Puan Mia tersenyum lebar melihat Noah dan Angel yang kini sedang beradu didepan matanya. Terasa lega akhirnya hati bila Darwia memutuskan untuk pulang ke Malaysia semula dan menetap bersamanya.
"Mama, dah-dah la tu tenung anak-anak Wia. Seram la mama ni"Darwia berjalan ke arah mama nya sambil mengelap rambut yang basah.
"Saya happy tengok akhirnya awak nak jugak balik Malaysia"rambut dark brown Noah diusap Puan Mia lagi.
"Dengan mata lentik, bibir pink sexy, rambut dark brown, anak mata warna hazel blue flecks. Handsome betul cucu saya sorang ni!"hidung si kecil Noah dicuit lagi.
"Mama, Wia tahulah Mama excited tapi jangan la usik Noah tu, kang dia terbangun tidur"tegur Darwia lagi.
"Awak nak kerja mana lepas ni? Dengan Along ke?"soal Puan Mia. Dia memusingkan tubuh menghadap Darwia.
Darwia menggeleng. "Tak, Wia nak sambung kerja Wia. Lagipun masa Wia pindah Hong Kong Wia masih lagi under Interpol. Tiada sebab Wia nak berhenti"
"Lepas apa yang dah jadi awak masih nak kerja dekat situ? Are you insane Tuan Darwia?"soal Puan Mia. Nadanya sudah berubah serius. Wajah anak perempuan nya dipandang.
"Mama, Wia suka kerja under Interpol. Wia suka dengan kerjaya Wia sekarang."
"Tapi sebab kerja tu awak jadi macam ni Tuan Darwia! Awak sedar tak apa awak cakap ni?"soal Puan Mia sedikit tinggi.
"Mama, anak Darwia tidur la. Slow sikit suara tu"
"I don't care. Now tell me are you happy with all of this? Kena rogol tanpa rela. Lepas tu mengandung anak haram. Are you happy?"
Darwia memandang Puan Mia.
"Mama, anak-anak Darwia bukan anak haram. They have father!"tegas Darwia.
"Kalau dia orang ada Papa and awak ada suami tempat awak bukan dekat Hong Kong atau dekat sini Tuan Darwia! Tempat awak dekat sebelah suami! 4 tahun! 4 tahun awak duduk dekat negara orang. 4 tahun awak tanggung dosa. Tak cukup lagi dengan dosa berzina yang awak buat? Lepas ni nak tambah dosa apa lagi?"Puan Mia menengking marah. Wajahnya bertukar merah padam.
"Mama!"
Darwia memicit pelipisnya perlahan.
"Esok Wia balik condo Wia. Now please get out. I wanna sleep in peace, please"rayu Darwia perlahan.
Puan Mia mendengus. Dia melangkah keluar dari bilik Darwia dengan perasaan marah.
Selepas sahaja Puan Mia keluar dari bilik Darwia terduduk jatuh dibirai katil nya. Air mata satu-persatu jatuh menitis dibiarkan sahaja.
Satu perkataan yang mampu menggambarkan perasaan nya ketika ini.
Lelah.
Lelah dengan semua yang terjadi. Apa lagi lepas ini?
Darwia mengangkat wajah apabila terasa pipinya dielus lembut oleh seseorang.
"Don't cry Tuan Darwia..."pujuk si dia.
Darwia mengukir senyum nipis.
"My little husband"
Noah memandang wajah sembap mama nya. Segala perbualan Mama dan Tok Mama nya didengar dengan jelas.
"You heard everything don't you"teka Darwia bijak.
"How do you know?"soal Noah. Pura-pura terkejut.
"Iam your mama Noah Muhammad Rizqish. Mama yang bawa Noah 9 bulan. Mama yang lahirkan Noah. Of course I know! Mother instinct"
Noah tergelak perlahan mendengar jawapan mama nya.
"Cry"arah Noah kembali tegas.
"Huh?"Darwia memandang anak teruna nya terpinga.
"Noah tahu mama nak menangis. Menangis la. Noah ada. I'll always be with you"Noah mendepakan tangannya.
Darwia tersenyum kecil. Dibawa Noah kedalam pelukan. Dipeluk erat tubuh Noah Muhammad Rizqish. Dia menangis teresak dibahu kecil Noah.
"Shuh..."rambut Darwia diusap lembut oleh Noah.
"I can't..."Kata Darwia lemah.
"No, I know you can. You were stronger then you think Tuan Darwia."
"Yakinnya..."Darwia tertawa kecil dibalik esakannya.
"Kalau mama tak kuat, mungkin Noah dan Angel tak kan wujud. Mungkin mama dah pilih untuk buang Noah dan Angel. Tapi mama tetap jaga dan besarkan Noah dan Angel. Mama kuat. Noah kenal mama Noah lebih dari orang lain. Lebih dari Tok Mama kenal mama Noah"
"Mama minta maaf sebab tak mampu beri keluarga yang Noah dan Angel impikan... mama tak cukup kuat untuk hadap semua tu lagi..."
"Noah dan Angel akan bahagia kalau Mama kita orang bahagia..."
"Come kita tidur dekat atas katil."tubuh Noah didukung lalu dibawa ke tengah tilam. Darwia baring ditengah-tengah dan diapit oleh Noah dibelah kiri dan Angel dibelah kanan.
"Sleep baby"punggung Noah ditepuk perlahan. Noah menyembamkan wajahnya didada Darwia.
"Mama..."panggil Noah dibalik dadanya.
"Yes baby"jawab Darwia. Tangannya masih lagi menepuk punggung Noah lembut.
"Kalau mama nak tengok Noah dan Angel bahagia... Mama kena bahagiakan diri mama dulu. Cari kebahagiaan mama and Noah dan Angel akan bahagia lepas mama dah mampu lakar kebahagiaan sendiri."
Darwia tersenyum.
"I will baby. One day, Insya-Allah"
( ♡♡♡ )
× Do vote and comment🙆❤
ANDA SEDANG MEMBACA
TM | | BabyGurl Syed Luth - C -
Acción2th Masterpiece Under The Mafia series Syed Luth Zulfaqar || Tuan Darwia Mikayla STATUS || COMPLETE START || 14 FEBRUARY 2021 END || 13 OCTOBER 2021 Pretty cover from this lovely girll ! - @nurflwr
