HEATHER 3

4.6K 217 4
                                    

" Saya cakap, bukan saya yang tikam dia!!!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" Saya cakap, bukan saya yang tikam dia!!!"

Maisarah memandang Laura dengan lama lalu berpeluk tubuh.

" Memang itu yang awak cakap dekat pihak polis semasa siasatan, tapi macam mana awak nak yakinkan saya yang bukan awak yang tikam Puan Sri Mastura?" Maisarah menjongket keningnya.

Laura meraup rambutnya yang jatuh terjuntai di hadapan. Amarah yang mahu meletus ditahan sebaik mungkin.

" Kalau betul saya yang tikam dia, apa motif saya? Saya langsung tak kenal Puan Sri tu! Macam mana pulak saya boleh dituduh atas cubaan membunuh dia?!"

Maisarah mengangguk-anggukkan kepalanya.

" Macam mana pula kalau awak sebenarnya ada kisah silam yang melibatkan Puan Sri sehingga membuatkan awak berdendam dengan mangsa? "

" That's just only your speculation. Saya langsung tak kenal dia. Lagipun, saya baru je balik daripada luar negara dan ini kali pertama saya jejakkan kaki di Malaysia!" Jelas Laura lagi.

" Kenapa awak menetap di luar negara? Setahu saya awak adalah warganegara Malaysia. "

" Saya ada keluarga angkat di sana."

" Macam mana pula di Malaysia? Mana ibu dan bapa kandung awak?" Maisarah bertanya lagi dan lagi. Jari jemarinya sekali sekala menekan keyboards laptop miliknya.

" Tak ada. Dah meninggang. I'm orphanage. Then, saya diambil sebagai anak angkat oleh sepasang suami isteri yang berketurunan Amerika. Macam mana diorang boleh jadikan saya sebagai anak angkat? Sebab waktu tu diorang tinggal di Malaysia. They don't have a children. That's why diaorang jadikan saya sebagai anak angkat. Cukup?! Cukup untuk saya yakinkan Cik Maisarah yang saya tak bersalah?"

" Sebagai seorang pendakwa raya, apa yang awak ceritakan ni masih lagi tak cukup. But it's okay. Saya tak nak tekankan awak sangat. Kes ni mungkin akan dibawa ke mahkamah dalam masa lagi dua minggu. And dalam masa dua minggu ni, awak tinggal lah dulu dalam lokap. " Ujar Maisarah lalu mengemas barang-barangnya.

" Ohh ya, lupa nak bagitahu yang nasib awak agak baik kalau Puan Sri Mastura dah sedar nanti sebab kami boleh minta keterangan daripada dia. Tapi akan jadi malang untuk awak kalau dia tak dapat diselamatkan. Awak akan di charge dengan jenayah membunuh pula." Terangnya sepintas lalu tanpa memandang reaksi Laura.

Tangannya dihulurkan kepada Laura untuk bersalaman.

Laura memandang sepi huluran tangan tersebut.

Maisarah tersenyum kecil apabila huluran tangannya tidak disambut.

" Kalau macam tu, saya pergi dulu. Hati-hati." Pesannya sambil menepuk perlahan bahu Laura.

*•*•*•*

" Kenapa kau tak makan?"

Laura menoleh memandang Betty. Wanita itu dengan bersemangat menyuap nasi yang berlaukkan sayur goreng ke dalam mulut.

" Memang makan macam ni ke tiap-tiap hari?" Dia bertanya polos. Macam mana semua orang dekat tahanan ni boleh makan dengan berselera? Dia tengok pun, dah tak lalu. Inikan pula nak makan.

Betty menghirupkan air kosong dari cawannya.

" Bukan tiap-tiap hari macam ni. Makanan hari ni, kira okay lah sebab dapat sayur goreng. Ada hari, diorang bagi kita makan nasi dengan ikan masin je tau? Hari ni je special sikit makan sayur goreng. Itupun tawar. "

" Macam mana Kak Bet dengan yang lain boleh makan makanan macam ni?"

Suapan Betty terhenti. Dia memandang riak wajah tidak senang Laura.

" Kau ni... Anak orang kaya ke? Asal kau memilih sangat pasal makanan ni?"

Gulp!!!

Liurnya ditelan kesat. Kenapa suara Betty macam nak marah dia je.

" T-tak adalah. Cuma... saya tak biasa makan makanan macam ni." Ujar Laura teragak-agak.

" Memang sah, kau ni orang have-have. Tapi haihh... Kau makan je lah. Buat isi perut. Tak makan nanti, kita yang sakit. Baik kau makan. Kalau kau betul tak bersalah, lepas keluar lokap nanti, kau makanlah makanan-makanan yang sedap tu puas-puas."

Laura terdiam selepas mendengar kata-kata Betty itu. Satu keluhan dilepaskan sebelum nasi kosong yang berlaukkan sayur goreng itu disuap ke dalam mulutnya. Tawar!! Tak rasa apa langsung!!

*•*•*•*

Tubuh bonda-nya yang sedang terbaring kaku itu didekati. Air mata yang bergenang sedaya upaya ditahan agar tidak jatuh. Sayu hatinya apabila melihat tubuh badan bonda-nya berselirat dengan wayar-wayar hospital.

" Bonda... I'm so sorry. I couldn't help you that night. I promise you, whatever it is, I'll make the one who make you like this, get a payback." Ujarnya perlahan. Sebelah tangannya menggenggam besi katil dengan kuat sehingga membuatkan tangannya bertukar merah.

*•*•*•*

" Where are you going, Shanina?"

Shanina yang berjalan senang hati terkejut apabila ditegur sebegitu rupa. Tangan yang hendak mencapai tombol pintu ditarik kembali lalu tubuhnya dibawa ke arah sofa yang sedang diduduki oleh abangnya.

" Nina nak keluar kejap, boleh?" Pintanya dengan manja. Matanya dikerdipkan beberapa kali.

Hayder menutup buku tebal yang sedang dibacanya dan diletak ke atas meja.

" Nina memang rak reti nak hormat Bonda kan? Bonda baru ke masuk hospital dua hari lepas and now Nina dah nak keluar berlibur? At least duduk la rumah dulu dalam masa seminggu ni."

Shanina merengus apabila Hayder berkata begitu.

" Bukannya Nina nak pergi mana pun. Nak pergi lepak kejap je dengan kawan. Along bagi ke tak, Nina tetap akan keluar." Dia berpaling membelakangi Hayder dengan mulut yang masih lagi mengomel tidak puas hati.

" Hormat nak buat apa? Orang dah nak mati dah pun. Lagipun aku ni bukannya anak kandung dia pun sampai nak kena hormat. Huhh!!" Omel Nina perlahan.

Hayder tergamam sedikit apabila mendengar omelan adiknya itu. Betul ke apa yang dia dengar tadi? Tapi macam mana Nina boleh tahu?

*•*•*•*


Don't forget to vote, comment and share!😉

HEATHERWhere stories live. Discover now