Sudah 4 minggu Luth tidak sedar diri. Darwia hanya memandang wajah pucat Luth . Wayar yang melekat didada, tiub oksigen yang terletak elok di hidung Luth, kesan-kesan luka yang masih segar. Luth masih tiada apa-apa perubahan sejak 4 minggu lalu. Lelaki itu hanya terbaring tidak bermaya diatas katil wad itu.
Tangan Luth yang bercucuk IV drip itu diusap lembut. Masih tidak bergerak seperti hari-hari sebelumnya.
"Bila awak nak sedar?"soal Darwia perlahan. Mata nya terasa hangat lagi.
"Anak-anak tunggu awak sedar tau sayang"tambahnya lagi.
Darwia tahu walaupun lelaki itu tidak sedar, Luth masih bisa mendengar setiap kata-katanya. Jadi tidak salah jika dia cuba berinteraksi dengan suaminya itu.
Jam sudah menunjukkan jam 3 pagi waktu Italy. Jam 10 pagi esok mereka akan membawa balik Luth ke Malaysia. Ada baiknya jika lelaki itu dirawat di Malaysia memandang Noah dan Angel sangat rindu dengan papa mereka.
Mata Darwia masih segar lagi terbuka. Tiada rasa mahu tidur. Tangannya masih lagi mengusap lembut kekura tangan Luth. Kepalanya dibaringkan disebelah tangan Luth. Tangan suaminya itu masih lagi dipegang.
"Awak tak nak bangun ke sayang? I miss ur voice, ur warm hug... I miss you so much"bisik Darwia perlahan. AIr mata yang terasa ingin tumpah ditahan sebaik mungkin. Tidak mahu kelihatan lemah. Dia harus kuat.
Setiap ayat yang diungkap Luth bermain dikepalanya seperti kaset rosak.
'Urm aku nak panggil babywife boleh?'
'Ala tapi apasalahnya kita kenal-kenal babywife? Mana tahu boleh kawan sampai kahwin'
'Sampai bila-bila pun saya akan tetap sayang dan cintakan isteri saya. I love you so much babywife... I'am sorry'
'I miss you babywife'
'Jom kahwin, nak?'
'Kahwin dengan aku dapat selamatkan maruah family kau dan dapat selamatkan status anak kau. Tak kahwin dengan aku, family kau tanggung malu. Anak kau dicop anak haram. Which one Tuan Darwia Mikayla?'
'Aku terima nikahnya Tuan Darwia Mikayla Binti Tuan Daniell Mikael dengan mas kahwinnya senaskah Al-quran dan RM 550 tunai'
Air mata Darwia menitis perlahan. Pipi dan hidung nya sudah bertukar merah. Darwia menangis teresak-esak.
'Good morning baby wife!'
'Welcome home my dear babywife'
'I miss this moment'
Terasa menyesal tidak menghargai lelaki itu.
'Seronok cuci mata ke babywife?'
'Babywife, saya nak ikut awak mandi boleh tak?'
'Tak elok tolak ajakan suami'
'Hilangkan kesan hickeys tu'
Terkilan dek masa hampir 7 tahun yang dia bazirkan hanya kerna masa silam yang bodoh itu.
'Yes baby, Im your Luth'
Jika dia menghargai Luth dari awal perkahwinan mereka mungkin dia tidak akan sesakit ini bukan ? Kalau dia mengatakan rasa sayang dan cinta dia pada Luth, sudah tentu Luth akan lebih bahagia.
Oh gurl, there's no turning back.
"You promised to take care of me, Noah dan Angel so you must keep it. I don't accept any excuse"bisik Darwia perlahan diselangi esak tangisannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/253571508-288-k450315.jpg)
YOU ARE READING
TM | | BabyGurl Syed Luth - C -
حركة (أكشن)2th Masterpiece Under The Mafia series Syed Luth Zulfaqar || Tuan Darwia Mikayla STATUS || COMPLETE START || 14 FEBRUARY 2021 END || 13 OCTOBER 2021 Pretty cover from this lovely girll ! - @nurflwr