Angel dan Noah memandang nasi goreng sotong buatan Hairrin dengan rasa was-was. Hari ini Tuan Darwia dan Syed Luth kena melapor diri kerana mereka akan kembali bertugas. Jadi Hairrin lagi lah yang ditugaskan menjaga Noah dan Angel lagi.
"Boleh makan ke ni Uncle?"soal Angel perlahan. Takut mengguris hati Hairrin.
"Entah nya. Kang kita orang mati sebab keracunan makanan naya je. Dah la readers minta Author sambung cerita Noah nanti. Kalau Noah mati awal macam mana nak ada TM book 3?"soal Noah tanpa lapik.
Hairrin memandang wajah Noah dan Angel bersilih ganti. Senyuman sinis terlakar dibibirnya. Baru sahaja mulut dia mahu berceramah namun terbantut dek tersedak tembikai.
"Uhuk! Uhuk!"
Angel menghulurkan air ke arah Hairrin.
"Haish Uncle ni makan la slow, slow. Tak lari mana pun tembikai Uncle tu"bebel Angel pendek.
"Ahhh lega. Masyeh Angel sayang"
Wajah Hairrin bertukar serius.
"Untuk pengetahuan korang, Hairrin Ariyan lepasan graduan kulinari dibawah universiti dapur nya sendiri. Memasak adalah salah satu hobi beliau. Kejayaan yang membanggakan apabila dapur abang nya, Leo terbakar hangus dijilat api. Pelbagai menu yang telah dimasak dan dicipta Hairrin."kata Hairrin bongkak.
Oh hidung mu setinggi menara KLCC Hairrin Ariyan.
"Oh god Uncle, kalau kita orang keracunan makanan habis you kena pancung dengan Papa"tokok Angel pula.
"Makan la dulu baru tahu"Hairrin mengeluh. Inilah manusia suka menggutuk tanpa merasa masakan nya. Haih, penat la gini.
"Okey fine. But if anything happen to us, I'am pretty sure you are going to hell as soon as possible bro"usai berkata demikian Noah mencapai sudu nya lalu menyuap sesudu nasi ke dalam mulut nya. Diikuti Angel Nur Safiya. Hairrin memandang wajah Angel dan Noah yang sedang mengunyah makanan itu.
Satu saat ...
Dua saat ...
Tiga saat ...
Empat saat ...
Lima sa--
"Oh my god!"Angel menjerit sambil menutup mulutnya. Wajahnya merah padam.
Hairrin memandang Angel dan Noah. Wajah anak buahnya itu sudah bertukar merah padam.
"Kenapa? Tak sedap ke? Hah ludah balik dekat tissue ni! Cepat! Kang kau orang mati habis la uncle kena pancung!"ujar Hairrin sedikit kabut. Tissue dihulurkan ke arah Noah dan Angel.
Angel dan Noah memandang Hairrin yang kelam-kabut memberi tissue itu kepada mereka. Sudahlah Hairrin hanya memakai shortpants bersama apron tanpa baju.
"Relax dude!"kata Noah. Dia sambung menyuap nasi goreng sotong buatan Hairrin itu kedalam mulutnya.
"Entah Uncle ni, sedap tau! Yummy! Kalah masakan Papa"Angel terkekek perlahan.
"What? Masakan papa tak sedap ke?"soal Luth dari pintu dapur itu. Dengan nada dan muka sedih dia memandang Angel.
Jelas kelihatan anak daranya itu terkejut dengan kehadirannya. Hailah Angel...
"P-papa! Ma-mana ada! Masakan papa la paling sedap tau!"jawab Angel gagap. Wajah sedih papa nya dijeling sekilas. Kepalanya sudah tertunduk. Tidak mahu menatap wajah sedih Papa nya.
"Eleh tadi kata lain, sekarang kata lain. Dasar Angel lalang!"bidas Hairrin pula.
"Sedap kau je panggil anak aku lalang kan!"senduk diambil Luth lalu dihempuk dikepala Hairrin.
ANDA SEDANG MEMBACA
TM | | BabyGurl Syed Luth - C -
Action2th Masterpiece Under The Mafia series Syed Luth Zulfaqar || Tuan Darwia Mikayla STATUS || COMPLETE START || 14 FEBRUARY 2021 END || 13 OCTOBER 2021 Pretty cover from this lovely girll ! - @nurflwr
