"Kita akan mula terjah empat lagi kilang dadah dekat Rome mulai malam ni. "
Mereka mengangguk. Empat kilang ini adalah empat kilang terakhir. Dan selepas ini segalanya akan berakhir. segalanya akan kembali seperti asal.
"Seperti yang Hairrin dan Malik dan cakap berdasarkan maklumat yang mereka cari, antara empat kilang ni, pasti salah satunya sarang The Master. semakin dekat dengan garisan penamat semakin besar halangan. Tapi aku tahu Alpha Team mampu lakukan. Aku tak nak kejadian sama berulang. aku tak nak hilang sesiapa macam kita hilang dia 6 tahun lepas. Tolong peka dengan keadaan sekeliling."
Darwia bungkam. kejadian 6 tahun lepas. Masa dimana segalanya berubah. Siapa sangka saat bahagianya tamat begitu sahaja 6 tahun lepas. Dia juga kehilangan orang yang dia paling sayang.
Luth memandang Darwia. Wajah mendung isterinya cukup menceritakan segalanya. Luth tersenyum hambar. Betullah tidak semua akan kekal. Malah bunga yang cantik juga bakal gugur. Tangan Darwia diambil. Digenggam erat tangan kecil bidadarinya itu.
Darwia memandang tangan kekar Luth.
Tangan yang sentiasa menjaganya.
Tangan yang sentiasa melindunginya.
Tangan yang bakal membawanya ke syurga kelak.
Pegangan tangan Luth dibalas. Satu-satunya lelaki yang paling dia cintai.
"Tuan, kita akan turun serentak atau berdua?"soal Mawar.
Luth memandang Mawar namun tangannya masih pada Darwia. "Kita akan pergi bersama Darwisy, Han dan Fatin. Darwisy dan on the way dari Malaysia, lagi 2 jam dia sampai. Aku risau kejadian 6 tahun lepas berulang jadi aku panggil Darwisy, Han dan Fatin tolong kita. Kita tak tahu apa akan jadi kelak, jadi ini langkah berjaga-jaga."
Hairrin memandang Luth. Kenapa ayatnya macam pelik sahaja ?
"Kita bersurai dulu , get ready by 11. Aku nak semua dah siap sedia untuk misi malam ni"
Mereka mengangguk.
Darwia memandang Luth yang lagi baring dipehanya itu. Rambut lembut milik Luth dibelai penuh kasih dengan tangan kirinya manakala tangan kanan nya dipegang Luth. Bibir mengukir senyuman. Bahagianya !
"Cantiknya cincin ni''Luth melagakan cincin kahwin mereka. Jari runcing Darwia dimain.
Cincin kahwin mereka ditenung Luth. Sejak dua menjak ini perasaan tidak enak sering menerpa namun cepat-cepat ditepis. Semuanya akan baik-baik sahaja bukan ? Lepas segalanya berakhir dia akan merasa bahagia itu kan ?
Darwia memandang Luth yang asyik termenung itu.
"Hah isteri depan mata pun nak termenung ke!"sergah Darwia. Hujung hidung Luth dikuis lembut menggunakan hujung jari telunjuknya.
Luth tergelak. "Mana ada aku ingat orang lain la baby wife... Aku cuma terfikir, apalah akan jadi nanti... inikan misi terakhir kita sebelum Alpha Team dibubarkan... Kita akan dapat rasa bahagia ke? No I mean, Aku akan dapat ke rasa bahagia... tengok Noah dan Angel membesar depan mata aku, tengok perut kau memboyot bawa baby aku, yang paling penting bahagiakan kau... sempat ke ?"soal Luth perlahan. Seolah-olah sedang berbisik dengan dirinya sendiri.
Darwia terdiam.
"Apa ni! Of course la awak akan rasa semua tu... awak dah janji dengan twins yang awak akan balik dengan selamat. No kita akan balik dengan selamat. Sekarang ni awak merapu-rapu kenapa? Teringin sangat nak tinggalkan saya? Tinggalkan Noah dengan Angel?"kata Darwia. Sebak mengusai diri.
Wajah Luth berubah sebaik sahaja terasa ada air menitik dipipinya. Wajah merah Darwia dipandang. Dengan pantas dia bangun dari ribaan Darwia. Tubuh Darwia dibawa masuk kedalam pelukan.
