Reza mendengus geram. Rambut yang separa panjang di paras leher dia gosok kasar. Hatinya bengang. Jiwanya lirih. Kenapa dalam banyak-banyak tempat kat bumi Terengganu ini juga mereka harus bertemu. Sudah lah muka itu yang dia ingin hapuskan dari dalam fikiran dan kehidupan nya . Namun kini muncul semula menghilangkan damai yang baru sahaja hendak berputik dalam diri.
Reza menghenyak kasar duduk ke atas sofa. Bibir di ketap marah. Semenjak pertemuan yang tidak di pinta-pinta itu hampir seharian mood dia gundah-gulana. Semua orang di marahinya. Tak lain tak bukan yang menjadi mangsanya adalah Syafiq. Siapa minta jadi orang kepercayaan dia. Sudah lah semua orang bengap sahaja. Tak ada inisiatif dan tindakan langsung untuk membenteras kes yang sudah mula berleluasa di negeri ini.
Semua orang lembap. Semua orang sengaja mencari butang amarah nya. Semua orang sengaja meminta untuk di maki.
Remote tv di tepi Reza capai. Dia tekan ikut suka hati nya. TV1, dokumentari. TV2 movie cina, TV3 drama melayu entah apa-apa. Pah ke ceroh jiwang. Kahwin anak datuk, duit banyak, naik kereta besar. Memang duit kuncinya pada kebahagian ke? Kalau ye, sudah tentu dia bahagia gila sekarang. Bahagia sebenarnya bukan hanya pada wang ringgit, bahagia itu pada kesepakatan jiwa. Pada sifat prihatin tiap-tiap pasangan. Itu yang mereka tidak tahu. Kenapa lah tidak terbitkan cerita yang memberi sedikit motivasi?
Aih, nak marahkan orang! Sampaikan cerita yang ada di tv pun turut mengena tempias dia.
Sudahnya Reza hempas remote tv ke meja di tepi sofa. Fikiran dia kusut. Di tambah dengan cerita yang tak memberi nya apa-apa faedah makin menambahkan rasa kusut yang ada. Reza menyandar. Matanya di pejam. Cuba menenangkan rasa hati.
Zuppp!
Bayangan wajah itu muncul semula. Bersama senyuman palsu dia..
"Reza!"
Reza celik semula mata nya. Kalau lah otak dia boleh di cabut ke tepi, memang itu yang Reza akan lakukan. Berharap dengan otak yang tercabut dia sudah tidak akan memikirkan pasal gadis itu. Sesaat mahupun selama nya. Ye. Bukan itu yang dia inginkan.
Dia mendengus geram. Peristiwa sewaktu makan tengah hari tadi melintas semula di benak fikiran dia. Apa lah aturan tuhan pada diri nya, sehingga mereka berjumpa semula. Berjumpa dengan seseorang yang selalu di doanya agar di jauhkan dari hidupnya.
"Ok dah sampai."
Gumam Syafiq perlahan. Reza segera turun dari motosikal Ysuku 15 yang di tunggangi dia bersama Syafiq. Helmet dia buka sebelum tangan nya melurut hujung rambut. Isfan yang sudah berdiri di sebelah, dia pandang sahaja. Usai Syafiq mengunci motor, mereka berjalan seiringan masuk ke dalam 'Restoran Binjai'. Ini lah restoran kegemaran dia dan Syafiq. Masakan mereka boleh tahan dan tak adalah mahal sangat. Di tambah lagi lokasinya yang hanya beberapa minit dari IPD, ianya memang berbaloi untuk di kunjungi.
Reza dan yang lain melihat hidangan yang tersedia. Sedang dia berkira-kira untuk makan apa, kedengaran jeritan kecil seorang perempuan di belakangnya.
Tindakan reflek dia? Mestilah dia sempat menyambar pinggang perempuan itu dari jatuh tersembam pada lantai di hadapan mereka. Gadis dengan rambut pendek ala-ala boyish look itu diam sahaja.
"Cik, ok ke?"
Reza bertanya perlahan. Pautan pada pinggang si gadis itu dia lepaskan. Reza sempat melirik pada kaki perempuan itu. Benar sekali tegahan hati dia. Perempuan itu terpelecok gara-gara berkasut tumit tinggi yang sehalus biji taji. Apa lah yang bagusnya ber sepatu tumit tinggi, cantik hanya untuk sekejap sahaja. Seksanya lama. Ye la, kaki akan kejang dan lenguh jika di pakai dalam jangka masa yang panjang.
YOU ARE READING
NAMA AKU REZA!
RomanceTakdir? Kalau dia boleh memilih takdir, dia tak akan pilih untuk lalui jalan hidup yang begini. Jatuh cinta, namun tidak berbalas. Di benci pula atas kesilapan orang lain. Kisah cinta, persahabatan, kekeluargaan dan kasih sayang antara Reza Aslan Mi...