Bab 21

2.5K 133 14
                                    

Mikayla berlari-lari anak mengelilingi kawasan tasik yang sederhana luas itu. Sesekali dia mengangguk kecil kepada mereka yang menghadiahkan senyuman manis padanya. Orang berbudi kita kena berbahasa.

"Itu bukan ke model dalam iklan produk.. Produk apa haa. Aku lupa."

Mikayla senyum nipis. Dari tadi lagi dia perasan akan pandangan beberapa remaja perempuan bersebelahan dengan dia. Namun Mikayla buat tak tahu sahaja. Dia hanya senyum sambil meregangkan otot-otot badan sendiri.

" Yela, model tu. Mikayla Imani. Model iklan Lancome hari tu."

"Wey, yela.. Dia lah. Patut rasa macam pernah tengok."

Mikayla senyum lagi. Geli hati pun ada dengan telatah anak muda yang nampak teruja dengan sangkaan mereka bertiga.

Dia pernah muda dan dia tahu erti keterujaan itu macam mana.

"Awak sebut nama akak ke tadi?"

Melopong luas mulut ketiga-tiga gadis di sebelahnya. Wei, itik pun dengar lah bila diaorang berbisik mengalahkan radio kereta.

"Err.. Betul ke akak ni model. Mikayla Imani?"

Seorang gadis sederhana kurus berambut lurus separa bahu terkelip-kelip memandang Mikayla. Kawan mereka yang lain hanya diam dengan mata terkelip-kelip comel.

"Iye.. Akak lah tu."

Apalagi melompat penuh keterujaan mereka bertiga dengan jawapan Mikayla.

"Betul kan aku cakap tadi. Kau je yang tak percaya."

"Tak. Aku bukan tak percaya, tapi bimbang kita tersalah orang je. Model international macam dia takkan lah nampak..."

Dia pandang Mikayla sekilas. Mikayla Imani sekarang nampak berbeza dari Mikayla Imani yang mereka nampak di kaca televisyen dan media massa.

" Kenapa dik? Bila jadi model kita kena melaram setiap masa ke? Atau maksud awak akak ni tak boleh nampak macam orang biasa-biasa macam korang semua gitu?"

Senyuman semanis mungkin Mikayla berikan pada remaja tersebut. Nampak mereka terkulat-kulat dengan pertanyaan Mikayla.

" Akak pun orang biasa je dik. Cuma yang nampak lain sikit bila akak ceburi bidang macam ni. Pilih lah bidang apa pun yang penting jangan sombong dan sentiasa lah merendah diri."

Mereka bertiga mengangguk sedikit.

"Korang tak nak selfie dengan akak ke?"

Senyuman yang manis tadi masih lagi melekat pada ulas bibir Mikayla. Sesekali jam di tangan dia kerling sedikit. Dia sudah janji dengan Pak Ayob untuk menghabiskan masa selama 2 jam sahaja di taman.

Dia tahu orang tua itu bimbangkan keselamatan dia. Beberapa hari yang lepas dia telah di ekori oleh seseorang yang dia langsung tidak kenali. Mulanya Mikayla buat tak tahu sahaja. Tetapi sepanjang perjalanan dari tempat dia photoshoot hingga hampir tiba ke rumah kereta itu masih juga mengekorinya, Mikayla mula rasa tidak sedap hati.

Bila dia ceritakan perkara itu pada Pak Ayob, apalagi terus orang tua kesayangan dia tu menguatkuasakan kuasa veto nya. Mikayla tak di benarkan keluar bersendirian. Mesti bawa bodyguard atau Pak Ayob sendiri.

"Tapi Pak Ayob, takkan lah hari-hari kena keluar dengan mereka semua. Nanti apa orang lain cakap, Mikayla imani kekwat.. Bawa bodyguard bagai."

Pak Ayob geleng kepala. Bukan dia tak tahu itu alasan Mikayla sahaja. Dia suka bergerak ke mana-mana sendirian.

" Dah kalau macam tu, tak bodyguard tak nak Pak Ayob. Apakata dengan Reza?"

NAMA AKU REZA! Where stories live. Discover now