34 || Untitle Part

4.2K 196 29
                                        

"Bagi aku, Amir Asyraf dah lama mati"jawab Darwia sambil memandang Luth.

The Master tertawa kecewa.

"Kau sanggup buang aku hanya sebab lelaki ni, Mikayla?"soal The Master. Topeng hitam dimuka nya dibuka. Dia berjalan ke arah tangga.

Darwia tersenyum memandang Luth.

The Master mengetap gigi nya kuat. Benci melihat lelaki yang merampas cinta hatinya itu. Dia berjalan menuju ke arah Luth dan Hairrin.

"Mungkin dulu, aku hilang kau... tapi sekarang aku akan ambil balik hak aku.  Tuan Darwia Mikayla, hanya untuk aku. Hanya untuk Amir Asyraf. Luth tak layak untuk kau, Mikayla. Hanya aku je yang layak"Asyraf tertawa kecil.

Darwia hanya memandang Asyraf. Tiada niat hendak menjawab kata-kata lelaki gila itu.

Hairrin masih lagi setia memegang erat tangan Luth.

"Ouh by the way, apa khabar anak-anak aku? Mereka sihat?"soal Asyraf lagi.

Terletus tertawa Darwia mendengar soalan yang keluar dari mulut lelaki itu.

"Siapa anak kau?"soal Darwia jengkel.

"Noah dan Angel la. Cit, buat-buat tak faham pula"Asyraf tertawa riang. Bangga apabila Darwia melahirkan anak-anaknya.

"Syed Noah Muhammad Rizqish dan Sharifah Angel Nur Safiya anak Syed Luth Zulfaqar. Bukan kau"bidas Darwia laju. Anak matanya yang berwarna hazel lembut itu tajam merenung mata Asyraf.

Mendengar jawapan yang keluar dari mulut Tuan Darwia Mikayla membuatkan riak wajah Asyraf berubah.

"Apa kau merepek ni?"soal Asyraf kasar. Nadanya juga sudah berubah kasar.

"Kau lupa apa yang jadi malam tu, Amir Asyraf?"

Dahi Asyraf berkerut mendengar soalan Darwia. Serta-merta memory malam itu kembali menjengah.

- FLASHBACK -

Bunyi muzik yang sangat kuat di club itu tidak dihiraukan Darwia. Kaki terus melangkah mencari bilik VVIP seperti yang diarahkan Luth.

"Dame to Alpha. Report"earpiece ditelinga ditekan. Menunggu jawapan Luth.

"Go on."

"Aku dah masuk. Masalahnya semua bilik VVIP dekat sini pintu dia warna merah and semua pintu pun ada penjaga. Kau nak aku masuk pintu mana satu ni?"sembur Darwia sebaik sahaja Luth menjawab.

Kedengaran suara Luth tertawa halus.

"Look at 3 o'clock."Luth memberi arahan. Dia juga berada didalam club malam itu cuma bezanya dia berada di bilik CCTV dan memerhati kedudukan anak buahnya.

"Yeah, I can see. Okey aku faham. Ciao"

Darwia tersenyum. Dress merah yang melekat ditubuhnya dirapikan. Rambut yang panjang itu juga dirapikan. Lipstick merah yang berada di begnya dikeluarkan. Dioles dibibirnya yang sedia merah.

"Hey, I'am Mika. I have an appointment with your boss"sapa Darwia. Suaranya sengaja dilenggokkan.

Tanpa rasa was-was, lelaki bertubuh sasa itu terus mengangguk dan membuka pintu buat gadis jelita dihadapan nya ini.

"Thank you"Darwia terus melangkah masuk kedalam bilik VVIP itu dengan senang hati.

'Ada bodyguard tapi bodoh!'

"Hey Mr.Leong"sapa Darwia lembut. Kepala ditundukkan sedikit dan tangan diletakkan didada nya. Tanda 'penghormatan'nya pada lelaki cina separuh usia itu.

TM  | | BabyGurl Syed Luth - C -Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang