Hari yang di nanti-nantikan kini tiba. Bukan Mikayla sahaja yang merasa lega. Reza juga merasa kan hal yang sama.
"Alhamdulillah. Selamat pengantin baru Kayla. Maira doakan yang terbaik buat korang berdua. Auch.. I'm crying.."
Maira lap airmata yang meleleh pada tubir mata. Akhirnya bersatu juga dua jiwa ini. Iaitu Mikayla dan Reza.
"Ala.. Jangan lah. Hari ini kan hari bahagia Kayla. Please jangan nangis. Kalau Maira nangis, Kayla pun nak nangis sama."
Tubuh Maira di tarik rapat ke dalam pelukan. Mikayla terharu. Dia tidak punya kawan rapat selain Reza. Dan bila mengenali Maira, di layani baik sentiasa itu membuatkan dia rasa sangat-sangat di sayangi.
Mikayla merasakan dia lah manusia yang bertuah kerana dapat kawan-kawan yang baik. Dia kalihkan mata pada satu sudut di hujung bilik pejabat agama. Kelihatan Reza sedang ralit berbual dengan Ray dan Khairil. Entah apa yang di sembang oleh mereka sehinggakan masing-masing boleh gelak lepas macam tu.
Ye, demi menjaga keselamatan dan mendedahkan hal perkahwinan mereka sehingga di ketahui pihak musuh. Mikayla dan Reza bersepakat untuk akad nikah di pejabat agama dahulu.
Memandangkan Mikayla tidak punya wali terdekat oleh kerana bapa saudaranya berada di luar negara, mereka memilih untuk menggunakan wali hakim.
"Kayla, rumah tangga ni banyak sangat pancaroba nya. Maira harap Kayla kuat dan sentiasa bersabar. Kalau ada benda yang nak di kongsi, masalah yang perlukan pendapat dan nasihat jangan malu-malu untuk bagitahu kat Maira. Maira bahagia sangat. Tak sangka korang berdua ni berjodoh."
Maira tersenyum lebar. Mikayla hanya mengangguk dengan senyuman. Dia pandang jari manis yang tersarung dengan cincin emas bertatahkan batu permata berwarna merah delima. Cantik sangat.
Duhai hati, akhirnya kau dah dapatkan apa yang kau mahukan. Kau dah jadi yang halal pada seseorang yang kau cintai.
"Dah siap semua ke? Jom lah balik makan. Aku lapar ni."
Suara Leo membuatkan hampir semua orang di dalam bilik jurunikah itu memandang ke arahnya. Hai lah, tak buat gimik memang bukan Leo.
"Apa, aku lapar betul ni. Pagi tadi tak sempat makan. Lagipun dari semalam lagi aku tak makan. Memikirkan si sepupu yang nak kahwin ni, aku jadi tak lalu nak makan."
Mikayla tepuk dahi. Selamba badak macam ni je dia cakap. Malu hoi dapat sepupu masuk air. Ini dia, tang Sofea rasanya bertimpa-timpa rasa malu.
" Ok lah, jom kita balik. Kesian pulak dekat sepupu baru aku ni. Kebulur ye."
Bahu Leo di tepuk kuat. Sambil tu sempat matanya di kerling pada wajah manis Mikayla yang beroles makeup. Tidak terlalu menonjol dan tebal. Dia suka.
"Hei, nak menonong ke mana? Bukan ke dah kahwin. Jalan lah sama dengan bini kau."
Leo tarik lengan Reza yang sudah menghampiri pintu keluar. Dan kata-kata Leo itu membuatkan hampir semua orang di dalam bilik itu ketawa bagaikan hendak terguling-guling. Geli hati.
" Eh lupa.. Aku ingatkan aku masih lagi duda terhangat di pasaran."
Senyuman nipis separa nakal terhias pada ulas bibirnya. Sempat dia kerling pada Leo yang selamba sahaja mengingatkan dia.
"And thank you for that, cousin."
Sengaja dia tekankan suaranya pada perkataan sepupu itu.
"Jom sayang kita balik. Sepupu kita tu dah lapar."
Tangan Mikayla dia capai dan di gengam kemas. Sempat dia pandang pada tangan mereka yang bertaut kemas.
YOU ARE READING
NAMA AKU REZA!
RomanceTakdir? Kalau dia boleh memilih takdir, dia tak akan pilih untuk lalui jalan hidup yang begini. Jatuh cinta, namun tidak berbalas. Di benci pula atas kesilapan orang lain. Kisah cinta, persahabatan, kekeluargaan dan kasih sayang antara Reza Aslan Mi...