16 || Untitle Part

4.2K 185 30
                                        

"Tuan, saya nak tanya something boleh tak?"soal Ean berhati-hati. Takut soalan yang ditanya bakal mengguris hati ketua nya itu.

Darwia yang sedang menonton Netflix menoleh ke arah pasangan suami isteri yang duduk menempel itu.

"Tanya? Tanya apa? Tanya je la"

"Urm Tuan kan ada penyakit Dissociative identity disorder, kenapa sekarang penyakit tu macam dah tak de pun?"soal Ean pelik.

Tapi wajarlah kalau wanita dihadapannya ini sudah sembuh daripada penyakit nya kerana sudah hampir 5 tahun mereka tidak berjumpa.

"Siapa kata dah sembuh?"soal Darwia sambil tertawa kecil.

"Mustahil Mikayla akan tinggalkan saya"sambung Darwia lagi.

Mikayla, personality nya yang lagi satu. Berbeza dengan Darwia, Mikayla seorang gadis yang kuat dan tegas. Tidak seperti Darwia lembut dan sopan. Darwia tidak berani untuk menembak musuh nya, namun berbeza dengan Mikayla yang akan menembak sesiapa sahaja yang akan meletakkan diri nya dalam bahaya.

"Jadi, Mikayla masih ada?"soal Mawar pula.

Darwia mengangguk.

"Kenapa? Rindu Mikayla ke? Nak Mikayla keluar? Saya on je"sakat Darwia.

Ean dan Mawar menggeleng laju.

"Tak nak Tuan! Cukuplah Tuan Luth sorang je yang garang kalah bapak singa baru lepas mengawan, tak sanggup saya nak hadap wajah garang Tuan Mikayla"tolak Ean laju. Masih diingat kenangan mereka didenda oleh Mikayla di kolam renang selama satu hari kerana mereka hampir terkantoi dalam misi penyamaran. Sudah lah musim sejuk sedang melanda negara New York pada masa itu! Sejuk hingga bergetar tulang rusuk nya!

"Saya lagi sanggup hadap amukan Tuan Luth dari perangai gila Tuan Mikayla"Mawar tersengih.

"Hah apahal nama aku kena sebut-sebut hah! Kau orang kutuk aku ya!"

Mereka bertiga menoleh kearah suara Luth itu.

"Eh Tuan!"Mawar tersengih-sengih.

"Tak de masanya nak kita orang nak kutuk awak"

Luth tersengih. Lega hati mendengar suara pemaisuri hati nya itu. Kalau Darwia merajuk lagi mahu tidur luar lah jawabnya. Tempat kosong disebelah Darwia diambil lalu dia melabuhkan punggung disitu. Bahu Darwia dipeluk dari sisi.

Cream Troxevasin yang berada di poket hoodie nya dikeluarkan lalu diserahkan ke isteri nya.

"Buat apa?"soal Darwia pelik. Cream yang berada di tangan suaminya dipandang pelik.

"Hilangkan kesan hickeys tu"jawab Luth selamba. Tidak kisah dengan pandangan Malik, Hairrin, Mawar dan Ean.

"E-erk?"Darwia cepat-cepat mengambil cream itu lalu disimpan ke dalam pocket hoodie milik Luth yang dipakai. Luth tertawa kecil melihat reaksi gelabah isteri nya itu. Tangan yang melilit dibahu Darwia diturunkan lalu diletakkan dipeha Darwia. Tangan Darwia diambil dan digenggam.

"So, memandangkan semua ada dekat sini ada benda yang aku nak bincang"kata Luth yang mulai serius.

"Bincang apa?"soal Darwia pelik. Jari runcing Luth yang bersarung cincin nikah mereka dimain.

"Tadi kita orang berjaya temui satu kilang dadah dekat hujung jalan Portisco Costa Smeralda."jawab Luth.

"Wow! Cepatnya"Ean memandang Luth tidak percaya.

"Kau orang buat bertiga tapi macam berempat! Laju. Tak sampai 4 jam pergi dan settle satu kilang!"puji Mawar pula.

"Memang kita orang buat berempat pun"jawab Hairrin selamba.

Darwia, Mawar dan Ean memandang wajah Luth pelik.

