Bab 19

2.1K 114 21
                                    

Mikayla pandang cermin pandang belakang berkali-kali. Hampir 10 minit dia duduk bertapa dalam kereta dan masih belum berura-ura untuk keluar. Tangan kanan di bawa mengusap dada yang dari tadi berdegup laju tak henti-henti.

Kalau berterusan macam ni, belum umur 40 tahun Mikayla dah terkena serangan jantung tahap kritikal.

Baru je berada di ruangan parking kawasan kondominium mewah tempat tinggalnya Reza Aslan, belum lagi dia menapak masuk ke dalam rumah dia. Tetapi perasaan dia sekarang ni, Allah je yang tahu.

Berdebar dan serba tak kena!

"Chill Mikayla.. Chill.."

Nafas di tarik dalam-dalam. Rambut yang berjuntai di tepi telinga dia selitkan kembali.

Mangkuk tingkat dia capai, handphone dan dompet awal-awal lagi dia sudah masukkan ke dalam sling bag. Tidak mahu ada apa-apa lagi yang tertinggal. Letih tahu nak berkejar ke sana sini demi mengambil barangan yang tertinggal.

Mikayla pandang bangunan yang tersergam di hadapan mata.

Satu, dua, tiga, ermmm.. Tingkat 16 tempat tinggal si Reza. Gugusan kunci yang bergantung sama dengan keychain bentuk hati dia gengam kemas.

Hampir 3 tahun lebih dia tidak menjejakkan kaki ke sini, apakah susun atur perabut semua masih seperti dulu lagi? Kali terakhir Mikayla ke sini dia dan Reza berperang mulut sakan.

Atas sebab apa? Ermm.. Dia kalau boleh tak mahu nak ingat semua tu. Terasa aib bila mengenangkan pengalaman lama.

Bibir di gigit kuat. Bergemuruh dada bila ingatkan peristiwa itu.

"Hai.. Orang baru ke?"

Lamunan Mikayla tersentak. Mikayla pandang ke tepi, kelihatan wanita berbangsa cina pertengahan umur tersenyum manis kepadanya. Mereka berdua sedang menunggu pintu lift terbuka.

"Err.. Tak auntie.. Saya tak tinggal kat sini. Saya nak jenguk kawan, dia demam."

Wanita itu mengangguk faham. Pintu lift tertutup semula.

"Oo macam itu, sebab auntie tak pernah tengok level ini ada gadis muda macam kamu tinggal sini maa."

Mikayla gelak kecil. Loghat pelat cina auntie itu menghiburkan dia. Comel sahaja.

"Auntie tinggal level ini juga ye?"

Siapa sangka yang auntie ini tinggal satu tingkat dengan Reza. Jangan mereka berjiran sudah. Malu pula dia nanti. Tak pasal-pasal nanti orang fikir bukan-bukan pula. Cina tak cina. Dah namanya orang Malaysia dia punya tahap menggosip boleh tahan juga.

"Yela.. Sudah lama auntie tinggal sini. Sudah hampir 10 tahun. Kamu ini mahu ke rumah itu tuan Reza ke?"

Gulp! Air liur tertelan sendiri.

"Errr.. Macam mana auntie boleh tahu?"

Auntie itu ketawa lepas. Sehingga bergema satu tingkat level 16 ini. Mereka melangkah keluar bersama-sama dari lift.

"Iye auntie. Dia kawan baik saya."

Auntie itu senyum nipis. Bahu Mikayla dia tepuk perlahan.

"Bagus.. Auntie tak rasa you ni kawan biasa pada dia, auntie belum pernah tengok ada perempuan naik sini lagi tau. You are the first one tau."

Mikayla kerut kening. Pertama?

Takkan lah. Dia kan dah pernah kahwin. Zurin tu?

"Auntie tak tahu ke dia dah kahwin? Takkan isteri dia tak tinggal sini?"

NAMA AKU REZA! Where stories live. Discover now