BAB 36

1.9K 141 17
                                    

Angin pantai yang bertiup lembut itu membuatkan helaian rambut Mikayla terbuai buai perlahan. Mata di pejam rapat. Menikmati kedinginan angin laut selepas hujan.

Masuk hari ni dah hampir 5 hari dia dan Reza perang dingin. Tiada sebarang notifikasi yang masuk ke telefon bimbitnya. Panggilan mahupun chat ringkas dari suaminya itu.

Reza sekali lagi menghilangkan dirinya. Dan dia kembali dalam dunia sepinya.

Bunyi gelak ketawa pasangan di sebelahnya buat dia tertarik untuk melihat ke arah mereka berdua. Sang suami sedang suap aiskrim ke mulut isteri. Dan isteri tergelak kecil bila sudu aiskrim yang suaminya cuba tarik dari mulut dia gigit kemas.

Indahnya kalau jadi macam mereka berdua. Sama sama bahagia menyulam cinta. Sungguh dia cemburu. Diri dia tak di beri nikmat untuk merasa seperti mereka berdua. Perkahwinan yang dia bina agaknya memang menanti belah.  Sangkanya inilah kebahagian sebenar yang dia dapat setelah berapa banyak keperitan hidup dia lalui selama ini.

Mikayla tunduk mengutip beberapa keping kulit kerang sebelum dia campak ke arah ombak yang mendekat.

Handphone di tangan dia tekan. Membuka email yang baru di terima. Membaca semula email yang sudah beberapa kali dia buka dan baca itu. Tertera tarikh tiket penerbangan ke UK atas namanya. Sebuah keluhan terlepas dari mulut. Tidak tahu adakah ini keputusan yang betul atau tidak. Pulang ke Scotland. Melihat keindahan Edinburgh yang dia tinggal sekian lama.

Mikayla pernah pasang angan angan untuk pulang kesana bersama Reza. Berbulan madu di tempat kelahiran dia. Dan menghabiskan waktu musim sejuk bersama. Dapat dia bayangkan senyuman manisnya menghiasi bibir apabila berada dalam pelukan hangat sang suami.

Indahnya impian yang satu ini. Tetapi semuanya hanya impian semata. Dia masih lagi Mikayla yang kesepian. Masih lagi pulang ke rumah keluarganya berseorangan. Tanpa ahli keluarga tersayang bahkan pasangan pelengkap kehidupan.

"Lama tunggu?"

Sapaan seorang gadis mematikan lamunannya. Senyuman manis terukir pada bibirnya. Nampak sedikit termengah mengah.

"Tak adalah. Kak Kay memang saja datang awal. Ni apasal macam nak semput ni?"

Gadis itu melabuhkan punggung di sebelahnya. Peluh kecil di dahi dia sapu dengan belakang tapak tangan. Dia manis sekali dengan rambut tocang kudanya. Beralun alun di tiup angin laut.

" Talia berlari dari tempat parking kereta ke sini. Bimbang akak tunggu lama. Berpusing pusing Talia cari parking tadi tau. Asal ramai sangat orang ye?"

Segelas air dari restoran segera Macdonald dia hulurkan pada Mikayla. Segelas lagi dia hirup gopoh.

" Yeke, kesian kat Talia. Ramai ramai ni diaorang datang support festival vintage and heritage ni kot. Katanya yang terbesar pernah di anjurkan di Malaysia."

Air yang di hulurkan Talia dia hirup sedikit. Sekadar membasahkan tekak.

"Burger?"

Mikayla hanya geleng kepala. Dia sebenarnya agak kurang menikmati makanan makanan segera seperti ini. Bukan bermakna makanan seharian dia agak 'clean', ada je hari di mana dia baham nasi kandar kuah banjir macam tak ingat dunia. Mungkin sebab dah terbiasa makan 'real food' jadi dia kurang makan semua tu.

"Oo patutlah, ramai dia macam tengok konsert artis kpop. Bersusun susun orang. Nak dapatkan tempat parking tadi pun Talia kena tunggu hampir 15 minit tau. Sampaikan aircond kereta yang Talia pulas sampai habis tu tak terasa sejuk dia. Berpeluh peluh mak dalam kereta. "

Mikayla ketawa. Si gadis manis yang bernama Talia ni memang peramah orangnya. Bila jumpa ada saja cerita yang boleh buat orang tak kering gusi. Kadang kadang bila lepak dengan Talia ni boleh buat dia rasa muda semula. Sayangnya zaman remaja diri sendiri tidak di nikmati sebaik nya macam Talia dan remaja lain. Dia hanya tahu memerap dalam bilik. Belajar dan meratapi nasib diri. Zaman remajanya nyata tidak di manfaatkan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 03, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

NAMA AKU REZA! Where stories live. Discover now