23 || Untitle Part

3.8K 179 12
                                        

Luth terdiam.

Bukan sahaja Luth bahkan mereka semua terdiam.

Terdiam mendengar berita yang dibawa Ian dan Mawar.

“Awak biar betul? Takkan lah David nak tolong kita? Kita ni musuh
pak cik dia… nonsense”soal Darwia tidak percaya.

Luth mengangguk setuju.

“Lagipun Master satu-satunya keluarga yang dia ada… tak kan dia
sanggup khianat pak cik dia. Kalau sebab harta tak kan lah sebab
David sendiri harta dia tak terhitung banyaknnya. Mustahil sebab
harta”sambung Luth pula.

“No… Master bukan satu-satunya keluarga dia … David kata dia ada
isteri dan anak”bidas Mawar perlahan.

Pelik tapi benar.

“Isteri?”bisik Darwia perlahan..

“Malik awak tolong cari maklumat tentang David… say ana—"

“Saya dah cari Puan… tapi maklumat dia seolah-olah disekat.”potong
Malik.

Malah dia dah Hairrin sudah berjaga semalaman mencari maklumat David namun tiada apa yang dapat dirungkai. Segalanya tentang lelaki itu seolah-olah hilang.

“Awak?”Darwia memandang suaminya, mengharap hacker ini
mencari maklumat tentang David namun gelengan menjadi jawapan.

“Aku pun dah try cari tapi hasil dia sama…”

Darwia terdiam. Otak ligat memikirkan sesuatu.

“Takpe… kita bersurai dulu untuk malam ni… kalua ada apa-apa
update dengan saya atau Luth… urm Mawar and Ian, jemput David
datang minggu depan hari isnin. Kita meeting dengan dia dulu. And
please jangan bagitahu pihak atasan tentang David… kita tak pasti
lagi David ni betul-betul nak tolong kita atau hanya nak perangkap
kita… so please be careful kalau berhadapan dengan dia..”pesan
Darwia.

“Baik Puan”jawab mereka serentak.

( ♡♡♡ )

“Tuan Muda… Pihak Syed Luth ada try nak hack maklumat Tuan… Tuan nak saya buat apa?”soal Lucy dengan pelatnya.

Wajah kacak David dipandang.

“Urm.. buat masa sekarang jangan bagi identity aku terbongkar. Terus sekat maklumat peribadi aku…”putus David. Keadaan terlalu bahaya untuk dedahkan identitynya sekarang.

“Baik Tuan Muda. Anything else ?"soal Lucy lagi.

David menggeleng. "You can go Lucy. Thank you"

( ♡♡♡ )

Darwia memandang skrin komputer nya. Memikirkan sesuatu tetapi dia tidak pasti apa yang dia fikir ini betul atau tidak.

"Baby wife, aku pun serabut tapi muka tak de lah berkerut macam kau... sabar... InsyaAllah kita akan dapat tangkap Master"

Darwia memandang suara yang datang dari pintu bilik air itu. Tubuh Luth yang hanya dibaluti tuala paras pinggang itu menyapa pandangan.

Sexy!

Erk? Hmm..

"Kalau ya pun pakai la baju dulu"kata Darwia. Wajahnya terasa berbahang.

"Aww kau tergoda kan ?"soal Luth nakal. Kening diangkat berkali. Wajah merah Darwia ditenung.

"Ey tak de maknya ! Pergi pakai baju sana! Tak malu betul"tegas Darwia. Wajah nakal suaminya tidak dipandang.

Panas !

"Eleh dah tergoda tak nak ngaku... kalau kau mengaku boleh la kita proceed buat adik untuk twins... boleh dapat anak lagi.. kalah kan Khadijah"Luth tertawa kecil.

' heuw heuw bestnya tambah umat ! ' bisik hatinya nakal.

Sementara Darwia terdiam.

Darwia berlari anak kearah Luth. Dia berhenti dihadapan Luth. Jarak mereka sangat dekat hingga terasa nafas hangat masing-masing.

Luth tercenggang. "Wo wo baby wife, sabar ! Malam masih panjang ! Baru pukul 9.30 malam... banyak lagi masa kalau -- "

"Awak cakap apa tadi?"potong Darwia laju.

"H-hah? " Luth memandang Darwia pelik.

"Aku cakap apa ? " soal Luth pelik.

"Tadi tu la awak cakap apa? " soal Darwia lagi.

"Proceed buat adik untuk twins?"soal Luth pelik.

Darwia menggeleng laju. "Ayat lepas tu la! Gatal betul la awak ni!"bahu Luth ditampar kuat.

"Heuw heuw bestnya tambah umat?"soal Luth lagi. Bahu nya yang merah ditampar Darwia digosok perlahan.

"Erk Syed Luth Zulfaqar ! "

"Apa ? "

"Bukan tula ! Ey dia ni"

"Kalah kan Khadijah ?"soal Luth buat sekian kalinya. Aih penat la camni.

"Exactly!"

Luth tersenyum lebar. "Jom!"tangan Darwia ditarik ke arah katil mereka.

"Eh jom pergi  mana ? "

"Make love"

Darwia tercenggang. "Oh Syed Luth Zulfaqar... we gonna make love..."Darwia menggantung ayatnya. Wajah teruja Luth dipandang.

"But not now la! Sekarang pakai baju lepas tu turun bawah"sambung Darwia lalu berlari meninggalkan Luth seorang diri.

Luth memandang pintu.

'Erghh semangat dah berkobar-kobar last-last kena fake hope! Ughhh ! "

( ♡♡♡ )

"Kenapa Puan ajak berkumpul ?"soal Mawar pelik.

"Entah kau ni. Aku dah la mengantuk. Baru nak mimpi tembikai kau dah kacau. Semak je"rungut Hairrin malas. Tangan kanan masih kemas memeluk patumg tembikainya manakala tangan kiri menggosok mata.

Darwia menggeleng memerhati sikap Hairrin. Dengan baju tidur tembikai nya lagi. Aduh ni 29 tahun ke 2 tahun. Ya allah cute !

"I've got a plan. Hairrin call Khadijah, Han and Fatin. I need them now"

Luth, Mawar, Ian, Malik dan Hairrin memandang Darwia pelik.

"Opsie... I mean we need them"

( ♡♡♡ )

× Doneee !! Do vote and comment !!🕊🖤

TM  | | BabyGurl Syed Luth - C -Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang