BAB 20

20 2 0
                                        

Zamir baru sahaja melangkah ke arah mejanya apabila dia nampak Ezlin keluar dari bilik Haikal. Pintu kayu bilik Haikal itu tertutup perlahan di belakangnya. Zamir terus mengangkat kening. Dia menolak kerusi sedikit ke belakang dan bersandar sambil memandang Ezlin yang berjalan kembali ke mejanya dengan muka serius. "Nok..."

Ezlin berhenti sekejap di tepi mejanya. "Apa?"
Zamir memandangnya dengan muka nakal. "Mak kena marah lagi ke?" Ezlin terus menjeling. "Diamlah." Zamir ketawa kecil.
Ezlin duduk di kerusinya lalu membuka komputer semula seperti biasa, tetapi Zamir masih memandangnya.
"Nampak muka tu macam kena lecture satu bab."

Ezlin menghela nafas kecil. "Kerja kau takde ke?"
"Ada tapi gossip lagi penting." Ezlin terus menutup fail di hadapannya. "Pergi buat kerja." Zamir mengangkat tangan seperti mengalah. "Baiklah puan wartawan serius." Belum sempat dia menyambung kerja, interkom di meja Zamir berbunyi.

Beberapa saat kemudian pintu bilik Haikal terbuka sedikit.
"Zamir." Zamir terus mengangkat muka. "Yes, boss?"
"Boleh masuk sekejap?" Zamir memandang Ezlin sekejap.
Ezlin hanya buat muka tak peduli. Zamir bangun sambil membetulkan kolar bajunya dengan gaya konon-konon kemas.
"Pray for me..." Ezlin menjeling lagi. Zamir terus melangkah masuk ke bilik Haikal.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Haikal duduk di kerusinya sambil membelek sebuah fail. Zamir menutup pintu dan berdiri di hadapan meja.
"Boss panggil saya?" Haikal mengangkat muka. "Duduk."
Zamir terus duduk tanpa banyak soal. Haikal menutup fail di tangannya. "Macam mana interview dekat penjara tadi?"
Zamir mengangkat bahu. "Okay je, boss."

"Ashiqin bagi kerjasama?" Zamir mengangguk.
"Boleh tahan lah. Mula-mula keras sikit."Haikal memandangnya.
"Keras macam mana?" Zamir tersenyum kecil.
"Jenis tak nak layan orang." Haikal mengangguk perlahan.
"Lepas tu?" Zamir bersandar sedikit. "Lepas tu saya buat lawak sikit." Haikal mengangkat kening. "Lawak?"

Zamir tersengih. "Boss tahu lah saya ni. Kalau tempat tegang, memang saya kena jadi badut." Haikal tidak tersenyum, tapi dia masih mendengar. Zamir menyambung. "Masa mula-mula tu dia pandang kami macam nak makan orang. Tapi lepas saya buat lawak sikit..." Zamir mengangkat bahu. "Terus dia senyum."

Haikal memandangnya lama. "Senyum?"
"Ha'ah." Zamir ketawa kecil. "Bukan senyum besar lah, boss. Senyum sikit je. Tapi nampak lah dia masih manusia."
Haikal bersandar pada kerusinya. "Awak rasa dia menipu?"
Zamir terus menggeleng. "Saya tak boleh kata dia menipu."
Haikal menunggu. Zamir menyambung perlahan.

"Tapi dia nampak macam orang penat hidup." Bilik itu sunyi beberapa saat. Haikal memandang meja. "Penat hidup?"
Zamir mengangguk. "Macam orang yang dah terlalu banyak benda jadi dalam hidup dia." Haikal tidak terus menjawab.
Dia hanya memandang fail di hadapannya. Kemudian dia berkata perlahan. "Pastikan Ezlin tak terlalu rapat dengan banduan tu." Zamir terus mengangkat kening.

"Boss risau?" Haikal memandangnya tenang. "Dia wartawan."
Zamir menyandar sedikit sambil tersengih. "Boss jangan risau."
Haikal memandangnya. Zamir menyambung.
"Kalau dia nak jatuh cinta pun, bukan dengan Ash." Dia ketawa kecil. Haikal memandangnya kosong. "Keluar."
Zamir terus bangun sambil ketawa kecil. "Baik, boss."
Dia membuka pintu dan keluar dari bilik itu.

Haikal kembali bersendirian. Beberapa saat dia hanya duduk diam. Kemudian dia menarik fail kes Ashiqin ke hadapannya.
Dia membuka halaman pertama. Matanya membaca perlahan.Wajahnya berubah sedikit serius.
Haikal menutup fail itu perlahan.

Dalam fikirannya hanya ada satu perkara. Kes ini, mungkin tidak sesederhana yang orang fikir.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Koridor penjara wanita itu kelihatan muram seperti biasa. Dinding simen yang kusam, bau lembap yang melekat pada udara, serta cahaya lampu panjang yang malap menjadikan suasana tempat itu sentiasa terasa dingin. Dari hujung lorong kedengaran suara beberapa banduan lain. Ada yang bercakap sendirian, ada yang meratip perlahan dan ada juga yang menjerit memanggil nama seseorang yang entah wujud atau tidak lagi.

AMPUNKAN AKUCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang