14 || Untitle Part

4.3K 197 20
                                    

Portisco Costa Smeralda,

"Buat masa sekarang, aku nak kita bergerak dalam kumpulan, jangan jalan berdua. And please, baju jangan nak menonjol sangat. Kalau boleh pakai baju yang sesuai untuk bercuti. Jangan kantoi kan diri sendiri. Fasal senjata pulak hanya aku, Ean dan Hairrin yang akan pegang senjata. Yang lain jangan pegang apa-apa senjata"

Mereka mengangguk mendengar kata ketua mereka. Setiap arahan yang Luth terangkan haruslah didengar peka. Kalau lalai kemungkinan nyawa yang menjadi galang ganti nya.

"Faham Tuan"

"Okey good, now Darwia akan terangkan tentang hal seterusnya"

Darwia mengangguk.

"Okey kita dapat laporan yang ada kilang dadah di sekitar Portisco Costa Smeralda dan Rome. Buat masa sekarang, kita akan cuba cari kilang dadah yang ada dekat Portisco Costa Smeralda dulu sebab kita tak boleh nak berpecah. Apa-apa pun kita akan tunggu arahan seterusnya dari Tuan Suhaimi atau Luth"

"Ah tapi andai keadaan memaksa, korang semua wajib ikut arahan dibawah Darwia. Andai keadaan terlalu genting dan melibatkan nyawa, utamakan nyawa masing-masing."tambah Luth pula.

"Tapi Tuan Lu--"

"Aku tak nak dengar sebarang bantahan, Ean. Aku ketua, dan korang wajib ikut semua arahan yang aku beri"

Ean mengangguk. "Faham Tuan"

"Good. Now semua siap, Lagi 1 jam kita berkumpul dekat sini balik"

( ♡♡♡ )

Mereka semua berjalan dalam kumpulan dan mengambil gambar pemandangan Portisco Costa Smeralda.

"Luth, aku ada buat research, ada beberapa kilang terbiar di hujung kota Portisco Costa Smeralda. Kilang tu semua dah lama ditinggalkan tapi ada penduduk tempatan kata mereka selalu nampak kereta keluar masuk kilang terbiar tu ."sambil berjalan, Hairrin memberitahu maklumat yang sempat dikumpul semalam bersama Malik.

"Betul Tuan, bukan setakat kereta mewah, lori pun selalu keluar masuk"

"Kilang terbiar? Banyak ke?"soal Darwia menyampuk.

"Banyak tu tak banyak but kilang dia besar-besar, Tuan Darwia. Ada dalam 7 kilang terbiar"

Darwia mengangguk mendengar jawapan yang diberi Malik.

"Tu semua kilang apa?"soal Luth pula.

"Kilang arak ada 5, kilang kasut and kilang makanan frozen"

"Get ready, malam ni aku nak pergi melawat kilang-kilang tu"

"Siapa je ikut?"

"Hairrin and Malik. Yang lain stay mansion diam-diam"

"Baik Tuan"

( ♡♡♡ )

"Ala awak! Boleh saya nak ikut pleasee... saya bosan la duduk rumah!"

Ini sudah kali ke-10 Darwia memujuk suami nya. Dan tidak pernah lagi berjaya setakat ni.

"No Tuan Darwia Mikayla."bantah Luth keras. Tangannya menyarung hoodie ke tubuh.

Darwia memandang Luth yang segak mengenakan hoodie dan ripped jeans berwarna hitam. Dipandang tajam mata hazel blue flecks itu.

Luth tergelak melihat wajah 'garang' isterinya itu. Dipagut dagu Darwia lembut lalu dikucup sesaat.

Darwia terbeliak mata apabila terasa bibirnya menyentuh sesuatu yang lembut.

TM  | | BabyGurl Syed Luth - C -Where stories live. Discover now