Bab 11

2K 125 25
                                    

Udara pagi ini terasa nyaman sekali. Tangan di depakan seluasnya dengan senyuman manis meniti di ulas bibirnya. Senang dan tenang sangat bila dapat balik ke rumah sendiri selepas berminggu-minggu dia sibuk dengan photoshoot yang padat itu. Jadual kerja dia, mak aih..

Padat, penuh mengalahkan selebriti. Sibuk memanjang. Tambah-tambah lagi bila dah hampir nak masuk ke bulan ramadhan ini. Slot untuk modelling, memperagakan pakaian dari butik-butik terkenal banyak bersusun-susun. Naik pening kepala Mikayla dengan semua itu. Nasib baiklah dia ada Kak Yan selaku PA dia. Kuranglah sikit rasa pening dan huru haranya dia tu. Yang bertambah pening adalah Kak Yan. Biarlah, bukannya dia tak bayar gaji kan. Ecece!

Jam di dinding dia kerling sedikit. Baru pukul 7 pagi. Udara pada masa inilah yang sangat menenangkan. Mungkin orang lain akan nampak kolotnya Mikayla sebab suka bangun di  awal pagi. Tetapi itulah yang manusia selalu terlepas, pemandangan waktu pagi sangatlah best. Selepas solat subuh dia agak jarang hendak tidur semula. Rugi lah kalau tak merasa kesegaran suasana waktu pagi.

Udaranya menyamankan. Sejuk tetapi menenangkan jiwa yang sedang resah. Bunyi kicauan burung pula sangatlah indah. Inilah dia lagu atau irama alam yang terindah ciptaan tuhan pada hambanya.

Oh tuhan!

Sudah berapa lama dia terlepas pemandangan sebegini. Terlalu sangat kejarkan nikmat kehidupan sampaikan nikmat kurniaan Allah ini dia terlepas saban hari. Dia sendiri tak pasti apalah yang dia kejarkan dalam hidup. Apa yang masih dia kurang?

Harta?
Berlambak.. Sampai keturunan cucu cicit ciat ciut pun tak habis nak di makan.

Pangkat dan kenamaan?
Bukan dia anak dato ke? Pergi kemana sahaja, semua orang kenal.

Pendidikan?
Dia lepasan master dari luar negara. Dengan keputusan yang sangat membanggakan. Bukan calang-calang ok Mikayla Imani.

Rupa?
Ermm.. Manis ada, cantik overloaded.

Putih? Melepak-lepak.

Tinggi? Kalau tak takkan lah dia lepas jadi model?

Kulit dia? Jarang ada masalah, walau tiap hari muka dia di tempek dengan makeup setebal dua beg simen.

Alhamdulillah!

Semuanya dia ada. Sempurna! Cuma satu sahaja yang terkurang.

Kasih sayang...

Ye dia sunyi. Dia dah kehilangan abang. Mama dan papa pun dah lama meninggal dunia. Hanya yang ada ialah Mak Inang, Cik Imah dan Pak Ayub sahaja tempat dia menumpang secebis kasih yang tersisa. Namun, semenjak dia semakin aktif dengan dunia modelling ini mereka dah jarang nak ada masa bersama. Mikayla dah kurang luangkan masa bersama mereka.

Mikayla mengeluh berat. Matanya di pejam sedikit.

"Ye, aku kena tebus semuanya hari ini. Aku kena luangkan masa bersama mereka semua. Perkara pertama yang kena buat ialah"

Mikayla melangkah masuk ke dalam bilik semula. Sliding door biliknya di biarkan sahaja terbuka. Dia suka biliknya di penuhi dengan kesejukan udara di waktu pagi.

Aircond?

Dingin mesin buatan manusia itu bukannya best sangat. Mikayla tidak suka biliknya terpasang dengan aircond. Dia rasa lemas. Sebabnya kalau pasang aircond mestilah kena tutup tingkap semua kan. Kalau tidur biasanya dia akan pasang kipas syiling sahaja. Dengan nombor empat pun dia dah rasa mengigil semacam.

Eh cakap suka sejuk, tapi kipas nombor empat pun dah gigil ke? Entah apa-apa lah Mikayla ni.

Handfhone di meja sisi dia capai. Benda pertama yang dia kena buat ialah off kan handfhone. Mikayla tak nak sebarang gangguan hari ini. Dia nak habiskan masa dengan makan masakan kegemaran dia. Dengar celoteh cik Imah dan keluar memancing dengan Pak Ayub.

NAMA AKU REZA! Where stories live. Discover now