Bab 3

2.3K 134 5
                                    

Reza tekap pipinya dengan bungkusan ais. Kedua-dua pipinya mula menunjukkan kesan bengkak dan kemerah-merahan. Sebelah kanan di lempang oleh Mikayla, sebelah kiri pula di tumbuk kuat oleh Sufian. Manakala hujung bibir dia pula luka dek kesan tumbukan itu.

Menyesal pula sebab timbul rasa baik hati untuk menolong Mikayla semalam. Sudahnya pipi dia yang menjadi bahana nya. Pagi itu Reza masuk ke pejabat agak lewat, semuanya gara-gara Mikayla. Ye, semua salah Mikayla. Sudah lah diri nya terpaksa menyoal reman si pesalah. Menemankan Mikayla membuat report satu hal dan bila balik ke rumah mata dia pula susah yang untuk lelap. Sedang kan mental dan fizikal dia penat. Penat teramat sangat.

Aduhai, Mikayla itu bala baginya.

Reza menghempas tangan sekuatnya ke atas meja. Geramkan Mikayla meja yang menjadi mangsa. Tangan yang di gunakan untuk menghempas meja terasa sakit. Dia menggeletis pedih. Tangan di kibas-kibas sedikit. Ok, pagi ini dia dah tambahkan satu lagi rasa sakit.

Kedengaran pintu bilik di ketuk dari luar.

"Ye, masuk!"

Laung Reza separa kuat. Syafiq menolak daun pintu perlahan sebelum kakinya melangkah masuk dan mendekat ke meja. Wajah Reza dia pandang serba salah. Nak cakap ke tak nak? Tak cakap kan kesian. Kang cakap kang melenting pula singa ni. Syafiq garu-garu kepala dia. Nak bagitahu pun susah ke?

Reza dongak memandang Syafiq yang nampak berkeluh kesah sendiri. Dah budak ni kenapa pula?

"Ada apa Syafiq? Kalau awak sekadar masuk bilik saya sesaja nak tunjuk awak yang tengah  garu kepala baik awak keluar je."

Reza mengguman geram. Sudahlah dia sakit hati, sakit pipi dan sakit telapak tangan. Dan sekarang dia di jamukan dengan sakit mata. Apa taknya si Syafiq ini dok tergaru-garu di depan nya.

" Err.. Kalau saya cakap tuan jangan marah ye.. Macam mana ye nak cakap?"

Syafiq patah-patahkan jemari dia sehingga berkeletup bunyi. Dia gelisah.

"Hey, nak cakap pun susah ke? Buka mulut, fikirkan ayat dan suarakan. Tak susah pun. Cepatlah. Saya tak suka menunggu."

Reza ketap hujung bibir. Berdecit dia menahan pedih. Sebabnya dia tergigit pada tempat yang luka. Sakit!

"Err.. Ada orang nak jumpa tuan."

Reza sandarkan kepala kepada kerusi.

"Siapa pula? Bukan ke saya dah cakap saya tak nak jumpa dengan sesiapa pun hari ini. Suruh dia datang lain kali. Saya nak rehat."

Reza pejamkan mata. Bungkusan ais masih lagi di tekan pada pipi yang sakit. Sejuk menyentak ke tulang tapi ada juga bagusnya kerana rasa sakit yang di rasai makin beransur pulih sedikit.

"Tapi tuan Isfan dah jemput dia masuk ke ruangan menunggu. Nak tak nak tuan kena jumpa dia juga. Siapa dia, saya sendiri pun tak kenal."

Reza mendengus geram. Nak marahkan Syafiq rasanya tidak wajar pula. Syafiq sudah cukup baik kerana selalu menolongnya tanpa apa-apa balasan. Hailah, yang Isfan tu pun satu. Kenapa lah pergi ajak orang tu masuk.

" Errr.. Dia tu lelaki ke perempuan?"

Syafiq tersengih dengan riak serba salah. Dari awal lagi tetamu tuan Reza itu memberi tahu dia agar tidak di beritahu tentang identiti dia kepada Reza. Dia seakan tahu sekiranya identiti dia di ketahui oleh Reza, lelaki itu tidak mungkin rela akan menemuinya.

"Dia... Dia.. Saya pun tak tahu.."

Syafiq tunduk memandang meja. Gerun dengan pandangan Reza.

"Hai budak ni! Lelaki dengan perempuan pun masih tak kenal ke? Apa lah yang kau kenal Syafiq. Sudah, bagi dia masuk."

NAMA AKU REZA! Where stories live. Discover now