HEATHER 1

6.8K 277 5
                                    

Kedua tangannya yang dibasahi oleh cecair berwarna merah pekat itu dipandang dengan rasa takut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kedua tangannya yang dibasahi oleh cecair berwarna merah pekat itu dipandang dengan rasa takut. Dia yang sedang berdiri, mula jatuh terduduk dek kerana kejutan yang dialami oleh dirinya. Kakinya sudah tidak mampu menampung berat tubuh badannya.

Matanya masih tidak lari daripada memandang tangan yang masih terketar-ketar dan kemudiannya memandang sebilah pisau yang terdampar di sampingnya itu.

" No. No, I'm not doing this. " Bisiknya perlahan. Ketika itu, matanya yang tidak peka dengan cahaya dek kerana sudah lama berada di dalam gelap disuluhi dengan satu cahaya yang terang.

" Jangan bergerak! Angkat tangan dan sila serahkan diri!" Satu suara lantang berkata kepadanya.

Setitis air matanya jatuh. Kepalanya digelengkan apabila beberapa orang polis sudah mula berdiri mengepunginya. Air mata makin laju menuruni pipi.

" Gari dia!" Serentak itu, kedua belah tangannya ditarik lalu dikilas ke belakang dan digari.

" Please... Bukan saya yang tikam dia. Tolonglah percaya!!" Jeritnya sedikit kuat sambil meronta-ronta kecil.

" Cik boleh jelaskan di balai banti. Sekarang, kami harap cik dapat berikan kerjasama kalau tak nak kami berkasar." Kata salah seorang polis di situ dengan tegas. Pistol di tangannya masih lagi terhala ke arah tubuhnya.

Bibirnya menggeletar hebat saat dirinya dibawa untuk memasuki kereta polis. Dia hanya mampu melihat sekujur tubuh kaku yang sedang diangkat oleh paramedic dari dalam kereta polis sebelum dibawa pergi ke balai.

*•*•*•*

" Boleh Cik bagitahu apa yang terjadi sebenarnya?" Seorang pegawai polis lelaki dengan seorang lagi polis wanita yang berada di sisinya memandang dirinya dengan tajam.

Laura menggelengkan kepalanya dengan lemah.

" Bukan saya yang t-tikam dia. "

" Kami mohon, cik tolong bagi kerjasama untuk memudahkan kerja kami dan juga cik. Bukti dah ada dan Cik hanya perlu mengaku semua perbuatan Cik sebelum kes Cik ini diserahkan kepada pihak pendakwa raya. Menidakkan kesemua bukti yang telah ada bukan cara yang betul, Cik."

Matanya yang sembab mengeluarkan lagi air mata. Malah, ianya semakin laju ibarat hujan lebat yang sedang menimpa bumi.

" Sumpah! Bukan saya yang buat. S-saya hanya lalu di kawasan tu, d-dan saya nampak seorang perempuan terbaring lemah atas jalan. Bila s-saya pergi dekat di, saya nampak ada p-pisau dekat perut dia and lepastu saya tarik pisau tu. Itu je!!" Terangnya dengan bersungguh-sungguh.

Polis lelaki itu mengeluh. Dia memandang Laura dengan tajam.

" Tapi, kenapa saksi iaitu anak mangsa sendiri mengaku yang dia nampak awak tikam ibu dia di bahagian perut ketika dia sampai di tempat kejadian? Boleh Cik jelaskan tentang perkara tersebut?"

" T-tak!! Di tipu. Saya tak t-tikam dia. Perempuan tu tipu!!" Tengkingnya dengan geram.

" Cik Laura Melissa!! Please watch your manners!!! Dengan keadaan cik yang menidakkan tuduhan akan membuatkan cik dipenjara lebih dari 10 tahun ataupun dihukum gantung sampai mati!! Hukuman terhadap cik hanya dapat dikurangkan jika cik mengaku bahawa cik memang bersalah di dalam hal ni! Jadi, pilihan terletak di tangan cik. Sama ada untuk hidup dengan lebih lama di dalam penjara ataupun hidup tidak kurang dari 10 tahun di dalam penjara." Polis lelaki itu bersuara dengan lantang sambil menghentak permukaan meja.

Ekspresi wajah Laura yang tergamam tadi mula bertukar. Satu gelakan hambar terbit dari mulutnya tanpa menghiraukan pandangan hairan dua orang polis di hadapannya itu.

" Saya tetap tak mengaku bersalah. Fine! Just do whatever you want. Saya dah tak kisah tentang hukuman yang saya akan terima. Sebab... Kalau saya bagitahu hal sebenar pun, tak akan ada sesiapa yang akan percayakan saya." Kedua belah tangannya yang bergari diangkat untuk mengesat air matanya.

Kedua-dua polis tersebut berpandangan sesama mereka dengan wajah yang berkerut.

" Kalau itu yang cik cakap, kami akan terus serahkan kes cik kepada pendakya raya yang ditetapkan. "

Sisa air matanya di pipi diseka perlahan. Nafasnya ditarik sebelum dilepaskan dengan lembut.

Why? Why must she receive this test?

*•*•*•*



Done chapter 1. Nak lagi tak? By the way, jangan lupa vote, share and komen.😘

HEATHERWhere stories live. Discover now