Taman dihalaman rumah Tuan Mikael itu sangat riuh dengan suara kanak-kanak.
Noah, Aakif dan Qalish sibuk membina lego manakala Qalisha dan Angel sibuk dengan patung mereka.
Syirah tersenyum melihat gelagat anak-anak nya itu. Gembira sahaja air muka mereka kecuali air muka Noah yang memang garang sejak azali itu.
"Mummy Long, bila mama dengan papa nak balik... Angel winduw..."
Suara si kecil menyentakkan lamunan Syirah. Syirah menoleh kearah Angel Nur Safiya. Bibir mengukir senyuman buat Angel. Tangan naik mengusap rambut lembut Angel.
"Angel kenalah doa yang baik-baik untuk Mama dan Papa, insya-Allah semua nya akan okey sahaja. Angel jangan risau ya"kata Syirah lembut. Tangan kecil Angel diambil lalu digenggam. Angel ditarik masuk kedalam pelukannya.
"Mummy Long, wanna know something?..."soal Angel dibalik pelukan Syirah.
"What is it sayang?"soal Syirah lembut.
"Semalam Angel mimpi Papa tinggalkan Angel..."bisik Angel perlahan.
Syirah tersentak.
"Ma-macam mana k-kalau papa ti-tinggalkan Angel? Tapi papa dah janji n-nak teman Angel study setiap mal-malam"kata Angel diselangi tangisan. Namun tangisan nya sangat perlahan. Tangan kecilnya juga menggengam erat baju Syirah.
"Hey sayang mummy long ni, tak mau la menangis"pujuk Syirah lembut. Bahu Angel diusap lembut.
Tuan Mikael yang melihat adegan itu dari jauh mengeluh perlahan.
' Ya Allah, kau lindungilah mereka... Semoga semuanya baik-baik sahaja'
Syirah memandang suaminya lama.
Mikael mengeluh. Akhirnya pandangan isterinya dibalas.
"Kau nak apa? Asyik tenung aku je... nak anak ke?"soal Mikael malas. Cermin mata ditinggalkan lalu butang off di laptopnya ditekan. Mata difokuskan pada Syirah.
"Sayang, risau dengan diaorang dekat Italy la..."Syirah mengeluh kasar. Lepas luahan Angel petang tadi, hatinya rasa sangat tidak tenang. Macam-macam terlintas difikirannya sejak petang tadi. Apa yang dikatakan Angel Nur Safiya, asyik berlegar dikepala otaknya sahaja. Dia sangat risaukan kesalamatan Darwia, Luth, Hairrin, Darwisy dan yang lain.
Mikael memandang wajah risau Syirah. Jangan kata Syirah, dia juga risau dengan keselamatan Luth dan adik-adiknya. Buat nya jadi apa-apa mahu dia kena pancung dengan mamanya. Namun bukan dia tidak menawarkan diri, dari awal lagi dia sudah menawarkan diri namun ditolak oleh Luth mentah-mentah.
~ FlashBack ~
Mikael memandang telephone nya yang berbunyi itu. Dengan pantas dia menjawab apabila nama Luth yang tertera.
"Kenapa call?"soal Mikael sebaik sahaja dia mengangkat call.
"Tolong hantar Darwisy... Aku rasa tak cukup back-up la... aku risau"jawab Luth.
"Hah... okey"
Jeda.
"Kau nak aku dengan Hayden tolong ke?"Mikael membuat tawaran. Dengar dari nada suara Luth sudah tentu lelaki itu sedang serabut sekarang.
"No need. Aku tak nak susahkan korang... I ca--"
"Kau kawan baik aku...kawan baik kitaorang...lagipun kau suami adik aku... tiada istilah menyusahkan antara kita"potong Mikael pantas.
Kedengaran Luth mengeluh.
"Kalau apa-apa jadi dekat aku, tolong aku jaga Angel, Noah dan Darwia. Itu dah lebih dari cukup"
Tanpa salam Luth terus memutuskan talian.
~ End Of Flashback ~
"Bie! Ish sayang tengah cakap Bie mengalamun kenapa !"
Suara Syirah menyentakkan lamunan Mikael.
"Dia akan selamat... because he didn't promise he would but he proved that he would be safe. Dia tak kan tinggalkan cinta hati dia..."
"Luth dah gerak. Dia akan geledah kilang-kilang kau start malam ni"
The Master tersenyum mendengar suara si penyampai maklumat itu.
"Quante persone sono i servitori di Luth?" ( Berapa orang orang suruhan Luth?)soal The Master.
"Sepuluh termasuk Luth"lapor dia lagi.
"Oh kau terkecuali bukan? Jadi dipihak Luth cuma ada 9 orang termasuk Luth"
The Master tertawa jahat.
"Apa-apa aku inform kau, diaorang panggil aku ni... cau"tanpa menunggu jawapan The Master, si dia terus mematikan talian.
The Master tersenyum sinis.
"I can smell victory, Luth ... because I'm always thousands of miles ahead of you"
#tbc
× Done ! Do vote and comment !
ANDA SEDANG MEMBACA
TM | | BabyGurl Syed Luth - C -
Боевик2th Masterpiece Under The Mafia series Syed Luth Zulfaqar || Tuan Darwia Mikayla STATUS || COMPLETE START || 14 FEBRUARY 2021 END || 13 OCTOBER 2021 Pretty cover from this lovely girll ! - @nurflwr
