Darwia memandang wajah gusar Khadijah. Muka wanita itu jelas sangat ketakutan. Berdebar mungkin ?
Hari ini adalah hari pertama Khadijah dan Fatin akan menjalankan misi mereka. Mungkin Fatin sungguh teruja namun sebaliknya bagi Khadijah Lee. David yang mereka teka Izzwan Lee itu bakal ditemui sebentar lagi.
Hatinya sangat berdebar, namun jika betul David itu ialah suaminya Izzwan Lee, hanya kata syukur yang mampu diungkapkan. Betapa Khadijah merindui cinta hatinya itu hanya tuhan sahaja yang tahu. Tidak mampu terungkap dek kata-kata.
Sudah setengah jam perjalanan, akhirnya mereka tiba.
Lee' UnderWeapon Group
'Ya Allah, please ease everything.'hati Khadijah berdoa perlahan.
"Okey, aku tinggalkan korang dekat sini. Make sure earpiece on. Jangan sampai kantoi ya. Kita kena siasat apa niat sebenar David dulu. And please take care both of you"arah Darwia.
"No worries la. Thank you Wia. Habis meeting ni kami call kau"jawab Fatin.
Khadijah dan Fatin melangkah keluar dari kereta Darwia.
Pacuan empat tayar Darwia berderu keluar dari kawasan syarikat itu manakala Khadijah dan Fatin melangkah masuk.
'Bismillah'
( ♡♡♡ )
Pintu bilik dikuak.
Tubuh Luth yang membelakangkan Darwia itu ditatap. Sudah seminggu berlalu dan Luth masih lagi sibuk menghadap laptop. Makan dan rehat sudah tidak terurus. Waktu tidur jangan cakap. Kadang-kadang sampai tidak tidur !
Dia tahu Luth sangat ingin menyumbat Master kedalam penjara dan menjatuhkan hukuman gantung. Namun bukti masih belum cukup untuk membunuh lelaki tua itu dengan undang-undang.
Darwia melangkah masuk. Bahu Luth disentuh lembut. "Luth..."sapa Darwia perlahan.
"Siz Baby wife"jawab Luth. Namun mata masih lagi tertumpu pada laptop.
"Dah makan ke?"soal Darwia lagi. Cuba menarik perhatian suaminya.
"Henüz değil" ( Belum )jawab Luth sepatah.
Darwia mencebik. Hailah suami...
"Jom la makan... kalau awak sakit nanti susah"Darwia memicit bahu Luth lembut.
"Kejap lagi aku turun makan. Banyak kerja nak kena buat ni"putus Luth.
Darwia mengeluh. Kerusi kerja Luth ditarik kebelakang.
"What are you doing Tuan Darwia Mikayla?"soal Luth pelik.
"Sit on your lap"jawab Darwia.
Dia melabuhkan punggung di peha Syed Luth. Tangan naik memeluk batang leher suami manakala dagu direhatkan di bahu Luth.
"Hug me"arah Darwia. Hakikatnya dia malu sebab itulah dia peluk membelakangkan Luth. Wajahnya usah dikata. Merah!
Luth memeluk erat badan Darwia. Muka dibawa ke ceruk leher Darwia. Bau peach menyapa hidung. Dikucup kejap leher isterinya. Mata dipejam seketika. Penat .
Rambut Luth diusap perlahan.
Terasa deruan nafas hangat Luth bertukar rentak. Darwia tersenyum. Tidur la tu...
Tangan masih lagi mengusap lembut rambut Luth. Masa seakan-seakan berhenti memberi laluan kepada suami isteri itu bermadu kasih dan melepaskan rindu tanpa sedar.
'Ya Allah, kekalkanlah saat dan rasa ini buat selamanya'
( ♡♡♡ )
Tanpa sebarang kata Khadijah terus berlalu masuk bilik. Semua yang berada di ruangan itu tertanya-tanya.
Fatin mengeluh.
"Baby, why ?"soal Han. Wajah sedih Fatin dipandang.
"Something happen."Fatin membuka cerita. Kejadian di Lee' UnderWeapon Group diceritakan satu-persatu.
- FlashBack -
"Ouh so Alpha Team hantar ahli baru ya?"David tersenyum manis menyambut kedatangan Khadijah dan Fatin.
Khadijah dan Fatin tersenyum lalu kepala ditundukkan sedikit. Tanda sapa hormat.
"Have a sit young lady. Kita proceed dengan meeting kita"
"So kau kata Master bukan satu-satunya keluarga kau yang tinggal. You have a family, right?"soal Fatin terus. Kaki dan tangan disilangkan. Khadijah hanya mendengar.
Wajahnya lain. Suara juga. Namun mata ...
"Yes I'am"jawab David yakin.
"Where's your family?"soal Fatin lagi.
"Wait"
Interkom ditekan. Nama Lucy dipanggil masuk. Kening mereka bertaut. Lucy ?
"Ouh meet my personal assistant a.k.a my wife, Lilly Lucyiana"David tersenyum manis. Begitu juga dengan Lucy.
"H-how?"soal Fatin. Wajah Khadijah sudah berubah.
"We work in the same place. Every day face to face made me fall in love with her. Lucy is a very nice and sweet girl. Tapi Master larang kami berkahwin sebab takut aku buta dengan cinta dan abaikan tanggungjawab aku di tempat nya. He just think love can change me. But yeah we remained married even without his blessing."David membuka cerita bagaimana dia dan Lucy boleh terpaut dan terkahwin.
Wajah Khadijah berubah. Kecewa.
"Jadi dah berapa tahun usia perkahwinan korang ? "soal Fatin lagi. Sejujurnya dia tidak tahu hendak menyoal apa lagi.
Ya allah, betul-betul twist dari sangkaan mereka !
"Almost 6 years"
- End Of FlashBack -
( ♡♡♡ )
× Done !! Do vote and comment ! 🐢🤍
ANDA SEDANG MEMBACA
TM | | BabyGurl Syed Luth - C -
Action2th Masterpiece Under The Mafia series Syed Luth Zulfaqar || Tuan Darwia Mikayla STATUS || COMPLETE START || 14 FEBRUARY 2021 END || 13 OCTOBER 2021 Pretty cover from this lovely girll ! - @nurflwr
