07 || ( Untitle Part )

5.1K 263 30
                                    

Luth merenung wajah penat Darwia. Gadis itu tertidur di pelukan nya kerana penat menangis.

"Tak ada sikit pun rasa cinta kau untuk aku ke?"soal Luth perlahan. Anak rambut Darwia yang terjatuh menutup wajah gadis kesayangannya itu diselak.

Wajah yang putih bersih itu ditatap.

Hanya tuhan sahaja tahu betapa disayang dan cinta kan gadis ini. Dia cinta kan Darwia Mikayla lebih dari segalanya. Bagi nya Darwia Mikayla nyawa nya.

"Aku cinta kan kau, baby wife..."luah Luth lagi.

"Sampai bila-bila pun... aku akan tetap sayang dan cintakan kau. Walaupun waktu tu satu dunia tak kan restui cinta aku, aku akan tetap pertahankan kau"

( ♡♡♡ )

"D-darwia mengandung?"soal Darwia takut. Dia cukup takut dengan apa yang baru sahaja meluncur di bibir Doktor Qaisara itu.

"Ye Puan. Puan mengandung 2 bulan. Saya dah bagitahu suami Puan. Tapi saya tak tahu pulak dia belum bagitahu Puan. Mungkin dia nak buat surprise kot"Doktor Qaisara tersenyum.

Darwia tertawa. Perasaanya sekarang bercampur. Gembira, sedih, serabut dan takut.

"Puan untung dapat suami sebaik Luth. Saya nampak dia ikhlas sayangkan Puan. Mata dia hanya ada cinta buat Puan. Hargai dia ya Puan. Saya doakan anak ini bakal menjadi penyeri hidup Puan dan Suami"kata Doktor Qaisara.

Setelah Doktor Qaisara memeriksa keadaan luka Darwia dia meninggalkan Darwia didalam bilik itu.

Mata Darwia terasa hangat. Bahagian rahim nya disentuh lembut. Ada nyawa sedang menumpang di rahim nya.

Benih cinta nya.

Air mata Darwia semakin laju.

Benih ini anak lelaki yang dia cintai. Mereka saling mencintai. Allahu...

Teringat kata-kata Doktor Qaisara sebentar tadi.

"Puan untung dapat suami sebaik Luth. Saya nampak dia ikhlas sayangkan Puan. Mata dia hanya ada cinta buat Puan. Hargai dia ya Puan. Saya doakan anak ini bakal menjadi penyeri hidup Puan dan Suami"

Persoalannya...

Untung kah dia?

( ♡♡♡ )

"Aku nak duduk Hong Kong buat sementara waktu"

Luth memandang Darwia terkejut.

"Kenapa? Sebab kau mengandung?"soal Luth. Nada dan wajahnya sudah berubah.

"Bu--"

"Aku dah bagitahu Mikael kau mengandung."

Darwia memandang Luth tidak percaya.

"What!"

"Aku dengan Mikael dah bincang and parents kau pun setuju."kata Luth lagi.

"B-bincang apa?"soal Darwia. Wajah beku Luth dipandang.

"Mereka setuju kau kahwin dengan aku"

"No!"bantah Darwia. Dia menggeleng.

Kahwin dengan Luth? Sudah semestinya tidak!

"Kahwin dengan aku dapat selamatkan maruah family kau dan dapat selamatkan status anak kau. Tak kahwin dengan aku, family kau tanggung malu. Anak kau dicop anak haram. Which one Tuan Darwia Mikayla?"soal Luth.

Darwia memandang Luth. Semua yang dikatakan Luth betul. Pilihan yang dia ada sekarang hanyalah kahwin dengan Luth. Jika dia memilih sebaliknya maruah keluarga nya bakal tergadai. Malah status bakal anak nya akan dipersoalkan. Allah, beratnya ujian mu ini Ya Tuhan...

