Bab 30

1.6K 118 15
                                    

Jari jemari yang lenguh dia gerak gerakkan sedikit. Tangan naik menyentuh tepi kepala.

Sakit!

Dia sentuh pula bahagian mata. Berbalut sehingga ke arah belakang kepalanya. Mungkin ini lah kot yang menyebabkan penglihatan dia nampak gelap semacam je.

Reza senyum.

Ye lah, agaknya ini procedur dari doktor doktor selepas apa yang berlaku kepadanya. Mata dia masuk sampah dan pasir yang di lemparkan Mario tepat ke arah mukanya.

Teringat kan Mario, badannya segera bangkit duduk dari pembaringan. Terasa sengal dan pedih di seluruh tubuh. Dia sentuh pula peha kanan yang menjadi mangsa serangan Mario.

Sakit!

Dan terdapat balutan juga pada sekelilingnya. Terasa masih jelas di telinganya serpihan kayu patah di isi pehanya.

Reza betulkan bantal dan dia tarik sedikit agar dapat duduk menyandar dengan selesa. Dia diam. Tidak tahu hendak berbuat apa.

Mata tertutup macam ni apa lah yang dia boleh buat selain duduk dan tunggu kedatangan seseorang. Entah siapa yang akan muncul sekejap lagi. Dia rasa dirinya tak ubah seperti orang cacat penglihatan kekal. Gelap dunianya. Tanpa sinar cahaya mahupun sedikit. Keluhan pasrah terlepas dari mulutnya. Ingin menyesali diri? Tapi untuk apa? Untuk secebis nikmat yang sudah hilang dari dirinya? Nikmat mata ke? Padahal diri dia memang insan yang datang melihat dengan jelas keadaan dunia ini. Begitu?

Galau hatinya mendengarkan monolog dalamnya diri sendiri.

Kedengaran pintu bilik di buka dari luar. Reza tegakkan sedikit tubuh. Dia tertanya tanya siapa yang muncul itu. Telinganya di pekakan sebaik mungkin.

"Re.. Reza.. Awak dah bangun."

Dahi Reza berkerut. Mikayla?

Kenapa dia kat sini?

"Kayla? Aikk.. Aku kat mana sekarang."

Binggung dia memikirkan. Dahinya penuh dengan kerutan. Tetapi dia tetap menyambut pelukan hangat daripada Mikayla. Dia rindu!

"Reza.."

Itu pula suara Ray. Dia senyum lagi. Wah, Ray pun ada sama!

"Kayla. Aku tanya macam mana kau ada kat sini. Ray pun sama ye. "

Mereka berdua diam. Reza yang menanti penuh sabar mula tidak tenang di buatnya.

"Saya datang selepas dapat panggilan yang awak masuk ke hospital. Awak tak sedar kan diri dekat 4 hari tau."

Dahi Reza berkerut lagi. 4 hari? Lama macam tu sekali dia pengsan. Ish.. Ish..

"Oo gitu. Ray, kau ni pun. Aku bukan lah teruk sangat pun sampai kena panggil Mikayla ke sini. Kita kat sabah lagi kan?"

Dia gengam jemari Mikayla yang menyentuh hujung jarinya.

"Ye kat Sabah lagi. Alang alang kau dah sedar kita akan pindah balik ke semenanjung dalam masa yang terdekat."

Reza angguk sedikit. Tangan yang mengengam tangan Mikayla dia tarik dan bawa ke balutan yang membalut matanya. Dia tidak tahu kenapa dia berasa tidak sedap hati. Sudah lah balutan pada matanya ini sedikit merimaskan.

"Ray.. Doktor balut mata aku sebab nak rehatkan mata dari terdedah dengan kotoran dan habuk kan. Mesti doktor dah periksa mata ni. Dia cakap apa Ray?"

Reza sentuh pula pada mata di sebelah kiri.

"Aku rimas lah, aku serabut je. Gelap semacam bila kena balut ni. Kalau bukak mestilah aku dapat tengok korang. Tengok Mikayla."

Reza senyum manis. Tangan Mikayla dia tepuk lembut.

NAMA AKU REZA! Where stories live. Discover now