14

24 2 0
                                    

"Sya, aku pergi dulu, tau? Kau nak buat apa hari ni dengan Arden?"soal Hani tergesa-gesa.

"Tak tahu lagi la...ingat nak pergi mall je kot."

"Okey good. Aku gerak dulu, ek? Ada meeting pagi ni."

"Okey. Ambik ni..."aku menyuakan satu bekas makanan kepada Hani.

"Kek aku buat. Bawak la pergi ofis. Ada lebih ni. Bagi la kat bos kau sekali. Mana tahu, hilang baran dia hari ni?"

Aku tergelak.

"Ha...okay, okey. Thanks tau !" Hani mengambil bekas makanan itu.

"Bawak kereta elok-elok !"

"Ye !"

Aku menghantar Hani keluar dari rumah.

\\\

"Apa benda ni ?!" Haiqal membaling laporan kerja yang dibuat oleh pekerjanya.

Suasana di dalam bilik mesyuarat itu sepi. Semua orang takut apabila Encik Iq sudah menyinga.

"Siapa yang buat laporan ni?"soal Haiqal.

"Sa...saya, bos."salah satu perkerjanya mengaku.

"Apa nama kau?"

"Tasya."

"Aku nak kau buat balik semua ni! Apa yang kau buat dekat tempat kerja? Dating? Buat kerja pun tak betul ! Keluar !"

Semua yang berada di dalam bilik mesyuarat itu keluar apabila mendengar arahan daripada Haiqal.

"Iq, jom keluar breakfast ?" Fadli menerpa masuk ke dalam bilik mesyuarat apabila semua pekerja mereka keluar dari bilik tersebut dengan muka yang takut.

"Kau pergi la sorang. Aku tak nak makan."

"Kau gila ke apa? Kau tu gastrik ! "Fadli terus menarik tangan Haiqal untuk keluar.

\\\

"Hm...bosannya ! Nak buat apa, ek?"gumam aku.

Kali pertama aku tidak keluar untuk bekerja. Sungguh membosankan kalau duduk dekat rumah sorang-sorang ni. Macam mana la Arden boleh tinggal dalam rumah ni sorang-sorang bila aku takde?

"Mama? Kalau aku pergi jumpa mama...mama nak tak jumpa aku? Mesti mama marah kan? Dia bukannya tahu pun pasal kewujudan Arden..."terlintas di fikiran tentang mama.

Apa khabar mama sekarang ni? Sihat ke dia?

"Mami !"panggil Arden.

"Ye, sayang?"

"Kata nak pergi mall..."gumam Arden.

"Arden...nak balik kampung tak?"soalku.

"Nak ! Arden nak pergi memancing dengan tok abah !"

"Okey...nanti kita suruh auntie Hani bawak kita balik kampung, okey?"

Arden mengangguk.

"Now, you go change your baju. Kita keluar pergi mall. Arden nak beli apa?"

Arden akur.

"Haih...bawak Arden pergi ziarah kubur abi lah ! Kalau terjumpa dengan mama pun...relakan je la...hadap je !"getus hati aku.

Aku masuk ke dalam bilik dan mula mengemas baju aku dan Arden. Dah lama tak jumpa abi. Abi tunggu Sya datang, tau? Sya nak bawak Arden jumpa abi.

\\\

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik Haiqal diketuk.

"Masuk !"arahnya.

My Precious TreasureWhere stories live. Discover now