"Baiklah ! So, nak mula dari mana dulu ni?"soal Danial.
Hani yang berada di depanku hanya membalas renungan mataku. Muka kami berdua berkerut seribu.
"Apa masalah kau?"soalku.
"Apa yang aku buat?"soal Hani pula.
"Ni geram ni ! Aku tanya soalan, kau jawab dengan soalan jugak. Terus terang je la !"marahku.
"Tak ! Masalahnya sekarang ni, aku sendiri pun tak tahu apa yang aku buat."
"Ye la tu...kau ingat aku tak tahu?"
"Tahu apa?!"
"Mana kau dapat resume aku? Patut la beria sangat nak aku kerja dengan dia. Rupa-rupanya dalam dia dah tolong submitkan resume aku?"
Hani terkejut.
"Diorang dah call ke ? Bila tarikhnya?"
Eh, happy pulak minah ni ! Orang tengah marah ni!
"Memang betul la kau yang hantar? Bertuah punya budak !"
Aku sudah naik angin.
"Eh, akak ! Relaks. Duduk duduk...jangan bertindak terburu-buru. Kita selesaikan satu-satu."Danial mengarahkanku.
"Kak..."Danial memanggil Hani.
"Apa?"
"Kenapa akak buat macam tu?"
"Akak cuma nak tolong je. Sya kan tak kerja...apa salahnya kalau kerja dekat situ?"
"Tolong kau cakap?"aku mencelah. Aku sudah mahu memekul Hani, tetapi dihalang Danial lagi.
Hanz Danial. Anak bongsu Tuan Hakim. Danial ni baru 20 tahun. Tapi, sekarang dia banyak buat sambilan jadi photographer. Hebat kan? Dah la hensem...kerja tangkap gambar pulak tu. Kalau la aku ni single, dah lama melekat dengan si Danial ni. Nasib kau la Haiqal sebab aku masih sanggup tunggu kau.
"Tapi, kak...akak kena la mintak izin dulu. Tak baik tau, buat macam ni tanpa pengetahuan kak Sya."ujar Danial.
Hani mengaku atas kesalahannya.
"Sorry. Aku janji tak buat dah."ucap Hani.
"Okey, settle ! Sekarang giliran kak Sya pulak."
"Eh? Apa pulak?"
"Kenapa akak marah sangat? Kerja dekat syarikat tu kan elok. Gaji pun lumayan. Syarikat terkemuka kot."ujar Danial.
"Ha, betul tu !"Hani menyampuk.
Aku melepaskan keluhan berat.
"A...aku tak biasa la...mana pernah aku kerja dekat mana-mana syarikat. Syarikat besar pulak tu. Nak kena berpakaian formal bagai. Tak sesuai la ! Aku ni...orang biasa-biasa je. Mana mampu nak bekerja dekat tempat yan-"
"Okey...Danial faham. Apa kata...akak pergi je interview tu. Dapat tak dapat, lain cerita. Peluang tu kak...takkan nak biarkan macam tu je?"Danial memujuk.
"Betul kata Danial tu. Pergi je la, Sya...jangan marah-marah lagi. Demi masa depan Arden jugak...dia nak sekolah dah tahun depan. Kau sendiri yang cakap, kau taknak susahkan kami. Sebab tu la aku bagi kau peluang ni untuk dapatkan kerja."ujar Hani.
"Okey ! Hal ni, korang bincang berdua. Danial nak masuk, nak tidur. Penat. Tapi, sebelum tu...Danial nak jumpa Arden! Rindu !"sampuk Danial.
Danial lagi rapat dengan Arden. Danial pandai jaga budak. Arden pun seronok kalau dapat jumpa dengan Danial. Keluaraga Hani adalah keluarga Arden. Walaupun kami hanya menumpang, keluarga Hani tak pernah anggap kami ni orang luar. Aku berterima kasih sangat.
YOU ARE READING
My Precious Treasure
RandomMy very first novel online. Happy reading!!! ✨My Precious Treasure✨ Idea untuk cerita ini adalah 40% daripada idea writter sendiri dan 60% idea daripada komik online yang dibaca oleh writter. Dilarang mencuri hak ciptaan penulis novel ini. Happy Rea...