HEATHER 46

3.7K 121 0
                                    

               Jari-jemari yang semakin ligat mengulit tali itu semakin kemerah-merahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


               Jari-jemari yang semakin ligat mengulit tali itu semakin kemerah-merahan. Tali yang diikat di pergelangan tangannya begitu kuat dan ketat. Agak susah untuk dia merungkainya.

Setelah beberapa minit mencuba, rungkaian tali yang terlilit pada pergelangan tangannya itu akhirnya terungkai. Dengan pantas, tali pada kakinya pula dirungkai.

"Kau buat apa ni, Laura?!" Terbuntang mata Shanina melihat Laura yang sudah bebas daripada sebarang tali itu.

"Kenapa? Kau tak nak bebas? Memang dah rancang nak kena ikat dekat sini sampai bila-bila ke?" Soal Laura sinis. Tangan membuka pula tali yang diikat pada tangan dan kaki Shanina.

"Kan kita dah hantar location dekat along?!"

"Jangan terlalu berharap dekat orang, Shanina. Kita tak tahu apa yang jadi dekat luar sana. Entah diorang dapat ke tak location tempat ni."

"Aku tak nak! Nanti Harry jumpa! Dia bunuh aku!"

"Okay, fine! Kau ingat kalau kau terikat dekat sini kau boleh hidup terus ke?! Kalau kau tak nak ikut sudah, kau duduk sini sorang-sorang!" Getus Laura kegeraman. Tali yang dipegangnya dilempar ke arah Shanina.

"Pandai-pandai lah kau ikat balik kaki dengan tangan kau tu." Ujar Laura sebelum bergerak mendapatkan pintu keluar. Tangannya naik memulas tombol pintu dan bibirnya menarik senyuman lebar apabila pintu tidak dikunci dari luar.

"Eeiii... Tunggu lah aku!" Bentak Shanina lalu mendekati Laura.

Laura menggulingkan matanya. Tadi tak nak ikut sangat! Kepalanya dijengul keluar bagi melihat keadaan sekeliling.

"Okay tak ada orang jaga. Jom keluar."

"Aku takutlah. Macam mana kalau kita terserempak dengan orang-orang Harry nanti?"

"Ishh! Nanti aku cover lah kau. Kau lari cepat-cepat, pergi dapatkan bantuan." Bisik Laura perlahan. Pintu keluar utama sudah semakin dekat. Langlah kakinya semakin dilajukan. Namun terhenti apabila tubuh Shanina terkaku di hadapan sebuah pintu.

"Shanina! Cepatlah!" Panggilnya sedikit keras. Dahinya digaru kasar apabila melihat Shanina membuka pintu tersebut.

"Kau nak buat apa ni?!" Bisik Laura geram.

"D-dadah?" Shanina berkata bingung apabila di sebalik pintu yang terbuka tadi itu terdapat banyak bahan-bahan untuk membuat dadah. Terdapat juga berpeket-peket dadah yang disusun di atas meja.

"Harry jual dadah?" Laura menyoal terkejut.

"To be exact, Harry buat dadah." Kata Shanina perlahan. Kakinya menulusuri mesin-mesin yang terdapat di dalam bilik itu.

"Kita kena pergi sekarang. Aku dengar bunyi tapak kaki." Tangan Shanina dicapai lalu mereka berdua berlari-lari anak ke arah pintu utama.

"Laura Melissa!!!" Laungan seseorang membuatkan tubuh Laura menggeletar ketakutan. Tombol pintu utama dipulas dengan terketar-ketar lalu tubuh Shanina ditolak keluar.

"Lari sekarang! Cari bantuan!"

"Kau kena ikut aku, Laura!" Tangan Laura dipegang erat. Mana mungkin dia keluar dari tenpat itu seorang diri!

"Kau pergi dulu. Aku akan lengahkan perhatian Harry." Laura menoleh ke belakang dan wajah bengis Harry semakin dekat dengannya.

"Cepatlah pergi!" Serentak itu, tubuh Shanina ditolak menjauh dan pintu utama ditutup kembali. Dia menjerit kesakitan apabila rambutnya digenggam kuat oleh Harry.

"Kau buat apa ni hah?! Aku dah cakap, jangan berani-berani nak lari dari aku! Kau ni memang degil!" Ditunjal-tunjal kepala Laura sekuat hati.

"Mana Shanina?!"

Laura menggelengkan kepalanya. Air mata mulai jatuh ke pipi dek kerana rasa perih pada kulit kepalanya akibat cengkaman tangan Harry.

"Aku tanya mana Shanina?!!"

"T-tak tahu."

"Tak guna! Kau dengan perempuan tu, dua-dua menyusahkan aku!"

"Badrul!!! Kau datang ambil perempuan ni, kurung dia balik!" Tempik Harry dengan kuat.

Laura mengurut dadanya perlahan. Kuat sangat Harry jerkah sampai terkejut dibuatnya. Dipandang cengkaman tangan Harry yang sedikit longgar pada pergelangan tangannya itu.

Dengan pantas, tangannya direntap kuat sebelum dia berlari situ. Kepalanya dipegang resah apabila merasakan bahawa dia sudahpun tersesat di dalam rumah itu.

"Itulah kau Laura. Pergi lari arah bertentangan dengan pintu keluar dah kenapa?" Matanya dipejam sesaat apabila mengenangkan kebodohan diri sendiri.

Tapi dia pasti, rumah yang besar ini mesti mempunyai pintu belakang. Ya, dia harus cari pintu belakang. Tanpa melengahkan masa, dia berlari lagi untuk mencari pintu belakang rumah itu.

*•*•*•*

"Betul Hayder dah okay? " Tanya Firdaus sedikit risau.

Hayder tersenyum nipis sebelum anggukan diberi tanda dia baik-baik sahaja. Sebuah rumah 3 tingkat yang berada di hadapannya itu dipandang.

"Kalau ikut location yang Laura hantar, memang sini lah tempat dia." Jelas Firdaus lagi.

Hayder diam sambil memerhati rumah mewah itu dari dalam kereta. Terdapat beberapa orang lelaki sedang berjaga di setiap sudut pintu pagar.

"Bila kita boleh masuk?" Hayder menyoal perlahan. Dia sudah tidak boleh menunggu lama. Entah apa nasib isterinya di dalam rumah itu.

"Kejap. Pihak polis tengah periksa keliling rumah. Nak pastikan berapa orang yang berjaga dekat pagar." Jelas Firdaus lagi.

Beberapa minit kemudian, walkie-talkie di tangannya berbunyi sebelum satu suara kedengaran pada halwa telinga mereka berdua.

"Bravo here. Pagar belakang clear. Tak ada orang jaga."

Seorang lagi anggota polis yang berada bersama mereka memberi isyarat bahawa mereka akan mula bergerak memasuki ke dalam rumah Harry.

Firdaus menepuk perlahan bahu Hayder sebelum mereka mula mengambil langkah memasuki rumah agam tersebut.

*•*•*•*

HEATHERWhere stories live. Discover now