Mikayla POV..
Aku tak tahu apa dosa aku sehingga Allah duga aku setahap ini. Salah ke untuk aku mengecap sedikit nikmat kebahagiaan.
Ya Allah!
Apa yang kau nak tunjukkan sebenarnya. Tolong lah jangan lemahkan aku. Pinjamkan aku sedikit kekuatan agar aku dapat menempuhi semua ini dengan penuh kesabaran.
Keluhan kecil terlepas dari bibir. Belakang badan sedari tadi aku biarkan saja menyandar sepenuhnya pada pintu bilik yang di duduki oleh Reza.
Aku faham apa yang dia rasakan itu sangat sangat membuatkan dia rasa lemah. Dia seorang lelaki yang sempurna. Seorang ketua yang bersemangat. Mana mungkin dia dapat menerima semua ini dengan mudah.
Tetapi itu tak bermakna dia boleh buat keputusan ikut kepala otak sendiri. Aku berhak untuk buat keputusan sama. Apatah lagi bila kami sudah bergelar suami isteri yang sah.
Aku sayangkan dia. Aku tunggu dia hampir bertahun tahun lamanya dan aku cintakan dia dari zaman sekolah lagi. Ini apa yang aku inginkan dari dulu lagi. Aku inginkan dirinya. Dan mustahil untuk aku ikut cadangan entah apa apa itu bila keadaan dirinya tak memihak langsung kepadanya.
Aku... Aku tak boleh nak terima..
Aku.. Aku cintakan dia..
Aku ingin berada di sampingnya. Bukan hanya dalam kesempurnaan nya tetapi lebih dari itu.
Kaki ini mula longlai sendiri dan aku melemah jatuh terduduk di lantai. Tanpa aku pinta mata terus menjalankan tugasnya. Airmata aku luruh tanpa segan dan silu. Aku teresak lagi.
"Kayla.. Hey.. Kenapa ni.."
Maira muncul secara tiba tiba. Tetapi aku sedikit pun tidak mampu untuk membalas pertanyaannya apatah lagi memandang kepadanya.
Aku kini lemah sepenuhnya..
"Kayla.. Shuhhh!"
Maira duduk mencangkung di hadapan aku. Kedua tangannya menyentuh lutut yang aku peluk dari tadi.
"Dia.. Dia.."
Aku tergagap. Dada aku sesak dengan kata kata yang aku ingin lontarkan.
"Ye.. Kenapa.. Reza ye. Kenapa dengan dia?"
"Dia nak bercerai. Dia nak berpisah dengan Kayla. Dia tak nakkan Kayla. Dia.."
Esakan aku kali ini memang terletus sepenuhnya. Segala rasa sebak yang aku tahan dari tadi terletus tanpa bendungan lagi. Aku lepaskan segalanya. Ye.. Aku lepaskan tangisan aku.
Maira nampak terkejut. Kedua telapak tangannya di bawa menekup mulut sendiri.
"Allah.. Kenapa Reza nak macam tu. Kayla.. Shuhh.. Maira ada.."
Dia tarik aku ke dalam pelukannya. Dan airmata aku bertambah lebat berbanding tadi. Sungguh aku rasa teramat lemah sekarang. Aku tak tahu nak buat apa.
Fikiran aku kosong. Yang aku tahu hanya satu. Iaitu hati aku sedang sakit sekarang ni. Belakang badan aku di tepuk perlahan.
"Kayla sabar ye. Nanti bincang baik baik dengan Reza. Maira yakin dia tak berniat pun nak cakap macam ni sebenarnya. Dia tak dapat nak berfikir dengan elok. Bagi dia masa. Jangan ikut apa yang dia nak. Kita kat sini bukan untuk sisihkan dia. Kita nak tolong dia."
Maira cium ubun ubun aku. Terasa sentuhan dia mengingatkan aku kepada abang. Betapa aku sangat keseorangan tanpa abang. Dan kini bila aku baru sahaja ingin mengecapi kebahagiaan Reza pula ingin meninggalkan aku.
Dugaan apakah ini.
" Kay.. Kayla tak tahu nak buat apa. Kayla cuba faham apa yang dia rasa. Tetapi kenapa sedikit pun dia tak cuba faham apa yang Kayla rasa?"
YOU ARE READING
NAMA AKU REZA!
RomanceTakdir? Kalau dia boleh memilih takdir, dia tak akan pilih untuk lalui jalan hidup yang begini. Jatuh cinta, namun tidak berbalas. Di benci pula atas kesilapan orang lain. Kisah cinta, persahabatan, kekeluargaan dan kasih sayang antara Reza Aslan Mi...