41 || End

6.4K 215 19
                                    

2 bulan kemudian -

"Mama, bangun la! Hari ni kan ada check up baby"

Darwia membuka mata perlahan. Wajah kacak Noah menyapa pandangan nya. Rambut hitam pekat Noah diusap perlahan.

Mata hazel flecks itu merenung mata hazel nya.

Mata Noah serupa seperti Luth.

"Mama, Noah tahu Noah handsome, but stop staring at me like that. Its creppy"

Darwia tergelak mendengar kata Noah.

"Okey babyboy, mama bangun sekarang. Mana Angel?"soal Darwia pelik.

"Angel tidur lagi. Semalam dia tidur lambat sebab sibuk siapkan seni dia tu"jawab Noah. Dia bergerak turun dari katil Darwia itu. Namun pergerakkan nya terbantut.

Darwia tergelak. Tangannya diselitkan di ketiak Noah. Dibantu anak teruna nya itu turun dari katil tinggi itu.

"Tula lain kali jangan la beli katil tinggi-tinggi, kan I dah susah nak turun"bebel Noah malas. Dia mengemaskan baju nya yang sedikit berkedut itu.

"Siapa suruh you pendek sangat"bidas Darwia sambil tergelak. Getah rambut yang berada dimeja sisi katil itu diambil lalu rambutnya disanggul.

Noah mencebik. "Malas i layan you, baik i ikut uncle Hairrin pergi kubur. Lagi banyak faedah"

Noah meninggalkan Darwia didalam bilik besar itu.

Darwia mengeluh. Perut besarnya diusap lembut. Dengan pantas kaki melangkah ke bilik mandi. Baik dia bersiap.







"Hai, Malik"sapa Darwia lembut.

Malik tersenyum melihat isteri kawan baiknya itu. Beg yang berada ditangan kanan Darwia diambil. Dia membuka pintu kereta buat Darwia.

"Morning mem' besar!"sapa Malik ceria.

Darwia melangkah masuk kedalam kereta.

"Malik, lepas hantar saya awak terus balik tau. After my pregnant check, saya ada dinner. So awak just terus hantar Noah pergi martial art class dia, and hantar Angel pergi class piano dia"

"Alright ma'am. Mana Noah dengan Angel?"soal Hairrin pelik. Break ditarik. Baik di mulakan pemanduan kalau tidak sudah tentu Darwia akan lambat ke hospital. Walaupun Darwia menempah dihospital swasta, dia tahu wanita itu sangat menepati masa. Biasanya dua ekor toyol itu akan membontoti sahaja mama mereka, Darwia Mikayla. Tetapi hari ini lain pula.

"Oh diaorang ikut Hairrin pergi kubur. Saya tak boleh nak ikut sebab pregnant medical check up ni. Plus i have dinner tonight, jadi its okey kalau Hairrin nak jaga babies."senyum Darwia. Untung sahaja ada mereka yang masih setia membantunya. Kalau tidak sudah tentu hidupnya huru-hara.

"Ouh baik. Nanti pergi dinner macam mana? Ada kereta tak?"soal Malik lagi.

"No worries, saya dah uruskan hal tu. Awak fokus dengan Noah and Angel je"

"Alright ma'am"










"Alhamdulillah baby sihat, mama pun sihat."kata doktor wanita itu. Dia membantu Darwia bangun dari baringan. Dress Darwia dibetulkan.

Darwia tersenyum. Awning tudung yang agak rabak dek kerna kesan baringan dia tadi dibetulkan.

"Macam mama sendiri tahu, you will get in into labour room next month. So semua persiapan dah siap ke mama?"soal doktor itu lembut. Tekanan darah Darwia diperiksa.

"Alhamdulillah sudah doktor. Semua dah siap."jawab Darwia.

"Betul tak nak check jantina baby kali ni, Wia?"soal Doktor itu lagi. Wajah putih berseri Darwia dipandang. Setelah dia selesai menaip rekod kesihatan Darwia didalam laptop nya.

TM  | | BabyGurl Syed Luth - C -Where stories live. Discover now