Bab 18

1.9K 129 25
                                    

Handphone di tangan Mikayla tekan-tekan geram. Dari tadi dah berpuluh-puluh call yang di buat tapi sepatah pun tidak berjawab. Tak kerana fikirkan janji yang di buat dengan Maira tempoh hari  memang Mikayla pergi sendiri je, tak hingin rasanya nak bergedik pergi bersama dengan Reza. Lagi bagus rasanya dia memandu sendiri, bukannya tangan dia lumpuh pun nak pegang streng.

Tetapi mamat tu lah, selalu buat keputusan ikut kepala otak berjambul sendiri.

"Kayla, kau suka ke tidak kau kena pergi dengan aku. Tunggu aku pick up kau kat rumah. Senang. No say no."

Melepong Mikayla dengan kata-kata selamba dari Reza. Bukan dia tak suka tetapi bila bersama Reza je hati dia selalu nak buat lompat kijang. Berdebarnya tak usah di kata. Nak semput pun ada.

Semenjak peristiwa keharu biruan yang dia cetuskan beberapa minggu yang lepas, Mikayla mula merasakan sesuatu yang aneh makin bercambah di dalam hatinya.

Perasaan yang 'itu'..

Siang dan malam dia termimpikan Reza. Aneh sekali bukan?

Mimpikan Reza yang datang kepadanya dengan sejambak bunga ros merah segar tiga kuntum, berbaju kemeja putih bersih dengan dua butang atasnya terbuka mendedahkan dada bidangnya.

Terkejut bukan?

Itu belum betul-betul terkejut tau, yang paling akal waras Mikayla tak dapat nak terima ialah bila Reza senyum selebar-lebar pinggan. Dengan kata-katanya yang boleh buatkan Mikayla rasa nak cabut semula otak sendiri dan siram-siram bawah air terjun. Berharap yang otak dia takkan pernah memproses pun mimpi tersebut.

Biar lenyap!

"Kayla, kahwin dengan aku.."

Makanya pagi itu dia jatuh tertiarap ke bawah katil. Terkejut dengan mimpi yang entah apa-apa..

Bertuahnya dia kerana dahi tak berbenjol. Kalau tidak mahu lenguh tangan mua yang ternama untuk photoshoot dia hari itu nak tenyeh foundation tebal-tebal.

"Gila agaknya aku ni.. Kahwin? Reza? Aku? Dia?"

Kepala dia geleng laju-laju. Tak dapat nak di bayangkan. Belum ada hubungan yang special pun perangai masing-masing macam masuk 'WWE', ni sah-sah bila kahwin nanti jadi perang dunia ketiga.

Walau dia tak boleh nak nafikan lagi perasaan yang dia ada ini agak istimewa buat Reza Aslan, tak pulak dia terfikir untuk punya hidup yang bahagia dengan Reza.

Sebab apa?

Sebabnya dia sedar diri!

Perasaan Reza pada Zurin.. Tak mungkin untuk dia pahat dan buang ke tepi. Biarpun mereka punya memori indah dan pahit bersama tak semestinya Reza mahupun dia punya takdir yang indah di antara mereka.

Mikayla mengeluh berat. Dia  sendiri tak faham dengan kehendak hati. Orang yang membenci dirinya pula yang dia suka. Yang dok terhegeh-hegeh pada dia sedikit pun dia tak layan.

Jam di tangan sudah menginjak hampir ke pukul 12 tengah hari. Dan Reza masih macam tadi. Tak dapat di hubungi. Geram sahaja dia hendak hempas handphone di tangan biar bergegar meja makan kat dapur ini.

"Kenapa Kayla? Reza tak angkat lagi?"

Mulut dia cebikkan ke hadapan. Tunjuk manja depan Mak Inang.

"Ye mak. Apalah yang dia buatkan sampai satu panggilan Kayla pun dia tak angkat. Jangan sampai Kayla pergi gegar kan rumah dia."

Ye.. Kalau perlu memang dia akan buat macam tu. Masalah nya sekarang kena pergi rumah dia ke? Dari pergi rumah dia baik aku pergi rumah Maira terus. Buang tenaga nak menapak ke rumah Reza. Tetapi bila di fikir-fikirkan balik Reza tak pernah pulak senyap sampai macam ni.

NAMA AKU REZA! Where stories live. Discover now