"Siapa lagi seorang? Alpha Team ada ahli baru ke?"soal Darwia pelik.

Luth mengeluarkan telephone nya. Diikuti Hairrin dan Malik.

"Aish, orang tanya dia main phone pulak"bebel Darwia perlahan.

Luth menggeleng kecil. "Sabar, baby wife"katanya perlahan. Tangan Darwia dipegang erat. Kejap dipicit lembut jari runcing isteri kesayangannya itu.

Luth membuka password telephone nya lalu nombor yang menghantar pesanan pelik itu ditekan. Diserahkan telephone nya ke Darwia.

Darwia mengambil telephone Luth lalu dibaca chat itu satu-persatu.

"Siapa yang hantar ni?"soal Darwia pelik.

"Ini maklumat besar kot! Takkan lah ada perisik Interpol dalam organisasi Master tu?"soal Darwia lagi.

"Aku tak tahu siapa yang hantar, tapi semua maklumat yang dia bagi betul"kata Luth. Dia dia mengeluarkan macbook kesayangannya dan jari jemari nya mulai menari di atas papan kekunci macbook nya itu.

Syed Luth Zulfaqar bin Syed Fikri Zulfaqar, Anonymous hacker yang paling terkenal dan dijejaki didunia. Kemampuannya didalam bidang teknologi dan mengorek maklumat sangat bijak hingga ada yang sanggup membayar puluhan juta! Namun Luth tetap dengan penderian nya dan teruskan berkhidmat dibawah organisasi yang halal dan selamat. Lebih memudahkan urusan nya apabila Luth tidak menggunakan nama sebenarnya didalam dunia penggodaman dan merahsiakan identitinya.

"Uwu! Li Jie Louie is came back!"sorak Hairrin sedikit kuat. Luth menggeleng apabila nama cinanya itu disebut kembali.

Ibu Luth, Puan Nur An Qi, merupakan anak lahiran Hong kong. An Qi bertemu dengan Syed Fikri semasa mereka melanjutkan pelajaran di bumi mesir. Keperibadian Syed Fikri yang sangat sopan dan mengghormati wanita itu berjaya menarik perhatian An Qi.

An Qi Louie seorang Ateisme. Dia yang tidak percaya dengan kewujudan tuhan mulai berjinak dalam agama islam . Semua kerana keperibadian Syed Fikri. Hampir 2 bulan mengenali hati masing-masing, akhirnya mereka mengambil keputusan untuk mengikat ikatan suci iaitu perkahwinan. 

Dan dari situlah dimana nama Li Jie Louie datang. Syed Luth Zulfaqar merupakan anak kacukan Jordan dan Hong Kong.

Luth hanya menghiraukan suara usikan rakan sekerja nya itu.

Setelah hampir 10 minit Luth menekan, akhirnya dia tersandar lega.

"Dapat apa-apa maklumat tak?"soal Darwia yang dari tadi setia disebelah Luth.

"Nama orang yang hantar maklumat ni, Lee David Christopher. Umur 26, pemilik syarikat senjata api kedua terbesar selepas syarikat senjata api milik keluarga Hayden, Sebastian"

"Wow, apa kaitan David dengan Master pulak ni?"soal Mawar sedikit terkejut. Mustahil orang sekaya David bersubahat dengan Master. Kalau ya, untuk apa?

"Aku tak tahu apa kaitan David dengan Master, tapi David ada seorang pak cik..."kata Luth tergantung.

"Dan dia orang dari keluarga Lee"sambung nya lagi.

Hairrin bertaut kening. "Lee mana pulak ni? Lee Chong Wei? Lee Min Ho?"soal Hairrin bengap.

"Izzwan Lee"jawab Darwia pendek.

Mereka semua terdiam.

"A-apa kaitan kes dadah ni dengan Izzwan? Apa kaitan David dengan Izzwan? Setahu aku Izzwan anak tunggal dan mendiang mummy dia jugak anak tunggal"soal Ean pula.

"Well, I think you forget about Izzwan Lee Father young boy"

( ♡♡♡ )

× Doneeee!! Do vote and comment !🙆❤

TM  | | BabyGurl Syed Luth - C -Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang