BAB 18

11 1 0
                                        

Di pagi yang hening ini, kedengaran sayup suara seseorang yang sedang menangis. Sudah beberapa tahun dia terkurung di sebalik tembok ini. Ruang yang sempit dan gelap ini sudah sebati dengan dirinya. Jiwanya tidak pernah penat untuk meronta mahu keluar dari sini. Ya, dia tidak pernah puas menangis bahkan juga meraung. Tetapi, tidak ada seorang pun yang pedulikan dia. Saban hari itu yang dia ulang. Menangis, menangis dan terus menangis.

Bila penat menangis, dia akan bertenang seketika dan mengenang nasib diri. Tak lama lepas tu, menangis lagi sambil terbaring lemah di lantai.

"Mak.... Nur rindu mak... Nur rindu nak peluk mak.. Cium pipi mak..." Kedengaran perlahan ayat itu di bibir Ash. Dari tadi itu lah yang diulangnya. Langsung tidak bosan.

"Mak.... Maafkan Nur, mak. Nur dah berdosa dengan mak. Nur sayangkan mak... Nur sayang mak selamanya.. Sampai mati Nur takkan maafkan diri Nur.. Nur buta, Nur bodoh sebab tak hargai pengorbanan mak.." Air mata yang mengalir laju di pipi tidak dihiraukan. Ash masih di dalam dunianya. Dia terbayangkan memori indah bersama ibunya suatu ketika dahulu ketika dia berubah berubah menjadi 'lelaki jadian' seperti sekarang dan di mana dia belum pandai bercampur dengan kawan-kawan setannya.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Ashiqin berdengus saat melihat pemanggil di talian. Walaupun dia sudah padam nombor telefon ibunya, tapi dia masih ingat lagi nombor panggilan itu.
"Serabutlah aku orang tua ni. Dah tahu aku takkan angkat, pergi call banyak kali jadi natang apa?" Terus dia mematikan terus iphone di tangan. Dia melabuhkan duduk di atas sofa dengan perasaan bengang.

Muncul seketika raut wajah kacak Danny di muka ruang tamu. Wajahnya jelas menunjukkan rasa tidak puas hati. Tajam saja mata melihat ke arah Ashiqin yang seakan tidak pedulikan dirinya.

"Honey...." Ashiqin memandang sekilas ke arahnya.
"Mak you call ke?" Perlahan perempuan itu mengangguk.
"Apa lagi orang tua tu nak? Dia dah tahu kan you duduk dengan I? Lagi nak call beratus kali buat apa?"
"Manalah I tahu. You tanya I, I bukan tahu isi hati dia nak apa?" Balas Ashiqin laju. Danny melabuhkan duduk bersebelahan kekasih hatinya.

"Bak sini telefon tu..." Telefon di tangan wanita itu disambar oleh Danny dengan kasar. Ashiqin tidak menghalang.
"You nak buat apa dengan handphone I?" Danny mendiamkan diri sambil lincah jarinya menekan sesuatu di telefon.

Block!

"Tadaaaa.. Nah ambil ni. I dah block and padam nombor orang tua tu. Lepas ni dia dah tak boleh kacau you lagi dah. Kalau dia boleh juga call you. I belikan je you nanti nombor baru. Tukar nombor, okay?" Selamba jejaka itu berkata. Ashiqin membeliakkan mata.

"Perlu ke buat semua ni? Kalau I tukar nombor baru bukan senang tau. Kawan-kawan I , bank itu bank ini, semua tahu I pakai nombor telefon yang ni. Bukan senang nak tukar nombor suka hati je." Kedengaran Danny ketawa sinis sambil menepuk paha.

"Sibuk sangat dekat kawan-kawan you. Sayang, you jangan lupa, kawan-kawan you tu semua kawan-kawan I. You nak kisah apa? Pasal bank ke atau apa-apa je semua tu I boleh uruskan. Takde masalah kan?"

"You cakap senang lah...." Balasnya dengan nada malas. Baru saja dia mahu melangkah pergi pantas Danny menariknya agar duduk kembali. Danny memeluknya di sofa dan membisikkan sesuatu.

"You know what, I sanggup buat apa saja asalkan you selalu di sisi I. I taknak ada orang kacau you sebab I sayang sangat dekat you. I cintakan you baby. I nak you selalu ada dengan I tak kira apa yang terjadi." Ashiqin terharu mendengar semua itu. Dibiarkan saja air mata sudah mengalir di pipi. Anak mata Danny dicari.

"I takkan tinggalkan you, Danny. Sebab I pun cinta and sayangkan you..." Danny tersenyum sebelum bertanya.
"You sayang I dari mak you, kan?" Soalan itu membuatkan dia terkedu. Mak?

AMPUNKAN AKUTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang