Bab 10

2.2K 107 5
                                    

Reza mundar-mandir di hadapan pintu bilik pemeriksaan kesihatan. Sesiapa yang memandang ke arahnya boleh pening kepala. Nurse yang bertugas pun dah pandang dia lain macam. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Mikayla yang sedang duduk di atas kerusi picit kepala sendiri.

Kalau dia tak halang Reza sekarang mungkin kejap lagi dia yang akan tempah katil sebelah dengan Maira. Dia pula yang naik pening.

"Reza.. Duduk lah. Aku pening tengok kau macam ni. Insyaallah Maira tu tak apa-apa. Ray pun dah nak sampai kan."

Wajah Reza yang gelisah dia pandang sekilas. Reza diam. Entah apa yang di fikirnya. Dan dia masih lagi berjalan gaya polis sedang mengawal keadaan lalu lintas. Kesana kesini..

" Reza... Duduk.. "

Mikayla tarik lengan Reza. Memaksa lelaki itu agar duduk di sebelahnya. Reza duduk. Keluhan halus terlepas dari mulutnya.

"Rileks k. Tarik nafas dan hembus.."

Mikayla kalihkan badannya sedikit menghadap ke arah Reza. Reza masih lagi diam. Tapi dia dah nampak agak tenang berbanding tadi. Mikayla senyum nipis. Melihatkan Reza macam itu dia sendiri turut rasa tenang.

"Apa yang kau fikirkan Reza? Mind to share with me?"

Mikayla masukkan handfhone ke dalam poket seluarnya. Nak ajak orang bersembang kena lah berikan perhatian sepenuhnya. Reza di sebelah masih lagi diam. Matanya di tutup sedikit.

"Aku.. Tiba-tiba teringatkan Zurin. Usia kandungan Maira sama sahaja dengan usia kandungan Zurin. Bezanya sekarang Ray tahu yang isterinya mengandung. Aku?"

Reza menyandar belakang badannya ke kerusi. Mata di pejam lagi. Desahan nafas juga kedengaran berat sekali.

" Aku.. Aku tahu Zurin hamil bila dia dah jadi mayat. Bila badan dia tak bernyawa."

Reza raup muka dia dengan kedua telapak tangan. Sebak yang mencengkam di dada teramat meyakitkan.

Dalam dia gembira dengan berita yang di sampaikan oleh doktor, hatinya juga turut terpalit dengan rasa sakit lamanya yang menjengah semula. Hati yang terluka masih susah untuk di rawat lukanya.

Kata-kata yang terluah dari mulut Reza begitu menyentapkan rasa hati Mikayla.

"Reza.. Janganlah macam ni.. Bukan kita tahu semua nak jadi. Zurin pun bukannya sengaja tak nak bagitahu kau, kau tahu kan dia dah siap kan kejutan istimewa untuk bagitahu semua ni."

Jemari runcingnya teragak-agak untuk menyentuh bahu tegap Reza. Janggal dan bimbang kalau-kalau Reza mengamuk dek sentuhan dia. Bibir di ketap sedikit.

" Allah! Apa yang aku fikirkan ni.."

Reza dongak mukanya ke atas. Hari ini dia jadi manusia yang mempersoalkan takdir. Bukan ke  sebagai manusia yang beriman dia patut menerima setiap ketentuan ilahi?

"Reza.. Mana Maira?"

Ray berlari anak ke arah Reza dan Mikayla. Peluh di dahi sedikit pun tidak dia hiraukan. Kemeja juga sudah mula bermandi peluh. Nafas tercungap-cunggap. Setelah di maklumkan tentang keadaan Maira dari kawan wanita Reza yang bernama Mi.. Mikayla terus sahaja Ray bergegas datang ke sini.

Bimbang dia bukan biasa-biasa. Isterinya pengsan tiba-tiba? Itu salah dia ke sebab biarkan Maira  keluar sendiri?

Ray buka butang baju kemeja atasnya.

"Maira kat dalam. Tengah berehat. Doktor cakap kejap lagi mungkin dia bangun kot. Dia tak ada apalah, penat sikit. Kau masuklah jumpa doktor yang merawat dia."

NAMA AKU REZA! Where stories live. Discover now