"Kau percaya apa yang dia cakap?"
Mikayla kerling Reza di tepi. Dari tadi lagi lelaki itu asyik berpusing-pusing pada tempat yang sama. Agaknya Hati dia masih belum puas. Masih mencuba. Dan mencuba untuk mencari bukti yang mungkin ada.
Ye mungkin?
Gigih betul si Reza ni, mungkin sebab itu juga beliau boleh jadi orang penting dalam jabatan sekarang.
"Aku sikit pun tak percayakan kata-kata dia. Dia.. Dia macam.. Semacam lah."
Mikayla kunyah popcorn yang sempat di belinya dari kedai serbaneka tadi. Reza paling wajah ke arah Mikayla. Naik hairan.
Jika gadis lain mana mungkin akan ikut dia bertapa ke kawasan yang berlaku nya kes pembunuhan. Memang tak akan ada yang seperti itu. Reza berani cukur licin dia punya jambang.
Bayangkan Dengan bau hanyir darah yang masih melekat sana sini walau baru di cuci ini, Boleh pula sekarang Mikayla membuntuti dia di belakang semacam anak kecil.
Yang hairan nya apa minah ni tak rasa geli ke? Kalau gadis lain cakap je pasal darah-darah semua ni semua dah muntah hijau. Mikayla pula elok saja.
Selamba!
Apa je pasal perempuan ni yang tak pelik. Semua nya abnormal, tak macam gegadis lain.
"Kau ni pelik lah Kayla."
Reza berhenti mengejut. Hampir sahaja Mikayla mencium belakang badan Reza. Cepat-cepat dia brek dan mengundur selangkah je ke belakang. Bahaya!
"Apa yang pelik?"
Mikayla tunduk memandang pada kaki nya. Ok kasut dia bertutup. Seluar dia seluar panjang labuh menutupi hingga ke buku lali. Baju dia pula tidak besar dan tidak ketat. Sedang-sedang pada badan dia. Masih boleh bernafas dengan elok.
Jadi apa yang peliknya? Atau dia yang pelik? Lepas tu cakap kat aku.
"Kau tak rasa geli? Tak takut? Datang tempat kes pembunuhan yang baru je berlaku tak melepasi 24 jam pun lagi. Dengan bau yang kau sendiri tahu macam mana. Dan pada tempat yang kau tengah berdiri itu lah kami jumpa mayat tadi."
Mikayla pandang ke kaki. Dia mula membayangkan apa yang Reza bagitahu. Sesekali dia jengukkan kepala pada longkang di tepi kakinya.
" Lepas tu? Ok je. Takut apa nya. Kenapa nak geli darah je kot. Yang masih baru pulak tu. Bukan yang dah banyak hari pun. Biasanya darah segar ni tak ada lah busuk mana pun bau dia. Wangi.."
Mikayla senyum meleret. Saja nak mengusik Reza. Sengaja dia cakap macam tu, hendak buangkan segala fikiran negatif serta rasa tak sedap hati.
Tempat ini memang lain macam. Kawasan tapak pembinaan yang nampak.. Entah.. Tak nak sebut..
"Dah Jangan mengarut. Di Sebabkan kau rajin nak mengikut aku sangat, sekarang kau kena tolong aku. Kau pergi sebelah sana. Nampak benda pelik bagitahu aku cepat."
Anggukan kecil Mikayla jadikan jawapan kepada arahan Reza. Mulut pula selamba mengunyah popcorn yang masih berisi di dalam bekas.
Dia berjalan ke hadapan melepasi Reza. Dengan tapak tangan mengampu bekas popcorn dan di temani lampu suluh kecil pada telapak tangan yang sama dia menyuluh kawasan sekeliling.
Benda apa yang pelik pun dia tidak tahu. Tetapi dia rajinkan sahaja dirinya. Dah dia yang memandai nak ikut Reza. Hendak tak hendak dia kena ikutkan juga.
Senyuman kecil terukir pada bibir Mikayla. Rasa kelakar dengan gaya sendiri yang tak ubah seperti detetif. Mata di celikkan luas-l7ascuba untuk lebih fokus pada keadaan sekeliling. Kakinya melangkah penuh berhati-hati. Sesekali dia tunduk memandang ke bawah.
YOU ARE READING
NAMA AKU REZA!
RomanceTakdir? Kalau dia boleh memilih takdir, dia tak akan pilih untuk lalui jalan hidup yang begini. Jatuh cinta, namun tidak berbalas. Di benci pula atas kesilapan orang lain. Kisah cinta, persahabatan, kekeluargaan dan kasih sayang antara Reza Aslan Mi...