Bab 16

1.8K 126 7
                                    

Reza duduk atas kerusi berhadapan dengan Abdul. Pandangan mata dia dari tadi sedikit pun tidak berkalih. Tajam menikam mata Abdul. Muka nya tidak beriak. Kaku, beku dan tiada siapa pun mampu menebak apa yang ada dalam fikiran dia.

Abdul kelihatan gelisah. Sekejap-sekejap dia pandang ke tepi. Ada kalanya dia tunduk memandang ke meja. Tangan patah yang masih bergalas itu dia sentuh sedikit.

Entah kenapa, melihatkan muka garang Reza itu tangan dia seakan memberikan respon dengan sakit yang berdenyut-denyut. Suasana bilik tahan reman ini pula tak ubah sejuknya mengalahkan bilik sejuk beku.

Dingin!

Abdul tidak tahu apa ini perasaan dia atau memang bilik ini sengaja di rendahkan suhu nya sehinggakan badannya terasa sedikit mengigil. Kalau betul suhu bilik ini di rendahkan, memang mereka semua sengaja hendak menyeksa batin dan zahirnya. Dan itu adalah penyeksaan yang maha dahsyat.

"Kenapa mengigil?"

Suara tanpa nada itu kembali menyentakkan Abdul ke dunia yang nyata. Tidak lagi terbuai-buai fikirannya dengan lamunan sendiri. Kepala di angkat dari terus merenung meja. Takut-takut anak matanya untuk memaku pandangan pada wajah Reza.

Orang yang buat salah memang begitu. Merasa tidak tenang.

"Taaaa.. Takk.. Takkk.."

Reza sandar belakang badan ke kerusi, namun mata sedikit pun tak berganjak dari menatap Abdul.

"Gagap terus lepas kena pukul hari tu?"

Senyuman sinis terlakar pada bibir Reza. Mata dia melirik pada lengan Abdul yang berbalut dengan kain pengikat untuk tangan orang patah.

Abdul kembali tunduk memandang ke meja. Gerun dengan pandangan lelaki itu. Kalau lah dia boleh pusingkan waktu dia takkan sesekali perjudikan nasib dan hidup sendiri demi duit serta nafsu yang bermaharaja lela.

Sumpah dia tak akan!

"Ok, sekarang bagitahu aku apa yang kau dah buat. Maksud aku.."

Reza bangun dari duduknya dan bergerak ke arah Abdul. Kedua tangannya di labuhkan ke atas bahu Abdul.

"Macam mana kau rogol dan bunuh dia."

Separa berbisik. Dan itu boleh membuatkan badan Abdul kembali menggeletar takut. Liurnya di telan laju-laju. Sesekali dia kerling pada Reza yang nampaknya bersahaja berdiri di tepinya.

"Aku tanya.. Jawab lah!"

Reza tunjal kepala Abdul kuat-kuat. Dengan tempikan yang kuat itu memang membuatkan Abdul rasa hendak terkucil di dalam seluar.

"Saiya.. Saiyaa tak bunuh dia.. Cuma itu rogol dia sikit. Saiya.."

"Rogol sikit je? Boleh kau bagitahu aku macam mana yang sikit, macam mana yang banyak? Aku tak sangka ada juga sikit dan banyak ye?"

Reza ketawa lepas. Tak dapat dia hadam di fikiran, rogol sikit dan banyak?

Berbeza sangat ye?

"Betul lah orang cakap korang ni suka cakap belit-belit. Kejap itu, kejap ini. Sekarang aku nakkan jawapan pada soalan aku. Bagitahu semuanya kalau kau tak nak aku kerat-kerat lidah kau."

Kepala Reza senget sedikit. Memandang tepat pada wajah gelisah milik Abdul. Dan itu sangat-sangat menggerunkan Abdul. Air liur tertelan.

"Saiyaa hanya orang suruhan sahaja. Upah itu orang bagi sama saiya. Sumpah demi tuhan saiya tidak bunuh dia, dia bagi saiya rasa budak yitu sebelum duit saiya dapat dan terus pergi dari situ."

Reza cuba untuk menghadam kata-kata Abdul. Ini maknanya Abdul buat kerja bukan berseorangan. Ada dalangnya.

" Kalau kau hanya rasa dia, habis tu siapa yang bunuh dia? Oo kau sengaja cakap macam ni sebab nak lepaskan diri kan? Nampaknya kau tak sayang lidah sendiri."

NAMA AKU REZA! Where stories live. Discover now