Bab 32

1.4K 135 32
                                    

Reza POV..

Dari tadi sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulut Mikayla. Nak kata dia keluar dari bilik setapak bunyi kasut pun tidak aku dengar. Walau aku buta tapi telinga aku masih dapat mendengar dengan jelas.

Apa dia berjauh hati dengan kata kata aku semalam?

Nafas yang memberat aku hela perlahan. Aku sentuh balutan yanh masih membalut mata. Ah, aku rimas! Entah bila doktor mahu membukanya. Katanya hari ini tetapi dari tadi lagi aku tunggu tak ada seorang pun yang muncul. Melainkan Mikayla seorang.

"Ehem.."

Aku berdehem sedikit. Cuba menarik perhatian dia yang entah di mana berada aku pun tak tahu.

Tiada balasan. Senyap. Hanya kedengaran bunyi kimas yang aku syak pada butang no 3. Tak terlalu kuat dan tak terlalu perlahan angin yang bertiup.

"Ehem.. Hemm.. Ehem.."

Kali ini agak kuat sedikit berbanding tadi. Ini kalau tak dengar juga, sah aku kawin dengan perempuan yang ada sedikit masalah pendengaran.

"Haa.. Erm.. Ye Reza. Ada apa?"

Haa, baru dapat dengar suara dia. Mentang mentang lah aku tak berapa nak celik, dia buat juga macam aku ni pekak. Diam tak berkutik.

"Ada orang rupanya. Aku rasa mata aku je buta, tak tahu pulak sampai ke telinga aku terpalit sama. Sampaikan aku panggil lambat menyahut"

Sarkastik. Sangat sangat sarkastik. Walaupun bunyinya seakan akan menyakitkan hati sendiri tetapi apa pilihan yang aku ada selain terus melampiaskan rasa tidak senang aku ini kepadanya. Hipokrit kan aku? Atau lebih kepada lelaki yang tak guna. Menjatuhkan kesalahan pada bahu orang yang tidak bersalah.

Sumpah sikit pun tidak terlintas di fikiran aku untuk terus menerus menyakitkan hati dia. Tetapi semua yang terjadi ini adalah tindakan refleks dari rasa benci aku terhadap diri sendiri.

Dalam aku berperang dengan perasaan sendiri, hati aku menyumpah nyumpah apa yang mulut ku suarakan. Aku nak sangat tarik tangan dia dan peluk kemas kemas seorang isteri yang aku serahkan sepenuhnya hati dan jiwa.

Nak.. Nak sangat..

Tapi ego aku melarang ketat. Ye aku manusia yang sangat penuh dengan keegoaan.

Sangat.. Sangat..

Dia diam.. Masih lagi diam. Dan diam dia itu buatkan aku tak senang duduk. Jangan lah dia terasa dan keluar tinggalkan aku. Atau.. Atau terus pergi dari hidup aku.

Mungkin kelmarin otak aku menghantar signal macam tu. Tapi hati nurani aku tidak. Aku tetap merasakan yang aku punya masa depan indah bersama Mikayla.

Aku nak sembuh dan melayari waktu waktu aku yang indah.

"Kita akan balik ke semenanjung petang nanti. Kayla dah kemas barang barang Reza. Mak dah bertolak balik dulu."

Suaranya bergetar lembut. Mungkin Mikayla sedang menahan diri daripada menghamburkan tangisan nya. Sumpah aku rasa sangat sangat bersalah. Tak pernah aku rasa teruk seperti ini. Tidak sebelum kawin.

Nafas aku tarik dalam. Bagaikan terasa peritnya halkum.

Mata yang masih perit aku celikkan sedikit.

Pedih dan sangat menyakitkan bagaikan nak pecah kepala. Aku pejamkan semula. Aku rasa hampir sesak nafas aku dengan segala rasa sakit ini. Aku tarik nafas dalam dalam lagi.

Hendak mencuba sekali lagi. Dengan tangan yang masih mengengam hujung cadar aku buka sedikit demi sedikit hujung mata.

Rasa pedih aku tahan. Tidak mahu terlalu memaksa. Bila aku rasakan sedikit selesa aku celikkan sedikit luas. Lagi dan lagi. Sehingga aku kini celik sepenuhnya. Tetapi yang aku nampak sekarang hanyalah satu hamparan lanskap putih. Dengan sisa bayang bayang pagi yang berwarna jingga keemasan masuk dari sebuah jendela mungkin.

NAMA AKU REZA! Where stories live. Discover now