Leonardo da Vinci International Airport, Rome, Italy.
Setelah hampir 16 Jam 45 minit didalam kapal terbang, akhirnya Alpha Team selamat mendarat di Rome, Italy.
"Pergh kebas bontot aku sial!"jerit Hairrin kuat. Alah bukan nya orang tempatan faham bahasa Melayu pun. Nak malu buat apa.
"Tak senonoh la kau ni"tegur Ean perlahan. Bahu Hairrin ditumbuk kuat.
Malik dan Mawar hanya menggelengkan kepala mereka.
"Tuan, kita menginap dekat mana?"soal Malik kepada Luth.
"Portisco Costa Smeralda. Tuan Suhaimi dah sediakan mansion dekat sana"jawab Luth. Darwia disisi dikerling. Isteri nya masih dalam mood mamai. Ala comel!
"Mak ai! Jauhnya! Dari Rome nak ke Portisco Costa Smeralda ambil masa 10 jam 45 minit gila! Kenapa tak ambik dekat England je terus. Dah alang-alang kan"perli Hairrin selamba.
"Tuan Suhaimi ambil mansion dekat Portisco Costa Smeralda sebab mengikut laporan polis Italy ada kilang dadah dekat situ jugak. Jadi senang. Kita datang Portisco Costa Smeralda sebagai pelancong. Penyamaran kita selamat. Kalau duduk dekat condo yang pihak Italy sediakan senang identity kita terbongkar. Jadi jalan selamat menginap dekat Portisco Costa Smeralda."terang Luth lagi.
Mawar, Ean dan Malik sudah tahu tentang penginapan dan penyamaran mereka di Portisco Costa Smeralda kerana Luth dan Darwia telah memberi arahan dan info tentang misi ini di group whatsapp mereka.
"Kenapa aku tak tahu apa-apa ni?"soal Hairrin.
"Dah kau sibuk sangat sampai group whatsapp pun tak boleh nak buka. So, kalau kau tak tahu bukan salah kita orang"Ean menjawab pantas. Malik dan Mawar mengangguk laju.
"Dah la jom kita bertolak, nanti sampai lambat"
Darwia hanya mengangguk. Tangan nya yang tenggelam di tangan Luth dibiarkan sahaja.
Luth sembunyi senyuman.
'Tak rugi datang Italy. Alang-alang tu boleh buatkan adik untuk Angel and Noah.'bisik hati kecil Luth. Dia tertawa nakal.
( ♡♡♡ )
"Wow cantiknya! View pun lawa gila! Ni macam honeymoon dah ni Tuan Luth!"kata Mawar sebaik sahaja mereka tiba di Mansion yang terletak di Portisco Costa Smeralda itu. Terlalu cantik!
"Hah sambil buat kerja boleh lah kita honeymoon kan baby wife"Luth memandang Darwia nakal.
Darwia menjeling suami nya itu. "Gatal!"
"Eleh kau dengam bini kau honeymoon, habis kita orang macam mana?"soal Hairrin mencebik.
"Eh aku honeymoon dengan suami aku la"sampuk Mawar pulak.
"Suami? Siapa? Sejak bila kau kahwin dengan mamat Italy pulak ni?"soal Hairrim pelik.
Malik dan Ean menepuk dahi.
"Kau ni bebal tak sudah lah Hairrin. Suami Mawar, Rayyan Haydar tu hah"sampuk Malik. Sempat lagi belakang kepala Hairrin ditepuk kuat.
"Rayyan Haydar? Siapa? Ean ke!"soal Hairrin terkejut. Wajah Ean dan Mawar disilih ganti.
Mawar tergelak begitu jua dengan Ean, Luth dan Darwia.
"Ye la. Mawar tu bini aku. Tula kau sibuk sangat dekat US"
Luth tergelak kecil. "So semua ada wife and husband masing-masing, boleh la kita pilih bilik"
"Kita rehat sehari dua dulu, baru mulakan misi."sambung luth lagi. Mereka mengangguk setuju. Luth,Darwia,Ean dan Mawar berlalu mencari bilik.