"Awak tak boleh tinggalkan saya Luth... awak dah janji nak bahagiakan saya"ngongoi Darwia perlahan. Tangan nya mencengkam bahagian tepi tubuh Luth. Air matanya semakin banyak yang jatuh.
''Ya,... sudahlah... jangan menangis..."pujuk Luth lembut. Kucupan hangat hingap didahi Darwia lama.
Semakin sebak dirasakan apabila Luth mengucup dahinya.
"Awak tak boleh tinggalkan saya... walau apa pun jadi... awak kena selamat. Awak dah janji dengan Noah nak ajar Noah menembak. Awak dah janji dengan Angel nak teman dia belajar setiap malam... dan awak dah janji dengan saya awak nak bahagiakan saya sampai akhir hayat kita"
Luth tergelak. Tidak sangka Darwia ingat segala janji-janji nya.
"Ya aku tahu..."
Masing-masing sudah bersiap sedia dengan pakaian masing-masing. Jaket kalis peluru jugak dipakai ditubuh sebagai perlindungan diri.
Darwisy, Han, Hairrin, Malik dan Ean memeriksa senjata masing-masing. Manakala Mawar dan Fatin membetulkan jaket kalis peluru milik mereka.
"Maaf tak dapat nak tolong awak semua..."ucap Khadijah sebal.
Fatin dan Mawar tesenyum.. "Tak pe... kitaorang faham keadaan awak"
"Mana Luth dengan Darwia?"soal Darwisy. Mata melilau mencari kelibat adik kembar dan adik iparnya.
"Kejap lagi diaorang turun la tu"jawab Hairrin bagi pihak Luth.
Darwia membetulkan pakaian Luth.
"Pakailah jaket kalis peluru tu..."pujuk Darwia untuk kesekian kalinya.
Luth tergelak. "Tak nak la... kau tahu kan aku tak suka pakai jaket tu"tolak Luth lagi.
Darwia mengeluh. Rambut panjangnya diikat. Setelah selesai tubuh Luth didakap.
Luth juga membalas pelukan Darwia erat.
"Kita akan balik dengan selamat... lepas sahaja semua ni tamat, kita akan bahagia macam yang awak nak... saya akan bagi awak baby banyak-banyak. Saya akan pastikan awak jadi lelaki, suami dan papa paling bahagia!"ucap Darwia dibalik dada Luth.
"Dan sekiranya apa-apa berlaku malam ni, tolong jaga diri baik-baik. Jaga twins elok-elok..."
"Apa aw--"
Luth segera memotong kata Darwia.
"Ajal tu rahsia tuhan, kita tak mampu nak halang... tapi selagi aku mampu lindungi kau... aku akan lakukan apa sahaja untuk kau... Tuan Darwia Mikayla, satu-satunya wanita yang aku cinta... satu-satunya wanita yang mampu buat aku bahagia... aku nak kau tahu walau apa pun jadi hati ni akan selalu milik kau... macam mana aku lindungi kau 6 tahun lepas, aku akan buat benda sama hari ni... lindungi kau sebab tu tanggungjawab aku sebagai seorang suami... dan tanggungjawab kau sebagai seorang isteri... dengar ni..."
Luth mengeratkan pelukan mereka. Darwia menahan air matanya. Cuba dikawal emosinya sebaik mungkin kerna dia percaya segalanya akan selamat.
"Make sure that you will save this night... no matter what happen take care of yourself. I can't bear to see my beloved baby wife hurt... no matter what happen be safe and be happy with or without me"
Akhirnya air mata Darwia jatuh.
"Awak kebahagiaan saya Luth... saya hanya akan bahagia kalau awak ada jadi awak kena janji yang awak akan selamat."
Luth tersenyum.
Promise are create to be broke .
( ♡♡♡ )
× Done ! Do vote and comment !
ANDA SEDANG MEMBACA
TM | | BabyGurl Syed Luth - C -
Action2th Masterpiece Under The Mafia series Syed Luth Zulfaqar || Tuan Darwia Mikayla STATUS || COMPLETE START || 14 FEBRUARY 2021 END || 13 OCTOBER 2021 Pretty cover from this lovely girll ! - @nurflwr
