"Ehem !"Hani berdehem.
Aku memandang Hani. Hani tersenyum. Aku pelik. Dah kenapa nak senyum-senyum pulak minah ni? Dah la biar lelaki kat sebelah aku ni tak balik rumah. Ada yang nak kena ketuk dengan aku kejap lagi kot.
"Kau kenapa Hani? Okey tak? Tercekik makanan ke apa ni?"soal Mina.
"Mina...aku rasakan...sakit hati sangat."ucap Hani. Dia mengurut dadanya.
Aku hanya memerhati tingkah dua orang beruk di depanku. Arden turut tersenyum. Ada apa ni ?
"Kenapa kau sakit hati, Hani?"
"Sakit sangat, Mina..."
"Aku rasa...aku tahu kenapa. Sebab aku pun dapat rasakan benda yang sama dengan kau..."balas Mina.
"Auntie, jangan la sedih. Pegang tangan Arden." Arden menyuakan tangannya.
Hani menyambut. Drama apa pulak yang kawan-kawan aku tengah mainkan ni?
"Mina..."
"Ye, Hani?"
"Ada orang tu kan...sweet sangat ! Tengah makan pun, boleh berpegangan tangan lagi. Sakit hati orang yang single macam kita ni..."keluh Hani.
Aku pelik. Makan? Pegang tangan? Aku kemudiannya tersedar. Aku memandang tangan kiriku yang digenggam erat dengan...tangan Haiqal?!
"Hei ! Apa pegang-pegang ni !"aku tersentak. Aku merentap kembali tanganku. Mukaku merah padam. Ketawa Hani dan Mina terhambur kuat.
"Korang kenakan aku !"marah aku.
Aku terus masuk ke dalam bilik. Marah ! Sakit hati ! Semua lah ! Haiqal tu gatal ! Bila masa dia pegang tangan aku? Kenapa aku tak perasan? Hani dengan Mina pun sama ! Suka kenakan aku. Arden pun ! Benci !
\\\
Gila tak happy? Aku la gadis paling bahagia kalau kena tinggal dengan suami. Isteri? Isteri atas kertas je.
Aku membuka mata. Aku terjaga dari lenaku. Kata-kata yang aku ungkapkan 4 tahun lalu. Walaupun tiada siapa pernah dengar aku cakap macam tu, kenapa hati aku rasa lain?
Betul ke aku orang paling bahagia kalau kena tinggal dengan suami? Kenapa aku benci tengok muka Haiqal selepas 4 tahun tak bersua muka? Kenapa? Apa yang hati aku nak?
Aku melepaskan keluhan berat. Aku memusingkan badan aku ke sebelah kiri. Satu tubuh telah menangkap pandanganku. Ini...dia buat apa dekat sini?
Aku menjerit lalu menolak tubuh itu jatuh dari katil. Haiqal mengerang kesakitan.
"Adoi...sayang ! Sakit la ! Apa tendang-tendang ni?" Haiqal mengaduh kesakitan.
"Hei ! Apa awak buat dekat sini, hah? Macam mana awak boleh masuk dalam bilik saya ni? Kenapa awak tak balik lagi?"aku menyoal.
"Ya Allah...sayang-"Haiqal mengusap pinggangnya yang terasa sakit. Dia cuba untuk berdiri.
"Jangan ! Duduk dekat bawah tu !"
"Okey...okey...sayang...sabar. Sekarang dah lewat, takkan abang nak balik kot? Sebab tu abang tumpang sekejap dalam bilik sayang ni."
"Takde...takde ! Awak keluar sekarang !"aku membaling bantal tepat mengenai Haiqal.
"Sayang...jangan la bising-bising. Dah lewat ni...nanti terbangun si Arden tu."
"Lantak la ! Aku tak kira ! Kau keluar sekarang !"
"Okay, fine ! I'll go. Jangan la jerit-jerit."Haiqal akhirnya mengalah.
Dia cuba untuk berdiri, namun belakangnya terasa sangat sakit. Aku mendengar keluhannya. Terbit rasa bersalah di hati.
YOU ARE READING
My Precious Treasure
RandomMy very first novel online. Happy reading!!! ✨My Precious Treasure✨ Idea untuk cerita ini adalah 40% daripada idea writter sendiri dan 60% idea daripada komik online yang dibaca oleh writter. Dilarang mencuri hak ciptaan penulis novel ini. Happy Rea...