgar Arden. Sakit..."Arden merungut.

"Mana ada. Saya tak buat apa-apa pun. Saya cuma-"lelaki itu mempertahankan diri.

Aku hanya tersenyum.

"Arden...tak baik tau tuduh orang. Siapa yang salah sebenarnya? Terus terang dengan mami."soalku, penuh kasih sayang.

My Precious TreasureWhere stories live. Discover now