"Mami, cepat lah ! Mami dah janji, kan?"Arden menarik-narik tangan aku.
"Ya Allah, dah kenapa ni, sayang?"soalku, hairan.
Perangai Arden kebelakangan ini semakin pelik. Entah apa yang berlaku masa majlis Mini hari tu, Arden sekarang asyik cakap pasal daddy je. Apa yang dah jadi sebenarnya ni?
"Jom la, mami ! Jom !"
"Pergi mana?"
"Ofis auntie Hani...jom la mami ! Cepat !"
"Ye...ye...mami bawak. Kejap, mami tukar baju."
"Nak tukar baju jugak !"
Entah apa lah yang ada di tempat kerja Hani yang membuatkan Arden mahu kesana. Dari pagi tadi, Arden tak henti-henti mahu mengikut Hani ke tempat kerja. Aku pun pelik. Ikut sahajalah kehendak budak kecik ni. Lagipun, hari ni hari jadi dia.
\\\
"Mami, turunkan Arden !"Arden meronta-ronta minta diturunkan.
"Arden, dengar cakap mami. Kita kat tempat orang. Jangan buat bising, jangan kacau orang, faham?"aku berpesan. Tangan kecil Arden digenggam.
Arden mengangguk.
"Sya?"aku memandang ke arah suara itu.
"Apa Sya buat dekat sini?"soal abang Aleef.
"Abang? Budak kecik ni, ha. Nak jumpa auntie dia sangat...itu yang bawak datang sini ni. Abang takde kerja ke?"
"Tak banyak kerja pun...jom duduk dekat sana?"
Abang Aleef membawa aku dan Arden untuk duduk di sofa yang disediakan di dalam bangunan itu. Seringkali aku tertanya, macam mana abang boleh bekerja di tempat yang sebesar ini? Bangunan yang besar, gaji pun mesti besar, kan?
"Apa cerita life abang sekarang? Jadi suami orang?"soalku, mengusik.
"Takde apa lah sangaf. Hidup, macam tu je la...Sya pulak macam mana?"
Sedang asyik berbual, Allisya tidak sedar akan ketiadaan Arden. Arden yang berasa bosan, berjalan-jalan sendirian meninggalkan maminya.
"Sya, okey sekarang? Arden punya sekolah macam mana? Duit cukup tak?"soal abang Aleef.
"Semua okey, bang. Sekolah Arden pun okey. Duit, setiap bulan abang bagi. Simpan la duit tu, bang. Nanti Mini jelaous pulak, sebab abang lebihkan Sya dari dia."
"Takde la. Arden mana?"
"Arden ada-"
Aku terkejut. Arden tiada bersamaku. Jantungku berdegup kencang.
"Mana Arden, bang?"
"Hah?"
"Arden...Arden hilang !"
"Ya Allah, Sya. Sabar, ye? Dia mesti ada dalam bangunan ni. Kita cari dia, okey?"
"Anak Sya, bang..."
"Ye. Abang tahu. Sya bertenang, eh? Tarik nafas."
Aku mengikut arahan abang Aleef. Ya Allah ! Anak aku !
"Kita berpecah, Sya cuba cari dia dekat atas. Abang cari dekat bawah, okey?"
Aku mengangguk. Kemudian, kami berpecah untuk mencari Arden.
Arden anak mami, jangan buat mami macan ni, sayang. Mami takut...mami taknak hilang awak.
\\\
"Bos."sapa Hani.
"Ye, ada apa-apa meeting ke hari ni?"soal Haiqal.
"Takde, encik."
"Client kita, macam mana?"
YOU ARE READING
My Precious Treasure
RandomMy very first novel online. Happy reading!!! ✨My Precious Treasure✨ Idea untuk cerita ini adalah 40% daripada idea writter sendiri dan 60% idea daripada komik online yang dibaca oleh writter. Dilarang mencuri hak ciptaan penulis novel ini. Happy Rea...