24

19 2 0
                                    

"Sayang ! Ooo sayang...bukak la pintu ni...sayang..."

Aku menekup telingaku dengan bantal. Suara Haiqal yang merayu-rayu mahu tidur denganku menganggu tidurku. Sejak aku lari dari bilik dia tadi, hampir 30 minit Haiqal tidak berhenti memanggil aku.

"Sayang ! Jangan la buat abang macam ni ! Kita kan suami isteri...jom la tidur sekali, sayang. Sayang? Sayang !"

"Ya Allah ! Awak ni dah kenapa? Pergi la tidur bilik awak tu ! Jangan ganggu tidur saya, boleh tak?"

Haiqal merengek. Dia masih memanggil aku. Aku hanya membiarkan. Namun, semakin lama, semakim perlahan suara Haiqal. Tak lama selepas itu, aku tidak lagi mendengar suara Haiqal. Aku pelik. Aku terus bangun dari pembaringanku.

Aku meletakkan telinga kiriku pada pintu. Senyap. Haiqal dah diam. Dah tidur kot. Aku cuba membuka pintu. Dapat aku lihat Haiqal yang sedang terduduk di depan pintuku. Hatiku tiba-tiba terasa sakit. Kenapa aku begitu sanggup untuk memperlakukan suami aku sendiri sebegini?

Aku mendengar suara Haiqal yang masih menyebut perkataan sayang dalam lenanya.

"Sayang...sayang...sayang..."kata Haiqal, perlahan.

Aku tersenyum.

"Dah tidur pun, awak masih ingat saya ke?"gumamku.

Wajah tampan Haiqal aku perhatikan. Terasa rindu pula pada Arden. Apa agaknya yang hero kecilku itu buat? Makan kenyang ke tak? Rindu mami dia ke tak? Jujur, wajah Haiqal dan Arden hampir mirip. Aku melelaskan keluhan.

"Muka Arden sama dengan awak. Kalau kita ada anak perempuan, mesti muka dia sama dengan saya pulak, kan?"aku bercakap seorang diri.

Haiqal yang sedang terlena aku perhatikan lagi. Kenapa aku buat dia macam ni? Dia tak pernah salah. Aku yang salah. Aku yang halau dia pergi jauh dari aku. Tapi, kenapa hati aku sakit?

"Kalau saya tak halau awak pergi jauhkan diri awak dari saya...mesti kita dah bahagia, kan?"

"Abang datang balik ni pun...untuk bahagiakan sayang."Haiqal tiba-tiba bersuara.

Aku kaget. Aku memandang Haiqal yang masih belum membuka matanya. Tiba-tiba Haiqal membuka matanya memandang tepat ke arah anak mata aku.

Aku sudah bersedia mahu melarikan diri, tetapi Haiqal pantas mencapai tanganku.

"Tadi cakap apa? Nak anak perempuan? Boleh je...jom !"Haiqal menarik tanganku untuk masuk ke dalam bilik.

"Eh, awak! Apa ni?"soalku.

"Shh ! Nak baby girl kan tadi? Jom la..."

\\\

"Nenek..."panggil Arden.

"Ye sayang?"

"Cerai tu apa?"soal Arden.

Puan Amani terkejut dengan pertanyaan itu. Mini yang turut ada di situ juga terkejut dengan soalan yang dilontarkan oleh Arden.

Puan Amani memandang Mini.

"Arden...pergi main toys dekat sana. Vroom ! Vroom !"Mini cuba untuk menarik perhatian Arden.

Puan Amani memandang Mini meminta penjelasan.

"Mini...apa tu? Kenapa Arden tanya macam tu? Ada apa-apa yang patut mama tahu ke?"soal Puan Amani.

"T...tahu apa, ma? Mana ada apa-apa. Semuanya elok je la, ma."

"Habistu? Kenapa Arden tanya soalan macam tu? Haiqal dengan Sya...nak berce-"

"Assalamualaikum, ma !"sapa Haiqal dari muka pintu.

Puan Amani dan Mini menoleh ke arah suara itu. Terlihat Haiqal dan Allisya yang berada di depan pintu masuk. Reaksi wajah Puan Amani berubah teruja setelah melihat wajah Allisya. Dia terus berlari mendapatkan Allisya.

My Precious TreasureWhere stories live. Discover now