Luth memandu dengan tenang walhal hati sudah berdebar.
Perjalanan dari Portisco Costa Smeralda ke Rome Italy mengambil masa yang sangat lama. Namun sepanjang itu juga hanya Luth yang memandu.
Memandangkan mereka ramai jadi mereka dipisahkan oleh dua kereta. Luth, Darwia, Darwisy dan Hairrin satu kereta manakala Han, Fatin, Malik, Ean dan Mawar satu kereta.
"Bro, bagi aku pulak drive... asyik kau je drive... you need some rest Luth"suara Darwisy memecah hening. Darwia mengangguk tanda setuju dengan cadangan abang kembarnya itu. Dia juga risau dengan keadaan Luth yang asyik memandu. Sudahlah Luth yang bakal mengetuai mereka. Namun lelaki itu pula yang tidak cukup rehat.
"It's okey... aku larat lagi nak drive. Nanti aku dah tak de baru kau ambik alih"jawab Luth. Mata nya masih lagi fokus memandang hadapan.
"Apa awak cakap ni?"soal Darwia yang agak terkejut dengan ayat yang dituturkan Luth.
"Tak maksud aku kalau aku dah penat aku bagilah Darwisy drive... baru 6 jam aku drive, aku okey lagi... no worries"cepat-cepat Luth membetulkan ayatnya.
"Jangan cakap benda merepek kalau awak tak nak rasa peluru dari pistol isteri kesayangan awak ni..."ugut Darwia. Dia menjeling Luth tajam.
Luth tertawa. Tangan naik mengusap kepala Darwia. Darwia mengambil tangan Luth lalu digenggam.
"Garangnya isteri saya ni... makin sayang la! Aum!"Luth tertawa lagi.
"Stop it ! I warn you"namun Darwia masih lagi memegang erat tangan Luth.
Darwisy dan Hairrin dibelakang tersenyum melihat betapa bahagianya Luth dan Darwia. Tidak sangka mimpi yang diimpikan Syed Luth Zulfaqar akhirnya menjadi kenyataan. Lihat sahaja tangan yang memegang erat tangan Luth itu...
Satu-satunya wanita yang bisa melakar senyuman dibibir Luth. Satu-satunya wanita yang bisa membuat Luth bahagia.
Tuan Darwia Mikayla.
Akhirnya setelah berejam, mereka tiba di destinasi.
Mereka semua melangkah keluar dari kereta. Masing-masing sibuk meregangkan badan. Lenguh berada didalam kereta berjam-jam tidak habis lagi.
"Alpha Team line up!"
Mereka memandang Luth tidak percaya. Baru sampai terus bagi arahan? Are you kidding me?
"Nak aku lempang seorang-seorang baru faham bahasa ke?"soal Luth sinis.
Dengan pantas mereka bergerak beratur memanjang dihadapan Luth manakala Darwia, Darwisy, Han dan Fatin berdiri bersebelahan Luth.
"Snoopy Tuan!"laung Malik
"Rose!"Mawar.
"Jack!"Ean.
"Watermellon!"dan diakhiri dengan Hairrin.
"Mulai saat ini, setiap arahan dari aku, Alpha Male, korang wajib patuhi. Faham?"soal Luth lagi.
"Faham Tuan!"jawab mereka serentak.
Darwia tersenyum. Sudah lama rasanya dia tidak dengar Alpha Team melapor diri.
"Dan sekirannya apa-apa berlaku pada aku, automatik arahan akan jatuh pada Tuan Darwia"
Darwia tersentak.
"Dame!"
Darwia memandang Luth apabila nama samarannya diseru lelaki itu.
"S-saya!"jawab Darwia.
"Dengar atau tidak arahan yang aku sampaikan?"soal Luth. Wajah dan nada yang digunakan juga sudah berubah. Tegas!
"Dengar"jawab Darwia sepatah.
"Tolong ulang arahan aku"
"Da-dan sekiranya apa-apa be-berlaku pada Alpha Male, automatiknya arahan akan jatuh p-pada saya, Dame"
"Misi terakhir..."
"Patuhi arahan aku, walau apa pun jadi"
#tbc
× Done ! Do vote and comment okey !
![](https://img.wattpad.com/cover/253571508-288-k450315.jpg)
YOU ARE READING
TM | | BabyGurl Syed Luth - C -
Aksi2th Masterpiece Under The Mafia series Syed Luth Zulfaqar || Tuan Darwia Mikayla STATUS || COMPLETE START || 14 FEBRUARY 2021 END || 13 OCTOBER 2021 Pretty cover from this lovely girll ! - @nurflwr