( ♡♡♡ )

"Aku terima nikahnya Tuan Darwia Mikayla Binti Tuan Deniell Mikael dengan mas kahwin nya senaskah Al-Quran dan RM 550 tunai..."

Dengan sekali lafaz, Tuan Darwia Mikayla sah menjadi isteri kepada Syed Luth Zulfaqar.

Air mata Darwia menitis satu persatu.

Bahagia kah dia?

Betulkah keputusan yang dia buat ini?

Syed Luth adalah manusia paling bahagia. Kerana akhirnya gadis yang disayang dan cintai akhirnya halal buatnya. Impiannya untuk memperisterikan Darwia dan membahagiakan gadis itu akhirnya tercapai.

'Terima kasih Ya Allah. Aku janji akan sayang dan cintai dia sepenuh hati ku ini Ya allah"

( ♡♡♡ )

Suasana sunyi diantara mereka.

Keadaan di bilik hotel itu sunyi. Hanya bunyi penghawa dingin yang kedengaran.

"Esok flight saya pergi Hong Kong"kata Darwia.

Luth memandang wajah Darwia.

"Kenapa? Bila awak order tiket? Kenapa saya tak tahu?"soal Luth terkejut.

"Saya minta maaf, tapi saya perlukan ruang untuk pulihkan diri sendiri"

"Tapi sa--"

"Please..."rayu Darwia.

Dia memandang wajah suaminya.

"Fine. Tapi ada syarat"Luth tersenyum nakal.

"A-apa? Awak jangan macam-macam ya! Saya tengah mengandung ni hah!"Darwia menyilangkan tangan didadanya.

Namun kening nya bertaut apabila bilik mereka bergema dengan tawa dari suaminya.

"Eyyy otak kotor! Saya tk cakap pun saya nak ehem-ehem awak."usik Luth lagi.

"Luth!"

"Okey-okey. Syarat saya simple je. Pertama, malam ni tidur peluk saya. Kedua, panggil saya abang dan ketiga awak kena selalu hubungi saya bila sampai Hong Kong. Awak tak call saya, saya sendiri pergi Hong Kong bawa awak balik"ugut Luth.

Darwia mengangguk. Setuju dengan syarat suaminya.

"Okey now saya nak tidur"Darwia bergerak ke tengah tilam lalu comforter ditarik lalu dia memejamkan mata nya.

Luth menggeleng. Dia bergerak ke tengah tilam lalu tangannya diselitkan dibalik leher Darwia.

"Eh?"Darwia membuka kembali mata nya.

"Syarat pertama baby wife"

Luth memeluk pinggang Darwia erat.

"Abang..."

Luth tersenyum mendengar Darwia memanggil dirinya abang.

"Jangan pernah cintakan saya... saya akan duduk Hong Kong sampai saya rasa saya mampu balik sini. Sepanjang tempoh itu saya izinkan abang kahwin lain kalau ada wanita yang berjaya buka pintu hati abang... saya kotor, saya tak layak untuk lelaki sebaik awak..."

Tanpa Darwia sedar kata-katanya mengguris hati Luth. Luth tersenyum hambar.

'I'am sorry. But I can't'

Dan malam itu buat pertama dan terakhir Luth bahagia sebelum dia terluka menjalani hidup 6 tahun tanpa gadis kesayangannya.

Berat rindu yang membuku dihati hanya tuhan sahaja tahu betapa sakitnya hati nya.

Berat rasa yang menyerah
Kerna aku adalah dirimu
Dan hanya aku yang percaya cinta ini

Acap kali dia ingin menyerah namun dia tahu cinta dan sayang nya buat Darwia terlalu kuat.

Di hatinya telah terlukis nama Tuan Darwia Mikayla.

Dan hanya gadis itu akan menjadi cinta pertama dan terakhirnya.

( ♡♡♡ )

× Do vote and comment 🙆❤


TM  | | BabyGurl Syed Luth - C -Where stories live. Discover now