Bab 27

1.6K 101 13
                                    

"Aku cakap cepat.. Cepat lah.. Asal korang semua ni lembap haa.. Kita kena sampai tepat pada masa yang di janjikan."

Riuh rendah suara lelaki menjerkah garang dalam bilik gudang lama ini. Issac yang berdiri setentang berhadapan pintu masuk bilik menggeleng kepalanya sedikit. Namun mata masih tumpuan utamanya. Memerhati gadis gadis yang sedang di paksa oleh konco konco mereka untuk keluar dari gudang ke sebuah van. Ada di antara mereka berjalan perlahan dengan tangis yang cuba di tahan, ada pula menunjukkan protes sehingga perlu di seret.

Pemandangan ini bukan benda baru untuknya. Sebelum berkerja dengan Mario, ini lah kerja yang selalu dia buat.

Pengawal/bodyguard bagi kerja kerja terkutuk samaada pelacuran mahupun pemerdagangan orang.

Ah Issac, cara kau berfikir macam lah kau ni baik sangat. Yang terkutuk itu lah yang selalu kau buat.

Tanpa sedar dia ketap hujung bibir. Merasa kasihan kah dia pada gadis gadis muda yang patut dia hormati dan jaga seperti adik sendiri?

Kasihan? Jaga? Adik?

Huh.. Persetankan..

Dia anak yang tak jelas asal usulnya. Anak buangan. Entah ada ke tidak adiknya dari rahim dan sperm yang sama. Jika ada, boleh ke dia mengenali mereka?

Haha.. Issac.. Issac.. Setelah berpuluh tahun kau hidup, sekarang pun kau masih memikirkan tentang susur galur keturunan dari ibu dan bapa kau?

Sedangkan mereka sendiri pun kau tak kenal, inikan nak ambik tahu pasal adik adik yang kau ada. Andai mereka ada sekalipun menjadi orang orang yang baik kah mereka semua.

Issac senyum sinis. Sedikit sebanyak apa yang dia fikirkan tadi membuatkan raut wajahnya berubah keruh. Ah, betapa hal mengenai asal dirinya memberikan kesan yang begitu mendalam.

Sebatang rokok yang dia keluarkan dari tadi di bawa ke mulut sebelum pemetik api bergambar tengkorak dia hidupkan.

Asap itu Issac sedut dalam dalam. Tak sangka sebenarnya dia boleh jadi seorang perokok. Entah mengapa kebelakangan ini rokok bagaikan terapi pada diri Issac. Memberikan dirinya rasa sedikit tenang. Pada saat dia serabut sehingga otaknya tepu untuk berfikir maka rokok lah penyelamatnya.

Untung saja dirinya tidak terjebak untuk menjadi hamba dadah seperti mana rakan rakannya yang lain. Bukan tidak ada yang mengajak Issac untuk mencuba pil kuda mahupun syabu, cuma dirinya awal awal lagi sudah menolak ajakan mereka.

Dia punya prinsip tersendiri. Sejahat mana dirinya, Issac tidak akan sesekali mencuba dadah. Biarpun ramai sekali yang mencemuh dan menyindir dia buat pekak sahaja.

Asap yang berkepul kepul di hembus ke udara. Membentuk pelbagai bentuk yang tiada berjisim. Ralit dengan rasa kimia yang berkumpul masuk ke dalam rongga dada.

"Issac, jangan ingat kau orang kesayangan bos kau boleh tengok sahaja apa yang kami buat. Tolong lah sama."

Steven merenggus geram. Dari tadi lagi dia lihat Issac hanya berdiri dan memerhati. Sedangkan mereka semua terpaksa bergelut dan menjerkah garang terhadap gadis gadis ini semua.

Peluh renai di dahi dia sapu dengan telapak tangan.

Hendak mengendalikan perangai seorang demi seorang memang memenatkan. Ikutkan hati dan panas baran memang gadis gadis itu akan mati di kerjakan. Di dalam otaknya muncul ilusi di mana tangan Steven sedang mencekik leher gadis gadis itu dengan tangan kasarnya. Dan dia ketawa berdekah dekah apabila melihatkan mereka semua tercabut nyawa dari badan dalam keadaan yang sangat menyayat hati.

Ah, lama lama aku pun boleh jadi gila macam Mario.

Issac senyum. Dia sedar ketidakpuasan hati Steven terhadapnya. Dari awal Steven muncul lagi beliau selalu mencari pasal dengan Issac. Ada je yang tidak kena pada matanya. Issac itu lah, Issac ini lah. Pernah juga beberapa kali mereka bergaduh besar di sebabkan mulut Steven yang sengaja melaga lagakan antara Issac dengan rakan rakan yang lain.

NAMA AKU REZA! Where stories live. Discover now