HEATHER 2

5.3K 249 7
                                    

" Masuk!" Arah polis wanita itu tanpa nada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" Masuk!" Arah polis wanita itu tanpa nada. Bahu Laura ditolak perlahan agar memasuki ke dalam ruangan lokap yang terdapat di dalam balai polis tersebut.

Laura memerhatikan keadaan sekeliling lokap. Tiada kipas, tiada lampu dan hanya berlantaikan simen tanpa mempunyai sebarang alas. Beberapa orang tahanan wanita yang sedang memandangnya pula diperhatikan.

" Oi, kau berdiri apa?! Dah tak reti nak duduk?!" Kata salah seorang tahanan wanita di dalam lokap itu.

Dengan perlahan-lahan, tubuhnya dilorotkan ke lantai dan bersandar di dinding. Kedua lututnya dipeluk bagi menghasilkan haba.

" Kau masuk sini sebab apa?" Soal wanita itu lagi. Hanya wanita itu sahaja yang sedang berjaga ketika itu. Tahanan yang lain semuanya sudah melelapkan mata.

" Suspek kes cubaan pembunuhan." Balasnya pendek. Matanya disepetkan untuk mengecam wajah wanita itu namun tidak berjaya. Ruangan lokap itu terlalu gelap untuk dia melihat wajah wanita itu.

" Tchh, apahal kau membunuh? Kau tak takut masuk penjara?"

" Bukan saya yang nak bunuh dia. Tapi diorang tak percayakan saya. Diorang lebih percayakan orang lain." Laura merengus di hujung ayatnya.

" Aku tak tahu cerita sebenar, tapi aku harap kau bertabah lah. "

" Akak... Dah berapa lama tinggal dalam ni?"

" Aku? Aku dah nak masuk dua minggu dalam lokap ni. Kau nak tahu aku masuk sebab apa?"

Laura mengangguk meskipun dia tidak pasti sama ada wanita itu dapat melihat anggukannya ataupun tidak.

" Aku bukan macam kau. Kau masuk sini sebab tuduhan saja kan? Tapi, aku memang buat jenayah. Aku mencuri, sebab tu aku dekat sini."

" Ouhh..."

" Kau tidur lah, walaupun sejuk sikit. Dekat sini, diorang memang tak bagi alas. Tidur je lah atas lantai simen yang sejuk tu." Kata wanita itu lalu berbaring di atas di atas lantai simen itu.

Laura hanya diam tidak membalas. Lengannya digosok berkali-kali sebelum kepalanya dijatuhkan ke atas lutut. Beberapa ketika kemudian, bahu mula terhinggut-hinggut menangisi takdir hidupnya itu.

*•*•*•*

" Hoi, bangun!! Membuta je kerja." Ujar satu suara lalu menolak tubuhnya dengan kaki. Dia tahu, itu bukan wanita semalam kerana suaranya agak kasar berbanding wanita yang berbual dengannya semalam.

Kepala didongakkan untuk mencari wajah yang menyepaknya itu. Terdapat beberapa tahanan wanita yang sedang berdiri mengelilinya ketika itu.

" Kau orang baru eh? Aku dengar, kau tikam orang? "

" Uuu... Tak padan dengan perempuan, ada hati nak bunuh orang. Dia ingat dia pandai sangat kot, sampai ingat dia tak akan kena tangkap kalau nak bunuh orang? Hahahahaha!!" Tawa wanita itu disambut dengan tawa beberapa wanita yang lain.

Laura menggerakkan tubuh ke belakang. Gerun melihat kelakuan tahanan-tahanan wanita di situ.

" Eh, kau bisu ke apa?! Kitorang tengah cakap dengan kau kan?! "

Kakinya disepak oleh wanita itu. Kemudian, wanita itu menarik rambutnya sehingga kepalanya terdongak.

" Harap muka ja cantik, tapi bisu!!" Baru sahaja tangan wanita itu naik hendak menampar pipinya, suara seseorang yang mencelah telah mematikan perbuatan tersebut.

" Kau orang tak payah kacau dia lah. Tak payah nak cakap macam-macam pasal dia. Macam lah kau orang tu baik sangat. Masuk sini pun sebab buat jenayah jugak kan?" Kata suara itu sinis.

Suara yang sama. Suara yang sama dengan orang yang berbual dengannya semalam. Wanita itu bangun mendekati dirinya lalu tubuhnya ditarik supaya berdiri di sebelah wanita itu.

" Kau jangan layan sangat diorang ni. Cakap orang pandai, tapi pasal diri sendiri, tak nak pulak diorang bercakap!" Perli wanita itu lagi sehingga terkulat-kulat wanita-wanita tadi yang hendak memukulnya itu.

" Apa nama kau?"

" L-laura."

" Nama aku Betty. Panggil je aku Bet. Kalau diorang ni kacau kau lagi, kau bagitau je aku, biar aku tumbuk muka sorang-sorang." Betty menjeling tajam beberapa tahanan wanita itu.

Dirinya memang sering ditakuti oleh tahanan di situ memandang dia mempunyai rekod yang buruk seperti mencuri dan bergaduh. Sudah berkali-kali dia memasuki lokap itu sehinggakan hampir kesemua polis di balai itu sudah mengenalinya.

Laura mengangguk. Dia bersyukur kerana masih mempunyai seseorang yang mempunyai sikap kemanusiaan.

" Laura Melissa. Awak ada pelawat." Beritahu pegawai polis yang baru tiba sambil ligat membuka kunci tirai besi itu.

" Pergilah. Ada orang nak jumpa kau tu. " Kata Betty lalu menolak perlahan tubuhnya ke arah pintu.

*•*•*•*

" Jadi Cik Laura, saya adalah pendakwa raya yang akan mewakili kes Cik. Awak boleh panggil saya Cik Maisarah."

Laura merenung lama wajah pendakwa raya wanita itu. Mungkinkah... Wanita ini merupakan satu-satunya harapan untuk dia keluar daripada tirai besi ini?

" Saya dapat tahu, Cik Laura tidak mengaku bersalah atas tuduhan cubaan membunuh Puan Sri Mastura. Betul?" Soal Maisara sambil menyelak dokumen yang dibawanya ke lokap itu.

" Puan Sri Mastura?" Dahi Laura berkerut hairan.

Pandangan Maisara terangkat memandang wajah hairan Laura.

" Awak tak kenal dia? Dia lah mangsa yang awak tikam."

" Saya tak tikam dia!" Pintasnya cepat. Tangannya digenggam erat supaya menahan sabarnya.

" Ohh ya? Tapi, di sini ada menyatakan bahawa yang awak memang berniat nak bunuh Puan Sri Mastura dan kenyataan ini dibuat oleh anak perempuan mangsa sendiri." Maisara mengetuk jarinya di atas dokumen yang dibukanya tadi.

" Saya cakap, bukan saya yang bunuh dia!!!"

*•*•*•*

HEATHERWhere stories live. Discover now