Darwia hanya diam disisi Luth. Ada lagi 4 jam sebelum mereka tiba di Malaysia. Tangan Luth yang masih lagi bercucuk IV drip diusap lembut.
Luth masih lagi menggunakan bantuan pernafasan kerana organ pernafasan nya masih lemah dek kesan letupan tempoh hari. Doktor sarankan untuk dia membuka topeng oksigen itu 2 minggu selepas dia sedar dari koma. Namun buat masa sekarang tiada tanda bahawa Luth akan sedar dalam masa yang terdekat.
Darwia melabuhkan kepala nya disisi katil Luth. Rindunya dia pada anak-anak nya di Malaysia. Tidak sabar mahu berjumpa dengan dua ekor budak montel itu.
Noah dan Angel.
Apa agak nya reaksi mereka melihat papa mereka koma dan sakit? Darwia masih belum memberitahu apa-apa tentang keadaan Luth kepada anak kembar mereka itu. Malah dia sudah memberitahu Mikael, Syirah dan Papa serta mama nya untuk tidak membuka mulut tentang prihal Luth dihadapan Noah dan Angel.
Dia hanya takut tentang Angel. Mungkin Noah bisa menerima apa yang akan diberitahu nya nanti. Namun Angel seorang gadis yang sangat lembut hati nya. Pasti anak dara nya itu akan menangis. Sejak lahir lagi antara Noah dan Angel, Angel lah yang paling rapat dengan Luth.
Kesayangan papa.
Gelaran yang selalu ditutur di bibir Luth. Dilayan anaknya itu seperti puteri !
Berbeza dengan Noah, walaupun Noah selalu dimanjai Luth, namun kerana anak nya itu lelaki yang beku sikapnya, Noah lebih suka memendam rasa sayang nya pada Luth. Hanya akan dizahirkan pada masa yang tertentu.
He cool but very lovely on the inside.
Darwia hanya merenung wajah pucat itu.
Bila Luth akan sedar ? Dia rindu tatapan mata hazel blue flecks itu. Pandangan penuh kasih sayang Luth.
She miss him.
Indeed she will always miss him.
"Buat masa sekarang kami akan pantau keadaan Luth disebabkan organ dalaman nya masih lagi tidak boleh berfungsi dengan baik terutama pada bahagian organ pernafasan"
Darwia mengangguk faham mendengar penerangan doktor lelaki itu. Dia terasa penat kerana berjam-jam berada didalam pesawat namun terasa sedikit lega kerana proses pemindahan Luth ke Malaysia akhirnya selesai.
"Terima kasih doktor"ucap Darwia pendek. Dia tersenyum kemudian berlalu meninggalkan doktor itu. Bilik Luth dituju. Apabila sampai pintu bilik itu ditolak perlahan.
Tubuh Luth yang masih lagi terbaring kaku menyapa pandangannya. Kaki melangkah kearah Luth. Kerusi disisi katil Luth ditarik.
Kepala direhatkan disisi tangan Luth. Matanya terasa sangat berat. Sejak hari Luth disahkan koma, makan dan rehat Darwia langsung tidak terjaga.
Darwia memejamkan matanya. Keluhan pendek terlepas dari bibir nya itu.
Sleep tight Darwia Mikayla.
'Hiks,hiks'
Kening Darwia berkerut. Terdengar suara tangisan yang agak perlahan tetapi sangat familiar. Namun matanya masih lagi terpejam. Tidak larat mahu membuka matanya itu.
"Kenapa papa hik-hiks tak nak hiks-bangun"
Darwia mengeluh. Anak siapa yang menangis diwaktu rehat nya ini. aduh
"Wake up hik-hiks pa-hiks-papa"
Dahinya berkerut lagi. Kenapa masa rehatnya diganggu? Kenapa Noah ganggu masa rehat mama ni?
ANDA SEDANG MEMBACA
TM | | BabyGurl Syed Luth - C -
Action2th Masterpiece Under The Mafia series Syed Luth Zulfaqar || Tuan Darwia Mikayla STATUS || COMPLETE START || 14 FEBRUARY 2021 END || 13 OCTOBER 2021 Pretty cover from this lovely girll ! - @nurflwr
