26

39 1 0
                                    

Aku masuk ke dalam bilik sebaik sahaja aku pulang dari pusat membeli belah bersama Hani dan Arden.

Haiqal terus berdiri sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik.

"Dah kenapa awak ni?"soalku, pelik dengan tingkah Haiqal.

"Nah. Hadiah."Haiqal menghulurkan satu beg kertas kepadaku.

"Apa ni?"

"Tengok la."

Aku membuka beg kertas itu. Isi di dalamnya aku keluarkan. Ternyata, Haiqal memberikan aku sebuah telefon pintar. Telefon pintar yang sama dia pernah berikan kepadaku.

"Ni kan telefon yang sama awak bagi dekat saya...saya tak nak la...ambik balik."

"Kenapa?"

"Saya tak nak."

"Tapi kenapa? Telefon kan penting-"

"Telefon memang penting. Tapi takde apa yang lebih penting daripada kepercayaan awak kepada saya."

Haiqal tersentak. Aku tahu, dia tak faham maksud daripada kata-kata ku itu.

"Apa sayang cakap? Abang...tak faham."

Aku tidak membalas kata-katanya. Aku terus mengangkat kakiku untuk ke bilik air.

"Sayang...apa benda yang sayang maksudkan ni sebenarnya? Jangan buat abang macam ni..."bahuku dipeluk dari belakang menghentikan pergerakanku.

"Awak takkan faham..."

"Fahamkan abang! Sayang, please...kalau ada apa-apa...cerita. Jangan simpan macam ni. Sayang buat...sayang buat abang rasa bersalah."

"Bersalah? Awak rasa bersalah?"

"Sayang-"

"Awak rasa bersalah...tapi awak sendiri pun tak tahu apa yang awak buat...sampai buat awak rasa bersalah?"

"Bagitahu abang...abang tak tahu!"

"Awak tak percayakan saya!"mataku mula berkaca.

Wajah tampan Haiqal aku tatap. Kenapa? Kenapa lelaki yang aku cinta...buat aku macam ni?

"Apa...apa yang abang buat, sayang?"

"Awak...awak memang tak pernah percayakan saya, kan? Dari dulu sampai sekarang...perangai awak tak oernah berubah!"aku menolak tubuh Haiqal menjauhiku.

"Sayang...apa ni? Bila masa abang tak percayakan sayang? Abang percayakan sayang!"

"Awak percayakan saya? Betul?"soalku.

Haiqal mengangguk.

Aku mendapatkan semula kotak telefon pintar yang Haiqal berikan kepadaku. Aku mengambil telefon itu lalu berdiri di depan Haiqal. Haiqal hanya memerhatikan tingkahku.

"Kenapa ni sayang?"Haiqal sudah tidak keruan.

Memang dia buntu. Dia tidak tahu apa salah yang telah dia lakukan sehingga membuatkan Allisya marah kepadanya.

Aku membaling telefon pintar pemberian Haiqal ke lantai. Telefon itu hancur berderai. Haiqal kaget dengan perbuatanku.

"Sayang! Apa sayang buat ni?"

"Apa saya buat? Tengok ni..."aku menunduk lalu mengambil satu cip yang ada di serpihan-serpihan kecil telefon yang telah aku hancurkan.

Cip itu aku tunjukkan kepada Haiqal. Dia ternyata tersentak.

"Ni apa? Benda ni awak kata awak percayakan saya?"

"Sayang-"Haiqal hilang kata-kata.

"I hate you."ucapku lalu melemparkan cip itu ke muka Haiqal.

My Precious TreasureWhere stories live. Discover now