"Dah la semua nak kahwin! Aku je single! Malik jom teman aku, kita honeymoon ye sayang"Hairrin tertawa sopan. Lengan sasa Malik dikuis dengan jari telunjuk nya.
"Eh bodoh aku lurus lagi la gila! Bla sana kau!"halau Malik keras.
Hairrin menarik beg roda nya dengan gaya sedih.
"Oh single... kenapa kau tak nak tinggalkan aku? Aku pun nak merasa kasih sayang seorang isteri wahai single"rintih Hairrin sedih. Dia berjalan dengan lemah menuju ke arah Lift. Malik menggeleng melihat perangai manja Hairrin.
'Siapa nak Hairrin? Boleh Pm author ye'bisik Malik perlahan.
( ♡♡♡ )
"EH EH? Sejak bila saya cakap saya nak tidur satu bilik dengan awak?"soal Darwia sebaik sahaja dia dan Luth memasuki bilik tidur mereka itu. Simple but nice!
Luth menggeleng malas. Beg roda milik dia dan Darwia ditarik lalu diletakkan di celah almari. Malas nak susun.
"Eh baby wife tu isteri abang, memang la tidur satu bilik"jawab Luth pendek. Baju dibuka. Jelas kelihatan parut panjang di belakang badannya yang sasa itu. Dia memanggalkan baju dan seluar yang tersarung di badannya itu. Rimas! Setelah selesai menanggalkan semua nya, tuala diambil lalu dipasangkan dikeliling pinggang.
Mata Darwia terasa 'sejuk'. Jelas kelihatan six packs, V line dan parut-parut kecil di batang tubuh suami nya. Gulp! Sexy!
"Seronok cuci mata ke baby wife?"soal Luth nakal. Kening diangkat berkali-kali.
Darwia tersentak. Mata yang tadi memeriksa tubuh sexy suami nya kini beralih ke wajah Luth pula.
Berderau darah nya apabila mata helang berwarna Hazel milik Luth tajam menikam matanya.
"Erk sa-saya man-mandi dulu!"dengan laju Darwia memasuki bilik air dan menutup nya rapat. Wajahnya yang sudah bertukar merah padam itu dipadang di biasan cermin.
"Ah bodoh la kau!"Darwia meraup wajahnya kasar.
"Baby wife, mandi la cepat! Badan saya dah melekit ni!"laung Luth sedikit kuat.
Darwia tersentak kecil. Dia menggeleng menghilangkan bayangan 'sexy' tadi.
Luth dibalik pintu bilik mandi tertawa halus. Suka mengusik isteri nya itu!
Darwia tidak membalas, hanya membiarkan suara nakal suami nya itu.
"Sayang cepat la!"
"Baby wife, Saya nak ikut awak mandi boleh?"
"Sayang, nak mandi sekali!"
"Baby wife! Nak kencing cepat lah!"
"Baby wife tak elok tolak ajakan suami. Dosa!"
( ♡♡♡ )
"Master, Alpha Team has arrived safely in Italy"
Master memandang wajah anak buah nya itu. Kening ternaik, bibirnya mengukir senyuman sinis. Cukup sinis.
"Oh really? Darwia ada tak?"soal Master sedikit teruja. Matanya sudah bertukar. Penuh nafsu
"Ada Master. Dia datang Italy dengan suami di--"
'BANG!'
Tanpa balas kasihan Master menembak kepala anak buah nya.
"Darwia milik aku! Hanya aku!"jerit dia hysteria.
"Aku akan pastikan kau jatuh ke dakapan aku sayang"
( ♡♡♡ )
× Donee!! Do vote and comment!! 🙆❤.
ANDA SEDANG MEMBACA
TM | | BabyGurl Syed Luth - C -
Aksiyon2th Masterpiece Under The Mafia series Syed Luth Zulfaqar || Tuan Darwia Mikayla STATUS || COMPLETE START || 14 FEBRUARY 2021 END || 13 OCTOBER 2021 Pretty cover from this lovely girll ! - @nurflwr
