06 || ( Untitle Part )

6.7K 268 25
                                    

So start chapters ni adalah chapters flashback. When I put () this on title it means flashback okey!. Bila chapters flashbacks dah habis author akn buang () dekat title tu. So enjoy🙆❤

( ♡♡♡ )

"Dah dapat track Izzwan?"soal Mikael.

Sudah 2 minggu sejak kehilangan Darwia dan Syirah. Dan sampai sekarang mereka masih lagi tidak mempunyai apa-apa maklumat.

Luth mengeluh dalam diam. Dimana lagi dia harus mencari Darwia? Hatinya terasa sangat berdebar. Seperti akan ada sesuatu yang buruk bakal menimpa gadis kesayangan nya itu.

'Ya Allah, kau lindungilah mereka Ya Allah'

Dalam masa 2 minggu ini Luth la paling ketara berubahannya. Makin serabut jejaka kacukan itu memikirkan dimana lokasi Darwia.

Mata Luth memandang Serra yang baru keluar dari lift itu. Semua ahli tertinggi The Mikael's sedang berkumpul dan berusaha menjejak lokasi Syirah dan Darwia.

Tanpa kata Luth meninggalkan mansion itu.

Kaki menapak ke arah keretanya lalu enjin dihidupkan. Dia tidak boleh berdiam diri. Walau bagaimana pun dia kena bertindak.

( ♡♡♡ )

Mikael,Luth,Hayden,Asyraf,Leo,Hairrin dan Darwisy kini berada di belakang mansion yang sedang dikawal oleh anak buah Izzwan. Masing-masing lengkap dengan suit kalis peluru dan pistol masing-masing.

Kawasan itu tidak dikawal ketat namun cukup syarat dengan meletakkan 2 orang di pintu depan dan 2 orang dibahagian pintu belakang.

Lagi memudahkan kerja mereka apabila keempat-empat anak buah Izzwan Lee memegang pistol tanpa berisi peluru.

Bagaimana dia orang tahu?

Oh easy. Because they The Mikael's. And The Mikael's always be the great one.

"Aku dengan Hairrin settle kan bahagian depan, Asyraf dan Hayden settle bahagian belakang. Aku tak nak tengok satu jejak pun tertinggal. Bila aku kata satu jejak termasuk suara jeritan or anything. It's clear?"

Luth menoleh ke arah Mikael. Lelaki itu kelihatan sangat serius. Mereka berenam mengangguk tanda faham dengan arahan yang diberikan ketua mereka, Mikael.

Apabila Mikael sudah mulai bangun dan membetulkan posisinya Hairrin,Asyraf dan Hayden juga membuat perkara sama.

Luth memandang mansion itu dengan perasaan yang sangat lain.

Berdebar?

Takut?

Mungkin. Semakin dia dekat dengan Mansion itu semakin kuat perasaan takut itu. Apa yang telah terjadi? Kenapa dia berasa sangat takut ini?

Luth melangkah masuk ke dalam mansion apabila anak buah Izzwan telah tidur dibelasah Mikael.

"Aku,Hairrin,Asyraf,Luth and Leo akan masuk Hayden dan Darwisy cover kita orang. Aku tak tahu berapa ramai anak buah Izzwan dekat dalam. Satu je aku nak pesan. Hati-hati"

Luth mengangguk mendengar arahan Mikael. Mereka bertujuh bergerak mencari Syirah dan Darwia.

Namun apa yang mengejutkan ruang tamu di mansion itu kosong! Boleh kata mansion itu kelihatan kosong tanpa kawalan anak buah Izzwan kecuali di pintu hadapan dan belakang.

TM  | | BabyGurl Syed Luth - C -Where stories live. Discover now